Berdepan Masalah Genetik, Bayi Hasil ‘Perkahwinan’ Adik-Beradik Meninggal Dunia 2 Jam Selepas Dilahirkan
Penyakit kulit yang dikenali sebagai ichthyosis kongenital itu adalah diwarisi dan mempunyai ciri kulit yang merah, kering serta sisik putih yang kasar dan halus.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seorang bayi lelaki yang baru sahaja dua jam lahir dilaporkan meninggal dunia ekoran daripada masalah genetik.
Menurut laporan Metro yang memetik Daily Star, bayi malang yang dilahirkan pada 4 Jun lalu di Dustlik, Uzbekista itu berdepan pelbagai kecatatan kelahiran kerana ibu bapanya adalah adik-beradik.
Menerusi satu video yang tular di sana, kelihatan bayi lelaki itu sedang menangis di dalam inkubator sambil seorang jururawat sedang mengelap kulit kering dan bersisik di bahagian bawah badannya.
Penyakit kulit ‘ichthyosis kongenital’
Penyakit kulit yang dikenali sebagai ichthyosis kongenital itu adalah diwarisi dan mempunyai ciri kulit yang merah, kering serta sisik putih yang kasar dan halus.
Menurut Kementerian Kesihatan Uzbekistan pada 28 Jun lalu, ibu bayi berkenaan yang berusia 28 tahun itu difahamkan mengandung 35 minggu dan empat hari, ketika melahirkan bayi tersebut.
Tambah kementerian berkenaan, ibu tersebut pernah melahirkan anak pertamanya ketika bersama suami dahulu dan kehamilan itu normal.
Bagaimanapunn, bayi keduannya dilahirkan dengan kondisi ichthyosis kongenital yang kritikal dan kecacatan kelahiran yang mampu mengancam nyawa.
Meninggal dunia selepas 2 Jam dilahirkan
Malangnya, di sebalik usaha terbaik doktor untuk menyelamatkannya, bayi yang baru dilahirkan itu meninggal dunia hanya selepas dua jam 10 minit dia berada di dunia.
Kementerian Kesihatan Uzbekistan berkata, dalam bidang perubatan, terbukti dalam kebanyakan kes, kanak-kanak dilahirkan dengan pelbagai kecacatan genetik akibat perkahwinan membabitkan saudara terdekat.
“Dalam bidang perubatan terbukti dalam kebanyakan kes, kanak-kanak dilahirkan dengan pelbagai kecacatan genetik akibat perkahwinan saudara terdekat. Khususnya, disebabkan keluarga sebegitu, anak dalam kandungan mungkin mengalami penyakit berbahaya seperti terencat akal kongenital, gangguan kromosom, sindrom Down, terencat mental dan fizikal yang teruk.
Kementerian Kesihatan Uzbekistan
Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan Uzbekistan meminta agar golongan muda yang sedang melakukan persiapan untuk mendirikan rumah tangga supaya melakukan pemeriksaan kesihatan serta elak dari mengahwini antara saudara terdekat.
Kredit gambar: CEN