fbpx
Now Reading
Tak Sangka! Gudang Perabot Jual Barang ‘Premium Secondhand’ Dengan Harga Tak Masuk Akal

Tak Sangka! Gudang Perabot Jual Barang ‘Premium Secondhand’ Dengan Harga Tak Masuk Akal

Pelbagai jenis barangan rumah tersedia di sini, daripada bahagian ruang tamu hinggalah ke bilik tidur! Boleh check out di Gudang Perabot Unearth, Kampung Melayu Subang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasti setiap orang memilik impian untuk menghias kediaman mengikut citarasa atau impian yang anda inginkan, namun tidak semua orang mampu melaksanakannya atas faktor kekangan wang.

Ditambah pula dengan kadar inflasi yang semakin meningkat dan kejatuhan nilai ringgit yang membawa kepada peningkatan harga barang termasuklah produk perabot dan kelengkapan rumah.

Gambar sekadar hiasan

Peningkatan harga ini menyebabkan ramai yang beralih arah mencari barangan terpakai sahaja kerana harga yang dijanjikan jauh lebih murah.

Namun tidak dinafikan kebanyakkan barangan terpakai ini selalunya dijual ala kadar sahaja, kadang tidak dibaiki dan kadang dibiarkan kotor sebegitu menyebabkan ramai yang berasa kurang yakin untuk membelinya

Gudang Perabot Unearth, tawar perabot harga murah dan berkualiti

Namun kini anda boleh membelinya dengan penuh yakin kerana Gudang Perabot Unearth di Kampung Melayu Subang, Selangor menawarkan barangan rumah terpakai pada harga yang tidak masuk akal.

Ketika lawatan team BuzzKini ke gudang perabot terpakai ini, kami dapat melihat ada sebahagian perabot yang sedang dibaiki sebelum dijual.

Menarik bukan? Beli bawa balik ke rumah dan terus boleh digunakan. Dah lah harga murah, kualiti pula terjamin.

Pelbagai jenis perabot dijual

Gudang perabot Unearth juga menawarkan pelbagai koleksi barangan daripada Vintage sampai lah ke moden. Ikut anda lah nak beli dan hias rumah cara macam mana yang diinginkan.

Sumber: TRP/Siti Murni

Saiz gudang je boleh masuk 2 buah pesawat boeing 777, mana tak rambang mata bila datang ke sini. Kalau datang pagi dan tengok satu persatu barang, boleh sampai ke petang.

Set sofa ala kayangan tapi harga marhean

Cantik sangat kerusi ni! (Sumber: TRP/Siti Murni)

Sofa dengan reka bentuk sebegini kebiasannya akan dilihat pada rumah-rumah mewah sahaja, namun anda juga kini mampu miliki dengan harga yang jauh lebih murah. untuk set 2 buah sofa berwarna biru ini, hanya dijual pada harga RM2500 sahaja.

Nak hias rumah ala-ala Bali dengan harga murah pun boleh

Sumber: TRP/Siti Murni
Sumber: TRP/ Siti Murni

Bagi yang meminati hiasan rumah yang seakan berada di resort mewah berkonsepkan Bali, anda juga boleh dapatkannya di gudang perabot ini dengan harga yang jauh lebih murah.

Selain perabot rumah, mereka juga menjual barangan peralatan muzik seperti piano. namun harus diingatkan, buat masa ini barangan sebegini tidak menawarkan servis untuk dibaiki. Mereka hanya membersihkannya agar kelihatan cantik.

Sumber: TRP/ Siti Murni

Barang terpakai yang rosak akan dibaiki dahulu sebelum dijual

Seperti yang kami ceritakan tadi, barang yang dihantar ke sini akan dibaiki dahulu sebelum ia dijual semula. Kebiasaannya, untuk sebuah sofa akan mengambil masa selama 2-3 jam untuk diperbaharui semula. Ikut pada keadaan juga, kalau teruk lama lah masa yang diambil.

Sofa yang sedang dalam proses untuk dibaiki (Sumber: TRP/Siti Murni)
Ni lepas dah baiki dan bersihkan pasti akan nampak macam baru balik. (Sumber: TRP/Siti Murni)

“Buy Nothing Corner” akan diwujudkan nanti

Untuk pengetahuan anda, ‘Buy Nothing Corner’ ini merupakan projek terbaharu oleh Unearth di mana akan ada ruang sudut yang meletakkan perabot atau barangan rumah yang tidak lagi mendapat sambutan untuk diberikan secara percuma.

Datang terus ambik ke? Jawapannya tak tapi prosesnya cukup mudah, anda hanya perlu ke kaunter untuk mendaftar dan pergi sudut tersebut untuk mengambil barang yang diinginkan. pembayaran pula ikut seikhlas hati, nak bagi RM10 pun boleh dan kalau nak ambik secara percuma pun takdehal.

Nak tengok video review? TikTok pun diorang ada tau!

Kalau anda kaki TikTok, boleh tengok update Unearthstore menerusi TikTok dan lihat sendiri barangan ‘rare’ yang dipromosikan di sana.

Konten-konten Boss Eric boleh tahan kelakar juga ya. Terhibur hati kami sambil ‘diracun’ dengan barang-barang rumah pada harga yang murah.

@unearthstore

Gym ni rare la dengan sporty design dia boleh jadi Zul Arifin lah lepas ni.X sabarnya nak badan sado☺️#gymmurah #sixpack #perabotmurah #unearth

♬ QUIET DOWN 2 – Madison Malone

Kunjungi Gudang Perabot Unearth Di Kampung Melayu Subang, Hari Ini!

Laluan utama masuk ke dalam gudang (Sumber: TRP/ Siti Murni)

Gudang Perabot Terpakai, Unearth ini telah beroperasi sejak Mac, 2022. Sebelum ini mereka pernah memiliki gudang di Klang. Walau bagaimanapun, disebabkan ‘demand’ yang tinggi dan barangan perabot semakin banyak, mereka memerlukan ruang lebih besar.

Sebab itulah mereka membuat keputusan untuk berpindah ke Kampung Melayu Subang.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan servis yang ditawarkan oleh Unearth Sdn Bhd, boleh klik terus ke website mereka di LINK INI.

  • Alamat: Lot 4004, Lorong 1D, Kampung Baru Subang, Seksyen U6, 40150, Shah Alam, Selangor.
  • Nombor Telefon: 016 940 6099 (WhatsApp sahaja, untuk pengambilan perabot)
  • Nombor Telefon: 017 360 8137 (WhatsApp sahaja, untuk pembelian perabot)
  • Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 7 pm.
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.