fbpx
Now Reading
Padah Rogol Dua Anak Kandung, Lelaki Dihukum Penjara 36 Tahun Dengan 20 Sebatan

Padah Rogol Dua Anak Kandung, Lelaki Dihukum Penjara 36 Tahun Dengan 20 Sebatan

Tertuduh sebelum ini telah dijatuhi hukuman 40 tahun penjara dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Segambut Johor pada 20 Mei 2020

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang bapa anak lima dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dengan 20 sebatan oleh mahkamah rayuan kerana merogol dua anak perempuannya yang di bawah umur.

Tertuduh dilaporkan melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap dua orang anak perempuannya yang masing-masing berumur 15 dan 13 tahun pada pertengahan 2017 dan Januari 2020.

Rayuan Atas Alasan Hukuman Berlebihan

Mahkamah Sesyen Segambut Johor sebelum ini telah menjatuhkan hukuman 40 tahun penjara dan 24 sebatan pada 20 Mei 2020 selepas tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan tersebut.

Namun, peguam Ameerul Aizat Noor Haslan yang mewakili tertuduh memohon agar mahkamah mengurangkan hukuman ke atas anak guamnya atas alasan hukuman yang dikenakan adalah berlebihan dan turut memohon agar hukuman 24 sebatan dapat dikurangkan.

Permohonan rayuan kemudiannya dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi Muar pada 24 Disember 2020 sebelum permohonan itu ditolak dan dibawa ke Mahkamah Rayuan.

Panel tiga hakim mahkamah rayuan yang terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Lim Chong Fong membenarkan rayuan untuk mengurangkan hukuman penjara dan sebatan ke atasnya.

Hakim Kamaludin yang mengetuai panel, bersetuju untuk mengurangkan tempoh penjara kepada 18 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan.

Timbalan pendakwa raya, Fauziah Daud berpendapat hukuman itu adalah wajar dijalankan secara berasingan kerana ia melibatkan dua orang mangsa.

Baca Artikel Berkaitan: Mengaku Rogol Pelajar Tingkatan 1, Juruteknik Dipenjara 64 Tahun & 8 Sebatan

Baca Artikel Berkaitan: Budak Umur 12 Tahun Dakwa Dirogol Lelaki Baru Kenal Dalam Aplikasi Cari Jodoh

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.