Bulan Ramadan, salah satu bulan yang paling dinanti-nantikan oleh ramai rakyat Malaysia dikenali secara meluas sebagai musim untuk berpuasa dan muhasabah diri.
Namun selain memberikan fokus hanya pada diri sendiri, bulan mulia ini juga satu peluang untuk semua rakyat Malaysia membantu golongan yang memerlukan.
Sehubungann itu bersempena dengan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidiliftrik yang bakal menjelang tidak lama lagi, Grab Malaysia menjemput orang ramai untuk meneruskan amal kebajikan mereka dengan program ‘Jimat-Jimat, Ingat-Ingat’.
Dengan program ini, rakyat Malaysia boleh menjadikan penjimatan di Grab sebagai usaha amal dengan menukar GrabRewards mereka sebagai sumbangan untuk pelbagai komuniti.
Sebagai tambahan, Grab Malaysia akan memadankan nilai setiap sumbangan GrabRewards yang dibuat sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya.
Antara badan amal dan organisasi yang pengguna boleh menyokong melalui inisiatif ini termasuk:
-Islamic Relief Malaysia
-PERTIWI
-MERCY Malaysia
-The Lost Food Project
-UNICEF Malaysia serta banyak lagi
Sama ada menyokong perniagaan kecil tempatan atau membantu seluruh komuniti untuk bangkit semula, rakyat Malaysia sentiasa gigih untuk menghulurkan bantuan. Dan sebagai syarikat tempatan, kami mahu berada di sisi mereka pada setiap langkah untuk menjadikan usaha amal mereka lebih lancar.
Dengan GrabRewards, kami berada dalam kedudukan yang unik untuk menawarkan penjimatan hebat dan peluang mudah kepada rakyat untuk berbuat baik. Dengan memadankan setiap derma, kami bukan sahaja berharap untuk menggalakkan lagi sikap memberi ini tetapi menunjukkan bagaimana setiap penjimatan yang anda terima di Grab boleh dijadikan peluang untuk membantu orang lain.
Hassan Alsagoff, Ketua Pemasaran Grab Malaysia
Di samping memadankan semua sumbangan GrabRewards yang dibuat pada masa ini, Grab menawarkan tawaran dan diskaun hebat di seluruh perkhidmatannya serta melancarkan usaha lain untuk membantu keperluan perayaan rakyat Malaysia.
Ini termasuklah :
Memastikan komuniti pemandu dan rakan kongsi penghantaran Grab juga diingati, Grab memberi ganjaran kepada rakan kongsinya yang berprestasi tinggi dengan baju batik edisi terhad eksklusif, direka oleh Firdaus Nordin.
Kini dengan harga pengenalan istimewa hanya 1 sen, nikmati penjimatan tambahan untuk berbuka puasa dan juadah kegemaran Ramadan dengan diskaun sehingga 50%, hanya dengan GrabUnlimited.
Grab juga akan bekerjasama dengan beberapa penggemar makanan terkenal untuk menyerlahkan pilihan utama mereka di GrabFood daripada makanan ruji tradisional hingga ke gabungan unik.
Rakyat Malaysia yang ingin menaik taraf fesyen Raya mereka boleh menantikan pratonton khas beberapa trend terkini secara eksklusif di Grab.
Dengan memanfaatkan ciri GrabLive (BETA) yang baharu, LILIT. dan Zalora akan menayangkan pratonton koleksi Raya terbaru mereka pada 16 April 2022, dengan promosi eksklusif GrabPay.
Bagi mereka yang tercari-cari cara baharu dan kreatif untuk menambah kelazatan hidangan Ramadan mereka yang dimasak di rumah, Grab bekerjasama dengan Chef Naem untuk menampilkan resipi mudah dibuat yang mengetengahkan masakan ruji Melayu dengan kelainan.
Beberapa resipi menarik termasuk:
-Dumpling Ayam Masak Merah
-Lontong Goreng Pedas Makanan Laut
Malah, pengguna juga boleh mendapatkan semua yang mereka perlukan untuk mencipta semula hidangan ini daripada GrabMart!
Sama ada anda merancang untuk balik kampung atau menghabiskan cuti dengan makan angin, jimatkan semua keperluan perjalanan anda dengan Grab:
Grab Travel Pass: Nikmati tawaran hebat untuk perjalanan Grab, penerbangan, hotel dan tarikan di seluruh negara kini pada harga pengenalan istimewa RM4.90 sahaja.
Intercity: Baru diperkenalkan untuk memberikan kemudahan dan pilihan perjalanan lanjut untuk rakyat Malaysia. Nikmati potongan 10% daripada tiket bas dan/atau feri anda melalui Intercity.
Serupa perayaan lain di Malaysia, orang ramai sedang bersiap sedia untuk menghadiahkan hadiah kepada insan tersayang.
Untuk menjadikan pemberian hadiah dalam tempoh perayaan ini lebih bermanfaat, Grab memperkenalkan dua cabaran baharu:
Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai promosi sempena perayaan Ramadan dan Raya tahun ini, sila layari: Jimat-jimat, Ingat-Ingat!
Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…
Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…
Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…
Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…
Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…
Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…