Majikan Rugi Jutaan Ringgit Sekiranya Pekerja Kemuka MC Palsu

Medical Certificate (MC) atau sijil cuti sakit adalah satu bentuk kemudahan kepada individu yang sakit untuk berehat daripada tugas.

Sijil cuti sakit hanya boleh dikeluarkan oleh Pengamal Perubatan sekiranya seorang indidvidu itu diakui tidak layak untuk menjalankan tugas kerana sakit.

Namun, sejak akhir-akhir ini, timbul isu berkenaan MC palsu di mana individu ‘membeli’ MC dari klinik tanpa perlu mendapatkan rawatan.

Kerugian Kepada Majikan

Tindakan mengemukakan MC palsu merupakan satu kesalahan jenayah dan ia boleh menyebabkan majikan menanggung kos kerugian sehingga jutaan ringgit.

Majikan terpaksa menanggung kos tambahan seperti pembayaran lebih masa kepada pekerja sedia ada dan kos mendapatkan pekerja ganti serta kos bayaran bil perubatan palsu bernilai ratusan ringgit yang dituntut oleh pekerja walaupun modal untuk mendapatkan MC palsu hanya RM30.

MC Palsu Tambah Beban Sedia Ada Kepada Majikan

Menerusi temubual bersama Kosmo, Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berpendapat bahawa tempoh cuti sakit sedia ada sudah cukup membebankan majikan.

Majikan perlu menanggung kos jutaan ringgit sekiranya kesemua cuti sakit digunakan pada tahun itu.

“Dengan mengambil MC palsu, majikan terpaksa membayar kos perubatan pekerja yang kebanyakannya melebihi RM100, diikuti gaji mereka dan juga kos untuk mendapatkan pekerja lain bagi melakukan kerja lebih masa.”

Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman

Untuk info, seorang pekerja di Malaysia akan diberi tempoh cuti sakit selama 22 hari setahun dan 60 hari sekiranya perlu masuk ke hospital.

Tiada lagi Cuti Tahunan Dan Tiada Klinik Panel Antara Punca Penipuan MC

Tambah beliau, majikan yang tidak menyediakan klinik panel cenderung untuk ditipu oleh pekerja. Pekerja boleh mendapatkan MC palsu di mana-mana klinik yang mereka mahu.

Ini menyukarkan majikan untuk membuat semakan kesahihan MC yang dikemukakan oleh pekerja.

“Kemungkinan mereka mendapatkan MC palsu ini daripada klinik-klinik yang bukan dilantik sebagai klinik panel syarikat. Ditambah pula kemajuan teknologi yang semakin canggih pada masa kini membolehkan sijil cuti palsu itu sukar dikesan keaslian.”

Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman

Beliau juga berpendapat kesukaran untuk mendapatkan MC juga menyebabkan pekerja yang sudah kehabisan cuti tahunan cenderung menggunakan MC palsu.

“Bukan itu sahaja, kehabisan cuti tahunan serta kelemahan majikan yang tidak memantau dengan ketat MC yang diserahkan oleh seseorang pekerja turut menjadi punca.”

Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman

Turut menyokong dakwaan ini, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, Mohd. Effendi Abdul Ghani berkata, masih ada pekerja yang mengemukakan MC palsu pada masa kini.

Beliau berpendapat majikan perlu menyemak semula punca pekerja berbuat demikian.

 “Kadangkala mereka ter­desak mahukan cuti atas masalah peribadi atau malas bekerja. Kemungkinan juga ada yang tertekan di tempat kerja.”

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, Mohd. Effendi Abdul Ghani

Tindakan mengemukakan MC palsu adalah salah dan boleh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan. Individu yang didapati bersalah boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Baca Artikel Berkaitan:Dia Kongsi Dengan Kawan-Kawan” – Klinik Buat Laporan Polis Selepas Sijil Cuti Sakit Dipalsukan

Baca Artikel Berkaitan: Sepanyol Tawar Cuti 3 Hari Buat Pekerja Wanita Yang Alami Masalah Ketika Datang Haid

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago