Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menjejakkan kaki ke menara gading dan memperolehi ijazah merupakan impian bagi setiap individu. Namun, ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk digapai.

Perjalanannya penuh dengan cabaran. Oleh sebab itu, kebanyakan orang berusaha keras dan melakukan pelbagai cara bagi memastikan apa yang diimpikan tercapai.

Pelajar Study Bawah Lampu Jalan Jadi Perhatian

Terbaharu, seorang pelajar dipercayai mahasiswi di sebuah Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) mencuri tumpuan apabila cara belajarnya berlainan dengan mahasiswa yang lain.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun @ameirirfann itu, kelihatan dia sedang duduk dan tekun menelaah pelajaran di bawah lampu jalan tanpa menghiraukan orang di sekeliling.

Difahamkan, situasi tersebut dipercayai berlaku di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) cawangan Pagoh, Johor menurut beberapa netizen.

“Besarnya lampu study dia,” tulis pemilik akaun yang melihat keadaan tersebut.

Malah menerusi video tersebut, kelihatan dia menggunakan meja lipat yang dibawa serta botol air untuk kegunaan dirinya pada ketika itu.

Raih Pelbagai Reaksi Dari Warganet

Video yang telah mendapat lebih 950 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian warganet.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan daripada mereka memuji pelajar wanita terbabit yang sanggup berusaha mencari inisiatif untuk belajar.

Malah, ada yang beranggapan dia tidak mahu menyusahkan rakan sebiliknya. Oleh sebab itu dia mengambil langkah sedemikian.

Namun, ada segelintir yang beranggapan mahasiswi berkenaan memerlukan suasana baru bagi mencipta ‘mood’ untuk belajar.

Selain itu, ada juga yang prihatin dengan pelajar wanita itu di mana mereka risau dengan keselamatan dirinya yang belajar di luar pada waktu malam.

Berikut antara komen netizen:

Gaya Pemikiran Di Luar Kotak & Tak Takut Tohmahan Orang Sekeliling

Bagus, Tak Nak Kacau Roomate Tidur, Doakan Dekan Setiap Sem

Semoga Dia Berjaya

The Real Study Tiada Gangguan

Kita Mungkin Tengok Lucu Tapi Bagi Aku Antara Punca Maybe Roomate Bising

Aku Lagi Suka Study Macam Ni, Tak Kacau Orang

Baca Artikel Berkaitan: Satu Keluarga Jalan Kaki Hantar Anak Ke Universiti Buat Ramai Tersentuh [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Bakal Genggam Ijazah, Gadis Bangga Kumpul 6 Baju Kerja Sambilan Demi Timba Pengalaman

Recent Posts

  • Hiburan

Filem ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya [Trailer]

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak,…

3 hours ago
  • Trending

Tangisan Wanita Baca Warkah Diberikan Oleh Anak Ketika Hari Ibu Buat Ramai Tersentuh [Video]

Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…

7 hours ago
  • Trending

“Rugi Besar…” – Dapat Tentangan Keras, Isa Isarb Batalkan Program Realiti Lelaki & Wanita Tinggal Sebumbung [Video]

Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…

7 hours ago
  • Trending

Ayah Ayu Ting Ting Berang, Jemaah Haji Malaysia Hina Indonesia Negara Miskin? [Video]

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…

8 hours ago
  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

8 hours ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

8 hours ago