Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Hampir 20 gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa kerajaan mempertimbangkan semula keputusan untuk membenarkan penglibatan pengeluar senjata Lockheed Martin dan BAE sebagai peserta dan penaja platinum bagi Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) 2024.

Menerusi satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh gabungan 18 NGO antaranya BDS Malaysia, Kesatuan Ulama’ Muslimin Sedunia ( Malaysia), Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia, Muslim Care dan banyak lagi menzahirkan rasa kecewa dengan penyertaan dua syarikat terbabit yang disifatkan mereka adalah terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai yang sedang berterusan di Gaza.

“Lockheed Martin ialah pengeluar jet pejuang F-35 yang digunakan oleh Israel untuk mengebom Gaza, yang telah membunuh beribu-ribu orang awam yang tidak berdosa, termasuk wanita dan kanak-kanak. BAE membekalkan peralatan penting seperti `avionics’ untuk jet F-35.”

Ia bertentangan dengan prinsip moral dan etika

Tegas kenyataan bertarikh 5 Mei itu lagi, keputusan kerajaan memberi keutamaan kepada syarikat-syarikat tersebut dalam acara anjuran Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri adalah bertentangan dengan prinsip moral dan etika.

“Dengan menjemput mereka ini, kerajaan secara tidak langsung telah bersikap tidak peka terhadap penglibatan mereka dalam pencabulan hak asasi manusia dan pengekalan keganasan terhadap rakyat Palestin, khususnya di Gaza,” tulis kenyataan itu lagi.

Senarai NGO yang terlibat mengeluarkan kenyataan berkenaan adalah:

  • BDS Malaysia
  • Kesatuan Ulama’ Muslimin Sedunia ( Malaysia)
  • HALUAN Malaysia
  • Citizens International
  • Sejagat
  • Yayasan al-Quds Malaysia (QFM)
  • ⁠Pertubuhan Kembara Kesukarelawan Malaysia (VTM)
  • . Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
  • Sekretariate Himpunan Ulama Rantau Asia
  • Aliansi Masjid Sedunia Pertahankan Al Aqsa.
  • Malaysia – Palestine Workers Union Social Services
  • Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia (AGENDA)
  • Persatuan Akademia IKRAM Malaysia
  • Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
  • Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia
  • Palestinan Cultural Organization Malaysia (PCOM)
  • Muslim Care Malaysia
  • Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

DSA & NATSEC bermula Isnin, 6 Mei

Sebagai info Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) selama empat hari bermula Isnin, 6 Mei.

Acara ini akan mempamerkan teknologi dan aset peperangan elektronik tercanggih di dunia dalam sektor pertahanan darat, udara serta laut.

Ia akan melibatkan 1,200 syarikat dari 45 negara di seluruh dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi telah merasmikan acara tersebut.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

22 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago