Bila umur sudah meningkat, masalah kekangan masa itu sudah menjadi suatu perkara biasa. Nak setel itu, ini, tapi memang tak menang tangan! Dengan perihal kerja, pelajaran, kehidupan, keluarga, dan lain-lain lagi. Kalau boleh uruskan semua perkara dalam satu masa kan lebih mudah dan menjimatkan masa.
Dan antara urusan paling ‘membosankan’ adalah menunggu di bank!
Nak uruskan satu perkara sahaja, tapi kena menunggu sampaikan berjam-jam lamanya. Sudahlah buang masa, bosan pula sambil menunggu tak berbuat apa-apa akhirnya satu tugasan pun tak dapat diselesaikan. Sebab itulah penting untuk memilih bank yang boleh menyelesaikan kesemua urusan transaksi dalam satu masa!
Kalau rasa nak ‘upgrade’ pengurusan perbankan ke tahap lebih baik serta mempunyai pengawalan kewangan lebih bijak, cepat, dan mudah, jom cuba sendiri untuk menggunakan aplikasi UOB TMRW ini!
Untuk pengetahuan korang, dengan aplikasi UOB TMRW yang baharu dan ditambah baik, korang boleh menikmati pelbagai faedah menarik dalam satu kemudahan yang pastinya memberi kelebihan sebagai seorang pengguna.
UOB TMRW ini bukanlah seperti aplikasi bank yang biasa kerana ia dikuasakan oleh Artificial InteIligence (AI) yang bertindak sebagai penasihat kewangan anda yang boleh membantu dari segi cara menyimpan, berbelanja dan juga ‘reward’ diri sendiri ‘Like A Boss’.
Dan percayalah, sebaik memuat turun aplikasi ini di dalam telefon pintar, pengurusan kewangan anda pasti menjadi lebih mudah.
Nak tahu sebab mengapa kami ‘jatuh hati’ dengan aplikasi UOB TMRW ini?
Walaupun korang tidak mempunyai akaun bank UOB, aplikasi UOB TMRW ini akan membolehkan anda membuka akaun simpanan UOB secara terus tanpa perlu bersusah payah untuk ke cawangan bank.
Caranya adalah dengan memuat turun aplikasi UOB TMRW di Google Playstore, Apple AppStore dan Huawei AppGallery, bergantung kepada sistem operasi telefon bimbit korang.
Hanya dengan beberapa langkah, seperti proses pengesahan gambar MyKad, diikuti wang deposit berjumlah RM100 serta dengan beberapa langkah lain, korang sudah boleh menggunakan aplikasi UOB TMRW!
Dengan aplikasi UOB TMRW ini, korang boleh memilih akaun simpanan berbeza yang dikhaskan mengikut keperluan seperti pemilihan akaun di bawah:
Dengan UOB TMRW’s Insights, korang akan mempunyai pembantu peribadi berpacukan teknologi AI yang sedia membantu memudahkan korang mengawal simpanan dan juga cara berbelanja berdasarkan makluman, peringatan dan pengesyoran yang dikhaskan.
Ini secara tidak langsung dapat membantu mencapai matlamat kewangan dan juga gaya hidup. Selain itu, korang juga boleh mengawal sepenuhnya aliran kewangan termasuklah apabila gaji sudah masuk, tarikh akhir pembayaran bil, dan apabila jumlah baki dalam akaun semakin berkurangan serta pelbagai maklumat lain berkaitan di mana wang anda dibelanjakan.
Apa yang lebih menarik, kemudahan ini akan membantu anda melihat semula jika terdapat sebarang percanggahan yang berlaku. Korang juga akan menerima notifikasi sekiranya dikenakan caj tambahan terhadap sebarang servis.
Cukup menenangkan apabila ada penasihat kewangan di dalam poket. Tak perlu risau lagi!
Lebih banyak korang membelanjakan wang menggunakan UOB’s Rewards+, lebih banyak ganjaran yang boleh diterima. Rewards+ adalah platform ganjaran terbaharu dan terbesar UOB bagi penggunaan kad kredit menerusi aplikasi UOB TMRW yang membolehkan korang menyemak, mengawal dan menebus ganjaran di dalam telefon bimbit.
Satu lagi kelebihan aplikasi ini adalah bagi setiap transaksi yang dilakukan menggunakan kad kredit UOB, korang akan memperolehi UniRinggit di mana ia boleh digunakan untuk menebus ganjaran istimewa daripada katalog ganjaran menerusi aplikasi UOB TMRW.
Berbaloi, kan? Berbelanja dan terima ganjaran!
Bukan setakat itu sahaja, korang juga boleh mendapatkan akses di pelbagai premis, membeli-belah, makan di restoran, tawaran percutian, serta banyak lagi hanya di satu tempat.
Tambahan pula, ada juga penebusan kupon dan korang boleh melakukan pembayaran menggunakan ganjaran yang diperolehi atau menukarkannya kepada bentuk wang dengan hujung jari sahaja.
Easy as ABC. 😀
Dengan adanya aplikasi UOB TMRW ini, ia akan membuatkan kehidupan kewangan korang menjadi jauh lebih mudah dan menyeronokkan. Bukan sekadar aplikasi perbankan, tetapi peneman gaya hidup yang memahami dan membantu kita semua untuk mencapai matlamat.
Buat korang di luar sana yang sedang mencari solusi bank digital bersesuaian dengan ‘jiwa’, bolehlah cuba aplikasi UOB TMRW ini. Confirm tak menyesal!
Psst, korang tak teruja ke untuk bekerjasama dengan salah satu bank terkemuka di Malaysia dan menjadi kegemaran ramai di bandar?
Jangan tunggu lagi, rasai sendiri pengalaman menguruskan kewangan dan hal-hal perbankan lain dengan muat turun aplikasi UOB TMRW ini!
Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…
Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…
Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…
Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…
Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…
Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…