Ini Tiga Tips Yang Patut Anda Tahu Sebelum Guna Kad Kredit Buat Kali Pertama

Kad kredit adalah kad bayaran yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan sebagai cara untuk memudahkan pengguna untuk membuat pembelian secara kredit.

Ia membolehkan pengguna membeli barangan atau perkhidmatan tanpa perlu membuat bayaran tunai pada ketika itu.

Jika dilihat dari sudut positif, kad kredit dapat membantu individu untuk membina skor kredit, mendisiplinkan diri untuk meminjam dan menggunakan kemudahan kredit dengan bertanggungjawab.

Kos Memiliki Kad Kredit

Sebelum memiliki kad kredit, anda harus tahu kos dan kadar faedah yang terlibat apabila menggunakannya. Antara kos yang terlibat adalah:

  • Kadar faedah – kadar faedah dikenakan apabila terdapat tunggakan baki.
  • Fi Tahunan – yuran tahunan yang dikenakan kepada pemegang kad kredit.
  • Fi Lain – contohnya seperti caj bayaran lewat, fi pengeluaran ATM, fi mata wang asing dan caj melebihi kredit.
  • Cukai Perkhidmatan – sebanyak RM25 akan dikenakan ke atas setiap kad kredit selepas pengaktifan dan pembaharuan tahunan kad tersebut.

Namun, ada juga bank yang akan mengetepikan caj atau fi sekiranya pengguna memenuhi kriteria penggunaan.

Untuk info, kesemua kos kad kredit ini adalah berbeza mengikut jenis kad kredit yang ditawarkan di pasaran.

Panduan Memilih Kad Kredit

Bagi anda yang ingin memiliki kad kredit buat kali pertama, ini adalah tips dan panduan yang perlu anda tahu.

#1 Pilih Kad Kredit Yang Bersesuaian Dengan Pendapatan Anda

Cara terbaik buat anda yang pertama kali ingin menggunakan kad kredit adalah dengan menyemak pendapatan tahunan anda.

Foto : Freepik

Lazimnya, kebanyakan kad kredit sedia ada di pasaran mempunyai syarat pendapatan tahunan minimum yang perlu anda penuhi.

Kad kredit yang menawarkan ganjaran lumayan atau manfaat yang banyak memerlukan seseorang itu mempunyai pendapatan tahunan yang lebih tinggi.

Jadi anda perlu membuat ‘survey’ berkaitan kad kredit yang bersesuaian dengan pendapatan dan poket anda.

#2 Pilih Kad Kredit Yang Menawarkan Kadar Faedah Yang Rendah dan Tiada Fi Tahunan

Anda disarankan untuk memilih kad kredit yang menawarkan kadar faedah yang rendah dan juga tanpa fi tahunan.

Kebiasannya, kadar faedah akan dikenakan sekiranya terdapat tunggakan baki pembayaran semula kad kredit.

Namun, pembayaran kadar faedah ini boleh dielakkan sekiranya anda membuat pembayaran bil pada masa yang ditetapkan.

Fi tahunan kad kredit pula merujuk kepada yuran yang dikenakan kepada pemegang kad kredit setiap tahun untuk mengekalkan keahlian mereka dalam program kad kredit tersebut.

Fi ini berbeza bergantung kepada jenis kad kredit yang ditawarkan oleh pihak bank.

Ada juga kad kredit yang mengecualikan fi tahunan dengan syarat pemegang kad kredit perlu membuat transaksi minimum seperti yang ditetapkan oleh pihak bank.

Misalnya, pemegang kad kredit perlu membuat transaksi sekurang-kurangnya 12 kali dalam tempoh setahun dan fi tahunan akan dikecualikan.

Walaubagaimanapun, anda perlu berhati-hati kerana syarat seperti ini akan mendorong anda untuk berbelanja tanpa had.

Jadi, pilih kad kredit yang boleh buat anda mengikut syarat tersebut dengan lebih mudah contohnya menggunakan kad kredit untuk penggunaan harian seperti mengisi petrol atau barangan runcit.

Foto: Pexels & Freepik

#3 Pemilihan Kad Kredit Berdasarkan Gaya Hidup Anda

Anda digalakkan untuk memilih kad kredit yang dapat memberikan manfaat dan sesuai dengan trend perbelanjaan anda.

Tahukah anda, setiap kad kredit di pasaran akan menawarkan manfaat antaranya seperti pulangan tunai (cashback), mata ganjaran (reward points) dan ganjaran perjalanan (airmiles).

Namun, harus diingat bahawa manfaat dan ganjaran yang ditawarkan adalah berbeza bagi setiap kad kredit di pasaran.

Sekiranya anda seorang yang gemar membeli-belah secara dalam talian, anda disarankan untuk memilih kad kredit yang menawarkan manfaat seperti rebat tunai atau mata ganjaran dalam talian.

Foto: Freepik

Walaubagaimanapun, sebagai pengguna kad kredit buat kali pertama, anda digalakkan untuk mengutamakan kad kredit yang memberi manfaat pulangan tunai berbanding yang memberi manfaat dalam bentuk mata ganjaran.

Ini kerana kadar penebusan mata ganjaran adalah berbeza mengikut kepada bank. Lazimnya, anda perlu mematuhi syarat tertentu untuk menebus mata ganjaran.

Kesimpulannya, kad kredit boleh menjadi kawan atau lawan kepada kita. Anda sebagai pengguna dinasihatkan untuk berbelanja secara berhemah dan menggunakan kad kredit dengan lebih berhati-hati agar tidak terbeban dengan hutang pada masa akan datang.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Cara Gunakan Kredit Kad Dengan Betul Tanpa Dikenakan Caj, Siap Dapat Point! [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Bapa Terkejut Hutang Kad Kredit Lebih RM60K, Rupanya Anak ‘Beli Belah’ Dalam Permainan Genshin Impact

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

24 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago