fbpx
Now Reading
Kejam! Bapa Bunuh & Tanam 7 Bayi Hasil Sumbang Mahram Dengan Anak Kandung, Kononnya Ritual Jadi Kaya

Kejam! Bapa Bunuh & Tanam 7 Bayi Hasil Sumbang Mahram Dengan Anak Kandung, Kononnya Ritual Jadi Kaya

Suspek yang dikenali sebagai R mengaku menjalin hubungan sumbang mahram bersama anaknya atas saranan bomoh untuk cepat kaya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki di Indonesia ditahan kerana disyaki membunuh tujuh orang bayi hasil daripada hubungan sumbang mahram dia dan anak kandungnya.

Tindakan keji lelaki berkenaan yang dikenali sebagai R mula dihidu apabila penduduk setempat menjumpai objek yang disyaki sebagai tulang manusia ketika meratakan tanah di sebuah kebun di Jawa Tengah, Indonesia.

Tujuh Bayi Merupakan Hubungan Terlarang Dengan Anak Kandung Sejak Tahun 2013

Menurut Ketua Polis Banyumas, Agus Supriadi Siswanto, penemuan rangka bayi itu membawa kepada kes pembunuhan tujuh bayi yang merupakan hasil hubungan terlarang suspek dan anak kandungnya sejak tahun 2013.

Ekoran daripada penemuan ini juga, polis telah menahan lelaki berkenaan yang merupakan suspek utama serta anak perempuannya yang dikenali sebagai E.

“Bapa dan anak itu memberitahu, mereka mula membunuh bayi-bayi yang dilahirkan bermula 2013 hingga 2021,” katanya.

R yang berusia 57 tahun didakwa membunuh dan menanam bayi hasil daripada hubungan terlarang bersama anaknya yang berusia 25 tahun dengan cara menekap bayi yang baru dilahirkan sebelum menanamnya.

“Si bapa menceritakan dia akan menekap hidung setiap bayi yang dilahirkan anaknya dengan kain sehingga mati,” kata Agus.

Perbuatan keji itu yang bermula pada sepuluh tahun lepas berlanjutan sehingga ke bayi yang ketujuh pada tahun 2021.

Malah, menurut Agus, daripada keseluruhan tujuh bayi yang dibunuh, lima merupakan bayi lelaki manakala dua lagi merupakan bayi perempuan.

Isteri Tahu, Takut Kena Bunuh Sekira Lapor Pada Polis

Suspek dikatakan mempunyai isteri yang berusia 57 tahun dan isterinya mengetahui perbuatan suspek dan anak perempuannya itu.

Malah, isterinya turut dikatakan membantu anak kandungnya semasa proses melahirkan bayi-bayi tersebut. Namun, wanita itu tidak berani bersuara kerana takut dibunuh oleh suaminya.

“Lebih menyedihkan, isterinya turut membantu proses kelahiran semua bayi tersebut dan dia tidak berani melaporkan kepada polis kerana bimbang dibunuh suaminya,” ujar Agus.

Buat Perkara Terkutuk Dengan Anak Kerana Ikut Cakap Bomoh Untuk Cepat Kaya

Menerusi pengakuan yang dibuat oleh R, dia mengaku menjalin hubungan sumbang mahram bersama anaknya atas saranan bomoh untuk cepat kaya.

“Jika kamu ingin kaya, kamu perlu menjalinkan hubungan bersama anak perempuan kamu, perlu bersama dengannya sebanyak tujuh kali,” katanya yang mengulangi pesanan bomoh berkenaan.

Namun, ketika media bertanyakan status sama ada dia telah memperolehi kekayaan atau tidak setelah melakukan perbuatan ini, dengan ringkasnya dia menjawab tidak.

Polis dikatakan masih lagi menyiasat kes berkenaan dengan lebih lanjut dan mencari baki rangka bayi yang dipercayai ditanam di tempat lain.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.