Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Bagi kebanyakan individu, zaman kanak-kanak merupakan zaman yang paling seronok. Ini kerana masa banyak dihabiskan untuk bermain selain hanya pergi ke sekolah.

Jika dibandingkan dengan masa kini banyak perbezaannya. Perubahan gaya hidup dan kemajuan teknologi banyak mengubah corak dalam mendidik anak-anak kecil ini.

Apa yang lebih merisaukan apabila ada segelintir kanak-kanak pada masa kini yang bertindak di luar kotak dengan sanggup melakukan perkara yang tidak elok.

Tawar Seks Untuk Ganti Pemadam Kawan

Hanya kerana tidak cukup duit untuk menggantikan pemadam kawan, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun menawarkan perkhidmatan seks kepada rakan-rakan lelaki seusianya sebagai ganti.

Pendedahan itu dibuat oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain, dalam forum Persidangan Kawal Selia Antarabangsa 2024 (IRC) yang berlangsung hari ini (6 Mei).

Bagaimanapun, menurut Shuhaily, kes tersebut tidak difailkan memandangkan ia disifatkan tiada liabiliti jenayah.

“Kanak-kanak itu sendiri bersetuju (rogol berkumpulan) bersama dua rakannya berusia sembilan dan 10 tahun kerana tidak mempunyai wang untuk menggantikan pemadam.

“Jadi memandangkan semua yang terlibat berusia bawah 10 tahun, tiada kes difailkan, kerana tiada liabiliti jenayah. Timbalan pendakwa raya telah dirujuk, tetapi tiada bukti dikemukakan.

“Kejadian itu berlaku tahun lepas dan kami telah pun membuka kertas siasatan kerana bimbang ini merupakan sebahagian daripada trend generasi baharu,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.

Zahir Kebimbangan Peningkatan Akses Kepada Pornografi

Pada masa yang sama, Shuhaily turut menzahirkan kebimbangan apabila kemudahan akses kanak-kanak kepada media sosial dan pornografi semakin meningkat.

Jelas beliau, walaupun secara amnya kes rogol menunjukkan peningkatan, namun kes yang melibatkan remaja bawah umur turut menunjukkan peningkatan setiap tahun.

“Jumlah kes membabitkan mangsa bawah umur semakin meningkat setiap tahun. Kes yang dilaporkan kepada kami mungkin adalah sebahagian kecil daripada realiti yang benar-benar terjadi.

“Peningkatan ketara selepas pandemik Covid-19 kerana majoriti menggunakan media sosial untuk berinteraksi dan jumlah ini semakin bertambah hari demi hari,” ujarnya. 

Baca Artikel Berkaitan: Dedah Guru Buat Isu Rogol Jadi Bahan Jenaka, Pelajar Dapat Ugutan Rogol Dari Rakan Sekolah

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar IPT Didakwa Rogol Adik Kandung Bawah Umur

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

23 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago