LEGOLAND® Malaysia Resort sedia menyambut tetamu yang berkunjung ke resort pada Hari Raya Aidilfitri ini.
Bermula dari 21 April hingga 21 Mei, resort ini akan berubah ‘wajah’ menjadi sebuah kampung warisan Malaysia di mana pengunjung boleh menonton persembahan tradisional dan mempelajari budaya masyarakat Melayu menerusi aktiviti-aktiviti pilihan.
Di Kampung LEGOLAND Malaysia Resort, para tetamu boleh berehat di Halaman Desa atau Anjung Seri dengan berpakaian Raya.
Tetamu yang terdiri dari golongan anak muda juga boleh memilih untuk memakai rekaan batik dan songket yang terdapat di resort supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan latar belakang kampung yang ditonjolkan.
Bagi memastikan tetamu dan keluarga terhibur, beberapa permainan tradisional seperti Teng Teng, Chapteh, Congkak serta Batu Seremban akan disediakan di seluruh resort.
Buat anda yang tidak tahu atau terlupa, jangan risau kerana ada ‘Model Citizen’ yang akan membantu menyegarkan ingatan anda.
Menurut Pengarah Bahagian LEGOLAND Malaysia Resort CS Lim, LEGOLAND Malaysia Resort percaya apa yang membezakan taman tema mereka dengan yang lain di rantau ini adalah ‘pengalaman berbeza’ yang ditawarkan kepada tetamu memandangkan Malaysia kaya dengan budaya, dan seni masyarakat yang berbilang kaum.
Berbekalkan panduan dari Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) dicampur dengan keunikan LEGOLAND, mereka percaya dapat mencipta pengalaman Hari Raya yang asli buat para pengunjung di sana.
“Kami menjemput semua yang berminat untuk belajar tentang tradisi Hari Raya yang diamalkan oleh masyarakat Melayu semasa perayaan ini untuk menyertai kami di resort sebelum 21 Mei,” kata CS Lim.
Dalam pada itu Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Kebudayaan Negeri Johor, YB
Raven Kumar a/l Krishnasamy pula menyifatkan kempen oleh LEGOLAND Malaysia Resort ini dapat berfungsi sebagai satu ‘model hebat’ bagaimana pemain industri boleh memainkan peranan mereka dalam membantu mengimejkan semula pelancongan dengan memanfaatkan keunikan budaya di Malaysia.
“Kami memuji LEGOLAND Malaysia Resort atas kreativiti mereka dalam memacu pelancongan ke Malaysia,” kata Raven Kumar.
Para tetamu di perayaan Raya ini akan menemui banyak keajaiban LEGO® sambil merasai sendiri budaya Malaysia melalui muzik, hiburan dan aktiviti bersama keluarga dan rakan mereka.
Antara aktiviti menarik di LEGOLAND Malaysia Resort adaah:
Untuk maklumat lanjut, layari laman LEGOLAND di sini.
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…