Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman dashcam yang memaparkan satu kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Seremban.

Menerusi video yang dikongsikan di laman X akaun @SenawangTV, kejadian dikatakan berpunca daripada pemandu kereta yang melanggar lampu isyarat merah sebelum sebuah motosikal yang datang dari laluan hadapan merempuh kenderaan terbabit.

“Rakaman dashcam kemalangan melibatkan motosikal & kereta di lampu isyarat berhampiran Kompleks Sukan Paroi.

“Kejadian berpunca daripada kereta tidak berhenti ketika lampu isyarat berwarna merah,” ciapnya.

Dalam rakaman terbabit, kelihatan penunggang motosikal berkenaan melambung sebelum terbaring tanpa memberi sebarang reaksi selepas kemalangan itu.

Kemalangan melibatkan penunggang berusia 44 tahun dan pemandu wanita warga emas

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhammad Hatta Che Din berkata, kejadian berlaku pada pukul 10.35 pagi semalam (1 Mei) di Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran isyarat SIGC melibatkan penunggang lelaki berusia 44 tahun dan pemandu wanita warga emas.

“Berdasarkan siasatan awal, motosikal itu bergerak dari arah Ampangan menuju ke Paroi. Setibanya di lokasi kejadian, kereta dipandu warga emas itu dipercayai tidak berhenti ketika lampu isyarat merah.

“Kereta itu membelok ke kanan dan melanggar bahagian hadapan motosikal. Akibat kemalangan, penunggang motosikal cedera di muka dan badan,” katanya dipetik Kosmo.

Mangsa dirawat di HTJ dan siasatan lanjut diteruskan

Menurutnya, penunggang motosikal itu dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk menerima rawatan dan siasatan lanjut diteruskan mengikut Peraturan 17 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 17 LN 167/59).

Muhammad Hatta pada masa sama turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau hubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Zaman di talian 012-7173867.

Ramai kecam tindakan pemandu warga emas langgar lampu merah

Dalam pada itu, memindai ke ruangan komen di ciapan X akaun terbabit, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pemandu warga emas berkenaan yang tidak mematuhi peraturan lalu lintas.

Kebanyakan mereka turut berpendapat bahawa pemandu warga emas sepatutnya tidak dibenarkan lagi memandu di atas jalan raya.

Recent Posts

  • Trending

Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.

32 mins ago
  • Tech
  • Trending

Pengguna iPhone Dakwa Kemas Kini iOS 17.5 Buat Foto Lama Dipadam Muncul Kembali

Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…

55 mins ago
  • Trending

ZUS Coffee Umum Pendirian Sokong Pembebasan Palestin Dan Menentang Genosid

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…

2 hours ago
  • Trending

Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin

Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…

2 hours ago
  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Balai Polis Ulu Tiram Diserang, 2 Anggota Maut & Seorang Cedera

Suspek yang bertopeng dan menyerang Balai Polis Ulu Tiram bagaimanapun berjaya ditembak mati di lokasi…

2 hours ago