Wanita Didakwa Keluar Simpang Terburu-buru & Sebabkan Kemalangan, Namun Tak Nak Mengaku Salah [Video]

Terlibat kemalangan bukanlah sesuatu yang diinginkan setiap manusia, namun tidak dinafikan juga ia boleh berlaku akibat sikap pemandu itu sendiri yang tidak mematuhi peraturan jalan raya dan lalu lintas yang telah ditetapkan.

Lebih mengeruhkan keadaan lagi, apabila ada segelintir pemandu yang enggan mengakui kesalaha sehingga boleh menyebabkan berlakunya pertengkaran dan sebagainya.

Tular kemalangan dua buah kenderaan dari arah berlainan di persimpangan jalan

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan satu kemalangan berlaku di sebuah persimpangan jalan melibatkan dua buah kenderaan dari arah berlainan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun X @update11111, kelihatan kemalangan itu melibatkan seorang pemandu lelaki dipercayai bersama isteri dan anaknya dengan seorang pemandu wanita.

Berdasarkan perbualan dalam video tersebut, pemandu lelaki berkenaan dari arah jalan lurus manakala pemandu wanita itu dipercayai mahu melintas jalan membelok ke arah kanan.

Kemalangan didakwa berlaku akibat kesalahan pemandu wanita, tapi tak mengaku salah

Kemalangan didakwa berlaku akibat sikap terburu-buru wanita itu yang ingin keluar daripada simpang berkenaan sehingga dirempuh kenderaan lelaki terbabit dari bahagian tepi.

Bagaimanapun, wanita itu dilhat seolah-olah tidak mengakui kesalahannya, sebaliknya ingin menyalahkan lelaki terbabit sehingga mengakibatkan tercetus sedikit perbalahan antara mereka.

“Ambil lesen tak? Tak kiralah kau dekat mana sekali pun, ini jalan lurus, tengok ada kereta atau tidak, baru lintas, kau tak sabar-sabar nak keluar daripada sini,” kata lelaki itu.

Video berdurasi 39 saat yang dirakam oleh salah seorang penunggang motosikal yang berada di lokasi kejadian telah meraih perhatian ramai dengan jumlah tontonan melebihi 1.2 juta di X.

Pun begitu, tidak dapat dipastikan waktu dan tempat kemalangan ini berlaku susulan tiada maklumat lanjut yang diterima.

Ramai kecam sikap pemandu wanita tak mengaku salah

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan wanita itu yang enggan mengakui kesalahannya.

Malah, ada juga yang menasihati agar lelaki terbabit berhenti berbalah dengan wanita itu, sebaliknya terus membuat laporan polis.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago