Pada 23 Februari yang lalu, jenama pakaian streetwear terkenal tempatan, Pestle & Mortar Clothing (PMC) telah mengumumkan pembukaan butik Flagship terbaharu mereka di APW Bangsar.
Berkesempatan hadir ke majlis tersebut, kami merasakan reka bentuk serta hiasan dalaman dan luaran butik berkenaan benar-benar mencerminkan imej PMC sebagai pelopor pakaian streetwear di Malaysia.
Dengan tingkapnya yang berbentuk mikroorganik, dibantu reka bentuk dalaman yang estetik, konsep unik butik PMC ini jelas direka untuk memberikan pengalaman baharu buat pelanggan sebaik melangkah masuk.
Bahkan penggunaan warna jenama iaitu skema hitam-putih pada sekeliling butik ini dilihat membantu menonjolkan hasil seni produk-produk mereka.
Yang menariknya, PMC di APW Bangsar ini bukan sekadar butik, bahkan ia juga berfungsi sebagai hab komuniti, di mana PMC akan menempatkan barangan eksklusif dalam kedai seperti Custom Lab mereka dan menganjurkan acara bulanan.
Jenama ini juga sentiasa memperjuang serta menonjolkan bakat tempatan, serta berhasrat menjadikan ruang itu sebagai platform buat personaliti dan jenama lain untuk menganjurkan acara buat komuniti mereka sendiri.
Lokasi ini penting kepada PMC kerana ia menandakan kepulangan jenama itu ke Bangsar sejak penutupan butik pertama mereka di Jalan Telawi sebelum ini iaitu pada tahun 2018.
APW Bangsar ialah ruang sibuk yang merangkumi gaya hidup PMC dan merupakan tempat di mana salah satu ikonik Smashing Weekends jenama itu yang diadakan pada tahun 2014.
Kami begitu teruja untuk membuka kedai utama kami di APW Bangsar dan menjadi sebahagian daripada ruang dinamik ini yang bergema dengan Homies kami. Jenama ini telah bertahan selama 13 tahun yang lalu kerana cara kami menerima ketidakstabilan dan berkembang, dan PMC KL adalah buktinya. Kami mahu menggunakan ruang ini untuk menyatukan komuniti yang berbeza dan menyediakan pengalaman membeli-belah yang unik untuk semua orang. Selamat datang ke bab seterusnya PMC!
Pengasas Bersama PMC, Hugh Koh
Untuk rekod, PMC KL terletak di APW Bangsar, Jalan Riong, Kuala Lumpur. Butik ini juga dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dari jam 12 tengah hari hingga 8 malam.
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…