Isu kenderaan berasap ketika di atas jalan raya merupakan insiden yang sering berlaku khususnya bagi kereta mewah.
Malah insiden itu berlaku berpunca daripada pelbagai faktor, jika kenderaan biasa mungkin kekurangan air di bahagian radiator, kebocoran serta banyak lagi menjadi sebab utama sebuah kenderaan itu tiba-tiba berasap ketika ia sedang digunakan.
Namun bagi kenderaan mewah pula kadangkala bahagian elektronik juga boleh menjadi sebab sesebuah kereta mengalami kerosakan hingga berasap.
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof bersama kenderaan mewah dipercayai miliknya telah berasap di tepi jalan di Kuala Lumpur.
Menerusi video dikongsikan oleh Syaza di TikTok kelihatan kenderaan mewah milik pengarah berkenaan mengeluarkan asap yang banyak serta mungkin mengalami masalah kerosakan.
Kelihatan kedua-dua belah pintu dibuka ketika asap memenuhi ruang kenderaan berwarna emas.
Malah Syamsul juga dilihat berjalan sekitar kereta tersebut mungkin untuk mengenal pasti masalah kenderaan tersebut.
“Lamborghini abang Sol (Syamsul Yusof) berasap ke tu,” tulis Syaza dalam video itu.
Melihat di ruangan komen, seorang pengguna @iema7386 turut berkongsi video memaparkan keadaan sebelum kenderaan milik pengarah itu berasap di tepi jalan.
Dakwa Iema pengarah berkenaan seperti sedang memeriksa sesuatu ketika berada di dalam kereta.
“Sebelum kejadian, dah perasan Syamsul macam tengah tengok dekat dalam kereta dia mungkin masa tu ada keluar lampu amaran di bahagian panel dashboard,” katanya.
Dalam pada itu, turut kelihatan beberapa peminat yang tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar bersama termasuklah rider penghantar makanan yang lalu dikawasan tersebut.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang maklumat terperinci berhubung kejadian yang berlaku sama ada kenderaan tersebut benar-benar mengalami kerosakkan atau sebaliknya.
Melihat di ruangan komen, ada yang mendakwa bahawa pengarah terkenal itu sedang membuat rakaman filem dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan.
Terdahulu, pelakon yang juga isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana pernah menyebut tentang kereta mewah tersebut dalam satu hantaran di Instagram Story miliknya.
Baca artikel berkaitan:
Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…
Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…
Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…
Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…
Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…
Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…