Penduduk Padat & Kemudahan Terhad Antara Penyumbang Aktiviti Vandalisme Di Flat Kos Rendah

Flat atau rumah pangsapuri kos rendah merupakan perumahan mampu milik yang dijual dengan harga yang lebih murah berbanding jenis perumahan yang lain.

Oleh kerana harga jualannya yang rendah, kemudahan yang disediakan juga adalah terhad berbanding jenis perumahan sedia ada di pasaran.

Kepadatan Penduduk Flat Kos Rendah Penyumbang Vandalisme

Kawasan rumah flat kos rendah yang padat dengan penduduk boleh menyebabkan kemudahan yang disediakan tidak mencukupi dan seterusnya menyumbang kepada aktiviti vandalisme sehingga menjejaskan fasiliti yang telah disediakan.

Namun, beliau berpendapat ia juga bergantung kepada sikap individu yang menetap di kawasan berkenaan sama ada mahu membiarkan kawasan persekitaran berada dalam keadaan yang kotor atau hanya mengharapkan pihak pembersihan untuk membersihkan kawasan berkenaan.

“Kerajaan pada hari ini sangat prihatin, tetapi ia bergantung kepada sikap individu yang menetap di situ sama ada ingin membiarkan keadaan sekitar kotor dan mengharapkan pihak pembersihan melakukan kerja untuk mereka merupakan satu tindakan yang kurang wajar,” ujarnya.

Reka Bentuk Rumah Flat Kos Rendah Perlu Diubah Suai

Menurut beliau lagi, reka bentuk rumah flat kos rendah di Malaysia perlu diubah suai sesuai dengan keadaan semasa.

Ini kerana kebanyakan kawasan flat kos rendah mempunyai tanah yang terhad hingga menyebabkan penduduk setempat tidak dapat menjalankan aktiviti riadah dan meluangkan masa sesama mereka.

“Aspek pengubahsuaian reka bentuk perlu dilakukan bagi menyesuaikan kawasan yang boleh digunakan oleh komuniti seperti tempat beriadah kanak-kanak dan tempat pembuangan sampah yang teratur bagi memelihara kebersihan.”

Terdahulu, Sultan Johor menzahirkan perasaan kecewa terhadap keadaan bangunan, penyelenggaraan serta tahap kebersihan flat-flat kos rendah di negeri Johor.

Baginda bertitah kebanyakan flat-flat kos rendah di Johor berada dalam keadaaan daif dan dipenuhi dengan sampah sarap yang dibuang merata-rata hingga menjadi tempat pembiakan serangga berbisa.

Baca Artikel Berkaitan: “B*d*h Takda Sivik” – Wanita Kesal, Cermin Kereta Pecah Angkara Individu Buang Sampah Dari Atas Rumah Flat [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Semua Aku Kena Buang”- Gelagat Lelaki Berleter Ketika Buang Sampah Mencuit Hati

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

13 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

20 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

3 days ago