“Nak Tutup Buku”- Ruhainies Dedah Sudah ‘Putus’, Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz

Sebelum ini, kontroversi membabitkan pelakon wanita, Ruhainies dengan penyanyi, Aliff Aziz iaitu suami kepada Bella Astillah telah menjadi bualan hangat.

Malah isu itu menjadi semakin panas apabila bekas teman wanita Aliff, Sarah Yasmine tampil membuat beberapa siri pendedahan mengejutkan di media sosial.

Bukan hanya itu, pada minggu lalu Aliff Aziz turut tampil dalam satu podcast di Singapura, TheCommonFolks menjawab segala persoalan membabitkan dirinya.

Baca artikel berkaitan: “Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Tidak lagu berhubung dengan Aliff Aziz, Ruhainies mahu fokus kepada kerjaya

Terbaharu, Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas mendakwa tidak lagi berhubung dengan penyanyi lelaki berkenaan.

Jelas aktres itu, dia enggan mengeruhkan lagi kontroversi yang melanda dan mahu menutup buku serta fokus kepada kerjayanya.

“Saya sudah tidak lagi berhubung dengan Aliff. Buat apa nak keruhkan lagi. Saya nak tutup buku.

“Saya pun dah minta maaf. Rasanya semua pihak boleh ‘move on’. Tiada keperluan untuk saya hubungi dia lagi. Jadi fokus saya sekarang adalah karier. Saya tak mahu memanjangkan isu ini.

“Saya tak mahu isu ini jadi lebih panjang. Bila ada kenyataan baharu, takut tiada penghujung. Semua orang termasuk netizen dah penat sebab isu ini sudah semakin melarat hampir dua bulan,” katanya, dipetik Harian Metro.

Sementara itu, pelakon wanita berkenaan percaya Bella maklum berhubung permohonan maaf yang dilakukannya sebelum ini secara terbuka dalam satu program hiburan stesen televisyen.

“Saya pun dah minta maaf. Rasanya semua pihak boleh ‘move on’. Tiada keperluan untuk saya hubungi dia lagi.”

Enggan ulas dakwaan nak jatuhkan Bella Astillah

Ruhainies dalam pada sama enggan mengulas lanjut tentang pandangan orang ramai berhubung dakwaan mengatakan dia berkomplot dengan Aliff untuk menjatuhkan Bella.

“Itu adalah pendapat siapa? Bukan saya. Saya tak boleh nak cakap lebih. Kalau saya menidakkan, orang cakap memang saya buat.

“Benda itu di luar kawalan saya. Saya tak mahu tegakkan apa-apa lagi,” jelasnya lagi.

Baca artikel berkaitan:  Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Mahu Berjumpa Untuk Jernihkan Keadaan

Baca artikel berkaitan: Berang Nama Dipetik Dalam Isu Aliff Aziz & Ruhainies, Chacha Maembong Tampil Beri Penjelasan [Video]

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago