Pasti setiap orang memilik impian untuk menghias kediaman mengikut citarasa atau impian yang anda inginkan, namun tidak semua orang mampu melaksanakannya atas faktor kekangan wang.
Ditambah pula dengan kadar inflasi yang semakin meningkat dan kejatuhan nilai ringgit yang membawa kepada peningkatan harga barang termasuklah produk perabot dan kelengkapan rumah.
Peningkatan harga ini menyebabkan ramai yang beralih arah mencari barangan terpakai sahaja kerana harga yang dijanjikan jauh lebih murah.
Namun tidak dinafikan kebanyakkan barangan terpakai ini selalunya dijual ala kadar sahaja, kadang tidak dibaiki dan kadang dibiarkan kotor sebegitu menyebabkan ramai yang berasa kurang yakin untuk membelinya
Namun kini anda boleh membelinya dengan penuh yakin kerana Gudang Perabot Unearth di Kampung Melayu Subang, Selangor menawarkan barangan rumah terpakai pada harga yang tidak masuk akal.
Ketika lawatan team BuzzKini ke gudang perabot terpakai ini, kami dapat melihat ada sebahagian perabot yang sedang dibaiki sebelum dijual.
Menarik bukan? Beli bawa balik ke rumah dan terus boleh digunakan. Dah lah harga murah, kualiti pula terjamin.
Gudang perabot Unearth juga menawarkan pelbagai koleksi barangan daripada Vintage sampai lah ke moden. Ikut anda lah nak beli dan hias rumah cara macam mana yang diinginkan.
Saiz gudang je boleh masuk 2 buah pesawat boeing 777, mana tak rambang mata bila datang ke sini. Kalau datang pagi dan tengok satu persatu barang, boleh sampai ke petang.
Sofa dengan reka bentuk sebegini kebiasannya akan dilihat pada rumah-rumah mewah sahaja, namun anda juga kini mampu miliki dengan harga yang jauh lebih murah. untuk set 2 buah sofa berwarna biru ini, hanya dijual pada harga RM2500 sahaja.
Bagi yang meminati hiasan rumah yang seakan berada di resort mewah berkonsepkan Bali, anda juga boleh dapatkannya di gudang perabot ini dengan harga yang jauh lebih murah.
Selain perabot rumah, mereka juga menjual barangan peralatan muzik seperti piano. namun harus diingatkan, buat masa ini barangan sebegini tidak menawarkan servis untuk dibaiki. Mereka hanya membersihkannya agar kelihatan cantik.
Seperti yang kami ceritakan tadi, barang yang dihantar ke sini akan dibaiki dahulu sebelum ia dijual semula. Kebiasaannya, untuk sebuah sofa akan mengambil masa selama 2-3 jam untuk diperbaharui semula. Ikut pada keadaan juga, kalau teruk lama lah masa yang diambil.
Untuk pengetahuan anda, ‘Buy Nothing Corner’ ini merupakan projek terbaharu oleh Unearth di mana akan ada ruang sudut yang meletakkan perabot atau barangan rumah yang tidak lagi mendapat sambutan untuk diberikan secara percuma.
Datang terus ambik ke? Jawapannya tak tapi prosesnya cukup mudah, anda hanya perlu ke kaunter untuk mendaftar dan pergi sudut tersebut untuk mengambil barang yang diinginkan. pembayaran pula ikut seikhlas hati, nak bagi RM10 pun boleh dan kalau nak ambik secara percuma pun takdehal.
Kalau anda kaki TikTok, boleh tengok update Unearthstore menerusi TikTok dan lihat sendiri barangan ‘rare’ yang dipromosikan di sana.
Konten-konten Boss Eric boleh tahan kelakar juga ya. Terhibur hati kami sambil ‘diracun’ dengan barang-barang rumah pada harga yang murah.
Gudang Perabot Terpakai, Unearth ini telah beroperasi sejak Mac, 2022. Sebelum ini mereka pernah memiliki gudang di Klang. Walau bagaimanapun, disebabkan ‘demand’ yang tinggi dan barangan perabot semakin banyak, mereka memerlukan ruang lebih besar.
Sebab itulah mereka membuat keputusan untuk berpindah ke Kampung Melayu Subang.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan servis yang ditawarkan oleh Unearth Sdn Bhd, boleh klik terus ke website mereka di LINK INI.
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…