fbpx
Now Reading
Pelajar IPT Didakwa Rogol Adik Kandung Bawah Umur

Pelajar IPT Didakwa Rogol Adik Kandung Bawah Umur

Tertuduh yang merupakan anak keempat dari lima adik beradik walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini (15 Februari) atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan haram terhadap adik kandung perempuannya tiga tahun lepas.

Pelajar lelaki berumur 22 tahun itu didakwa di hadapan Hakim Datin Surita Budin mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan sumbang mahram yang membawa hukuman penjara antara 10 tahun hingga 30 tahun dan sebatan.

Kesalahan tersebut dibaca bersama Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.

Tertuduh Tidak Mengaku Bersalah

Mengikut dua pertuduhan tersebut yang dibaca berasingan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan sumbang mahram dengan adik kandung perempuannya yang berusia 12 tahun lapan bulan.

Kejadian dikatakan terjadi pada bulan Januari dan Mac 2021 di sebuah rumah di Sikamat, Seremban.

Tertuduh yang merupakan anak keempat dari lima adik beradik walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut.

Tertuduh Sedang Jalani Latihan Praktikal

Timbalan Pendakwa Raya, Jiwan Kaur Malkith Singh memohon mahkamah agar tidak menawarkan jaminan kerana tertuduh dan adik bongsunya itu merupakan adik-beradik yang tinggal di alamat yang sama.

Akan tetapi, peguam mewakili terduduh, Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris memohon jaminan paling minimum dengan alasan anak guam mereka sedang menuntut pengajian peringkat diploma di sebuah IPT.

Mereka turut memberi alasan tertuduh sedang menjalani latihan praktikal di Johor, selain telah memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan.

Tertuduh Diarah Tinggal Berasingan Dengan Mangsa

Mahkamah kemudiannya menetapkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan iaitu tertuduh harus melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Dalam masa yang sama, penuntut IPT itu turut diarahkan tinggal di rumah lain dan tidak mengganggu mangsa.

Hakim Surita kemudiannya menetapkan tarikh sebutan semula pada 18 Mac berserta serahan keputusan penuh perubatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.