fbpx

Suspek Pertama Simbah Asid Faisal Halim Yang Ditahan Di Pandan Indah Rupanya Bukan Pelaku

Sementara itu, wartawan Astro Arena, Fina Nasrom menerusi satu ciapan di X pula Memaklumkan bahawa tangan kiri Faisal pada ketika ini tidak ada tindak balas dan sedang berada dalam pemantauan rapi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Suspek pertama kes simbah asid membabitkan pemain bola sepak skuad kebangsaan, Faisal Halim yang ditahan pada Ahad lalu (5 Mei) di sekitar Pandan Indah, Ampang didapati bukan pelaku.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, siasatan mendapati suspek sebenar kes itu menunggang motosikal dengan nombor pendaftaran palsu, namun ia nombor yang sama digunakan oleh individu yang pertama ditahan.

Akan dilepaskan selepas reman tamat, tapi akan ditahan semula

“Suspek pertama yang ditahan itu tiada kaitan dengan kes ini dan akan dibebaskan (selepas reman tamat).

“Namun dia akan ditahan semula kerana ujian saringan air kencing ke atasnya mendapati dia positif dadah,” katanya dipetik Harian Metro hari ini (7 Mei).

Menurutnya, suspek kedua yang ditahan di Bandar Baru Bangi pula direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

“Hasil penahanan suspek kedua ini yang berusia lewat 30-an, kita merampas sebuah telefon bimbit bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya lagi, kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya.

Tangan kiri Faisal tiada tindak balas, kondisi kesihatan semakin membimbangkan

Sementara itu, wartawan Astro Arena, Fina Nasrom menerusi satu ciapan di X pula Memaklumkan bahawa tangan kiri Faisal pada ketika ini tidak ada tindak balas dan sedang berada dalam pemantauan rapi.

Memetik laporan Berita Harian pula, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar memaklumkan kondisi kesihatan tonggak Harimau Malaya itu semakin membimbangkan akibat kesan kelecuran tahap empat.

“Seperti dimaklumkan bahawa sememangnya Faisal berada dalam keadaan kritikal dan kini hanya saya dan isterinya saja dibenarkan untuk melawat.

“Jika diikutkan apabila dia dihantar ke hospital pertama untuk menerima rawatan awal doktor melihatnya mungkin melecur tahap dua.

“Namun, selepas dipindahkan hospital dan rawatan susulan mendapati lecuran berada pada tahap empat.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon menyatakan Faisal dipercayai disimbah asid sulfurik pekat.

Johan berkata, pakar perubatan akan menggunakan sejenis ubat khas dari Australia kepada pemain itu untuk membantu memulihkan kecederaannya.

“Keadaan kecederaannya agak serius. Dia dalam keadaan sedar tapi badan dia memang sangat teruk. Asid yang disimbah kepada Faisal adalah asid sulfurik pekat,” ujar Johan.

Dua insiden menimpa pemain bola sepak kebangsaan dalam waktu yang singkat

Terdahulu, negara dikejutkan dengan berita Faisal Halim yang disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Damansara bersama keluarganya selepas bermain go-kart.

Kejadian itu berlaku selang beberapa hari selepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid yang menjadi mangsa pukul dan samun di Kuala Terengganu.

Baca Artikel Berkaitan: Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Baca Artikel Berkaitan: Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.