Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Sejak Ahad (5 Mei) lalu, negara dikejutkan dengan insiden melibatkan pemain bola sepak skuad Harimau Malaya, Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid.

Kejadian itu turut menyebabkan Faisal yang juga pemain bola sepak Selangor FC cedera dan mengalami luka lecur di beberapa bahagian serta dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) untuk pemantauan.

Dipercayai disimbah menggunakan asid sulfurik pekat

Memetik laporan Berita Harian, pemain skuad kebangsaan itu dipercayai disimbah menggunakan asid sulfurik pekat sehingga menyebabkan dia melecur sehingga tahap empat.

Perkara itu diberitahu oleh Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon yang hadir ke hospital untuk melawat Faisal.

“Keadaan kecederaannya agak serius. Dia dalam keadaan sedar tapi badan dia memang sangat teruk. Asid yang disimbah kepada Faisal adalah asid sulfurik pekat,” ujarnya.

Baca artikel berkaitan: Suspek Pertama Simbah Asid Faisal Halim Yang Ditahan Di Pandan Indah Rupanya Bukan Pelaku

Doktor Alpha jelaskan kelecuran tahap 4 yang dialami Faisal Halim

Peka dengan berita membabitkan Faisal, seorang pengamal perubatan yang dikenali sebagai Dr Alpha Zaki telah menjelaskan lebih lanjut mengenai kelecuran tahap empat seperti yang dialami pemain skuad Merah Kuning itu.

Jelasnya melecur tahap empat ini boleh melibatkan tulang dan juga otot.

Ujarnya cecair asid merupakan sesuatu yang sangat bahaya kerana ia berkemungkinan boleh menyebabkan proses penghakisan masih berjalan sehingga menyebabkan seseorang yang awalnya mengalami melecur tahap dua beralih ke tahap empat.

Jelaskan jenis tahap kelecuran, melecur tahap empat melibatkan otot, tulang dan saraf

Dr Alpha turut menjelaskan jenis punca kebakaran yang menyebabkan seseorang mengalami kelecuran seperti suhu panas, kimia, elektrik, dan banyak lagi. Namun bagi kes Faisal Halim, pemain itu mengalami melecur disebabkan oleh bahan kimia.

“Ini klasifikasinya, melecur tahap empat melibatkan keseluruhan ketebalan kulit, otot dan juga tulang. Kerosakan saraf juga menyebabkan seseorang kehilangan ‘sensation’ sepenuhnya.

“Maksudnya memang terkena otot, tulang dan hilang segala saraf sebab memang dah rentung ia bukan sekadar melecur. Tidak, memang rentung dan hilang,” katanya.

Segelintir pesakit perlu menjalani pembedahan untuk ganti kulit yang cedera

Dr Alpha turut berkongsi rawatan yang akan dilakukan sekiranya pesakit mengalami kecederaan melecur antaranya pesakit perlu mendapatkan rawatan dengan segera di hospital.

Tidak kurang juga ada yang memerlukan pembedahan kulit, di mana kulit yang akan diambil daripada bahagian peha pesakit atau penderma.

“Mungkin ambil kulit dari peha, atau mungkin kulit daripada penderma yang lain. Tapi dekat Malaysia, setakat ini kita akan ambil dari tuan badan sendiri. Kalau peha dan kulit okay kita akan ambil daripada situ.

“Boleh tengok (sambil menunjukkan gambar beberapa jenis tahap melecur) kalau melecur tahap ketiga hanya melibatkan lapisan kulit sahaja, otot dan tulang okay.

“Tetapi kalau tahap empat memang rentung sampai ke tulang yang melibatkan otot dan tulang. Saraf juga kena dan kita tak tahu kawasan yang mana Faisal Halim kena. Kita harapkan segala pembedahan dia berjalan lancar.”

Faisal Halim mungkin perlu dibedah beberapa kali, sukar dijangka berapa lama masa diambil untuk pulih

Ujarnya lagi, berkemungkinan pemain bola sepak itu memerlukan pembedahan yang banyak untuk membaiki kecederaan yang dialaminya.

Kata doktor itu, dia juga sukar menjangkakan berapa lama masa yang diambil oleh pemain bola sepak terbabit untuk pulih.

“Kita tengok baju dia (Faisal Halim) cair, rambut pun cair Allahuakbar. Kita harapkan kesembuhan yang segera kepada Faisal Halim, segala urusan dipermudahkan dan yang terlibat suspek dan pesalah ditangkap oleh pihak berkuasa,” katanya lagi.

@alepza11

Faisal Halim disahkan melecur tahap 4 dan dimasukkan ke ICU. Speedy recovery Mickey! #dralphazaki

♬ original sound – Alpha Zaki – Alpha Zaki

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago