Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Umum mengetahui kebanyakan tempat parkir khususnya di pusat membeli belah pada masa kini sudah menggunakan sistem ‘cashless’ dan tidak lagi memerlukan tiket.

Ini kerana ramai yang mula menggunakan kamera imbasan untuk mengesan nombor pendaftaran sebelum membenarkan ia masuk ke dalam kawasan parkir.

Malah sistem yang digunakan ini juga dapat memudahkan pengunjung mahupun pelanggan di mana mereka tidak perlu menyimpat tiket. Oleh itu, tiada lagi kes seperti kehilangan tiket atau tiket koyak berlaku.

Meskipun canggih namun tak dinafikan pasti ada juga segelintir pengguna yang mungkin mengalami masalah seperti nombor plat tidak dapat dikesan dan sebagainya.

Pemandu terpaksa memandu kereta secara mengundur kerana nombor plat tak dapat dikesan sistem parkir

Perkara sama turut berlaku kepada sebuah seorang pemilik kenderaan apabila dia terpaksa termasuk masuk ke kawasan parkir dengan cara yang lain daripada lain.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Qusyairi di TikTok, awalnya kelihatan sebuah kereta jenis Ford Fiesta berwarna hitam sedang memasuki kawasan parkir di sebuah pusat membeli belah di Putrajaya.

Namun apa yang mencuri tumpuan ramai, kereta tersebut terpaksa berjalan secara mengundur gara-gara alat imbasan (sensor) di parkir berkenaan tidak dapat mengenal pasti nombor plat kenderaan tersebut.

Nombor plat di bahagian kiri, kamera imbasan di sebelah kanan

Dalam video tersebut kelihatan nombor plat depan kereta berkenaan berada di bahagian tepi berdekatan lampu sisi sebelah kiri yang menyebabkan ia sukar untuk dikesan kerana kamera imbasan berada di sebelah kanan.

Malah sebaik sahaja palang parkir dibuka kelihatan pemandu berkenaan cuba untuk membetulkan semula kenderaannya daripada terus berjalan mengundur.

Turut mengundurkan kenderaan semasa keluar dari kawasan parkir

Ketika disoal BuzzKini bagaimanakah dia keluar dari kawasan parkir tersebut, Qusyairi yang mesra dipanggil Kucai mengatakan dia terpaksa menggunakan cara sama iaitu mengundur serta dibantu oleh rakan.

“Yang rakam tu kawan saya, jadi dia tolong sentuhkan kad Touch n Go (TnG),” ujarnya.

Sukar letak nombor plat di bahagian tengah

Jelas Kucai lagi nombor plat kenderaannya itu tidak boleh diletakkan di bahagian tengah memandangkan ia tidak mempunyai tempat dan palang yang lembut akan membuatkan ia mudah patah atau tercabut.

Kuchai berkata demikian selepas ditanya sekiranya ada cara lain bagi memudahkan nombor plat keretanya mudah untuk diimbas.

“Cara lain kena letak nombor plat di bahagian tengah. Tapi kereta saya tak boleh letak di bahagian tengah kerana tidak mempunyai tempat plat (stand plate). Honey comb (palang bahagian depan kereta) saya tu tak kuat dan ia akan patah atau mudah tercabut,” katanya lagi.

Melihat di ruangan komen, perkara itu turut menjadi perhatian ramai malah ada yang memberikan tips untuk melepasi palang terbabit tanpa perlu berundur.

“Lah apa susahnya. Awak sengetkan sikit kereta tu. Suami hari pengawal pesan sengetkan sikit kereta tu. Boleh je keluar”

“Aku pun hadapi masalah yang sama Lancer kena buat macam ni lah”

“Lain kali pemandu pegang nombor plat lain yang besar lalukan depan kamera. Tak yah nak mengundur”

Recent Posts

  • Hiburan

Filem ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya [Trailer]

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak,…

7 hours ago
  • Trending

Tangisan Wanita Baca Warkah Diberikan Oleh Anak Ketika Hari Ibu Buat Ramai Tersentuh [Video]

Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…

11 hours ago
  • Trending

“Rugi Besar…” – Dapat Tentangan Keras, Isa Isarb Batalkan Program Realiti Lelaki & Wanita Tinggal Sebumbung [Video]

Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…

11 hours ago
  • Trending

Ayah Ayu Ting Ting Berang, Jemaah Haji Malaysia Hina Indonesia Negara Miskin? [Video]

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…

11 hours ago
  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

12 hours ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

12 hours ago