Lawyer for Liberty (LFL) mengecam penahanan dua remaja bagi membantu siasatan berhubung video tular mencaci kertas soalan Sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada baru-baru ini, lapor FMT.
Pengarah LFL, Zaid Malek berkata, beliau terkejut dengan cara ‘keras’ pihak berkuasa dan menuntut Menteri Dalam Negeri, Datu Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menjelaskan penggunaan Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap pelajar sekolah.
“Remaja itu ditahan dalam serbuan polis di rumah mereka. Mereka ditangkap dan menjalani ujian dadah. Ini boleh menyebabkan trauma melampau kepada mereka dan keluarga. Dan semua ini berlaku disebabkan video rasa tidak puas hati dengan kertas peperiksaan Sejarah.
“Jika ada pun ulasan tidak patut diucapkan, ia tidak semestinya mengkehendaki campur tangan polis. Sepatutnya, perkara itu diuruskan bersama pihak berkuasa sekolah dan ibu bapa.
“Mereka hanya remaja menunjukkan kerenah kebudak-budakan dan sudah memohon maaf susulan video dibuat, namun mereka dilayan seperti penjenayah tegar,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, akta yang digunakan kepada dua pelajar itu disifatkan sebagai menghalang kebebasan bersuara dan bercanggah dengan janji reformasi Pakatan Harapan dalam kerajaan.
Selain itu, Zaid berkata ia juga melanggar kebebasan menyuarakan pandangan yang dijamin perlembangaan.
“Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan keterlaluan dan sewenang-wenangnya diambil polis susulan penahanan remaja berkenaan, dan mendesak polis memberhentikan semua tindakannya, dan menyerahkan perkara itu pada pihak berkuasa sekolah.
“Kritikan kepada kerajaan tidak boleh dijenayahkan, lebih-lebih lagi melibatkan sikap kebudak-budakan remaja terbabit.”
Peka dengan isu yang dibangkitkan, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor SUPT Suffian Abdullah mempertahankan tindakan pihaknya menahan kedua-dua pelajar terbabit.
Jelasnya, semua pihak termasuk pelajar tertakluk kepada undang-undang yang telah ditetapkan.
“Pihak polis memberi jaminan untuk mempercepatkan siasatan kes ini kerana melibatkan pelajar sekolah. Tahanan reman dua hari terhadap dua pelajar ini dibuat berikutan proses merakam keterangan berkaitan kejadian dengan lebih teliti.
“Polis turut menjalankan semakan melibatkan isi kandungan telefon bimbit yang dirampas serta mendapatkan laporan disiplin berkaitan suspek dari pihak sekolah,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya lagi, kedua-dua suspek telah dibebaskan pada 11.00 pagi semalam (26 Februari) meskipun mendapat perintah reman selama dua hari.
Jumaat lalu (24 Februari), tular di media sosial tindakan dua remaja menghina dengan mengeluarkan kata-kata kesat berkaitan soalan kertas Sejarah SPM.
Susulan itu, anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Hulu Selangor menyerbu rumah suspek dan menahan mereka sebaik menerima laporan daripada seorang guru wanita.
Telefon bimbit kedua-dua pelajar itu juga dirampas.
Suspek pertama sebelum ini ditahan di sekitar Pandan Indah manakala suspek kedua di Bandar Baru…
Menurut Ketua Polis Daerah Muar, polis telah mengesan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua pemandu…
Berdasarkan perbualan dalam video tersebut, pemandu lelaki berkenaan dari arah jalan lurus manakala pemandu wanita…
Ruhainies turut menyifatkan tiada keperluan dia menghubungi Aliff dan ingin fokus kepada kerjayanya.
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…