Kucing Milik Pengasas Bawal Exclusive Sambut Hari Jadi Di Butik Louis Vuitton Raih Perhatian Ramai [Video]

Sebut sahaja tentang kucing, pasti kita akan terbayang keletah haiwan comel ini. Dek kerana kecomelan si bulus menyebabkan kebanyakan individu memilih untuk memelihara haiwan tersebut.

Malah, ada di antara pemilik haiwan ini menjaga mereka seperti menjaga anak sendiri. Selain diberi makan dan tempat tinggal, ada pemilik yang menyambut hari lahir haiwan berkenaan pada setiap tahun.

Sambut Hari Jadi Di Butik Jenama Mewah

Namun, tiada yang dapat menandingi tuah kucing peliharaan milik pengasas jenama Bawal Exclusive Haliza Maysuri apabila haiwan itu dijemput oleh butik jenama mewah Louis Vuitton.

Kucing yang diberi nama Money itu dijemput bagi menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-7 tahun di butik itu yang terletak di The Gardens, Kuala Lumpur.

Jelas Haliza melalui akaun Instagram rasminya, Money merupakan kucing pertama yang dijemput oleh jenama itu.

“Pertama kali dalam sejarah Louis Vuitton Malaysia menjemput dan meraikan hari jadi Pets (Money) di butik mewahnya,” tulis Haliza.

Menerusi video sambutan majlis hari jadi yang dikongsikan, Money turut menggayakan pakaian dari butik pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim.

Malah, haiwan berkenaan diberi kejutan kek dan hadiah dari jenama mewah itu sempena ulang tahun kelahirannya.

Apa yang menjadi perhatian adalah hadiah hari jadi berupa beg yang diperolehi oleh Money ditempah khas dari Paris.

Difahamkan, hadiah yang bernilai RM17,400 tersebut merupakan pemberian daripada suami Haliza untuk kucing kesayangannya itu.

Ramai Teruja Lihat Layanan & Sambutan Hari Jadi Money

Video yang dikongsikan oleh Haliza nyata mengundang perhatian ramai. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet teruja melihat sambutan hari jadi si bulus itu.

Bagi mereka, ia bukan satu perkara yang biasa dilihat. Malah, ada juga yang memuji Haliza dan keluarganya dalam memberikan layanan yang baik terhadap makhluk Allah itu.

Namun, ada juga segelintir netizen yang tidak menggemari dan menganggap ia satu pembaziran. Mereka berpendapat wang itu sepatutnya digunakan bagi perkara yang lebih baik.

Berikut antara komen warganet:

Happy Birthday Money!

Memang Cantik Money Ni, Pembawa rezeki Mama & Papa Dia

Inilah Pertama Kali Aku Tengok Kucing Sambut Birthday High Class

Bela Anak Angkatkan Lagi Bagus

Baca Artikel Berkaitan: Debit dan Credit, Kucing Comel Yang Dibela Syarikat Untuk Naikkan Semangat Pekerja Mereka

Baca Artikel Berkaitan: “Lagi Meriah Dari Hari Jadi Aku” – Foto Sambutan Hari Lahir Kucing Raih Perhatian Netizen

Recent Posts

  • Trending

Tangisan Wanita Baca Warkah Diberikan Oleh Anak Ketika Hari Ibu Buat Ramai Tersentuh [Video]

Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…

7 mins ago
  • Trending

“Rugi Besar…” – Dapat Tentangan Keras, Isa Isarb Batalkan Program Realiti Lelaki & Wanita Tinggal Sebumbung [Video]

Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…

12 mins ago
  • Trending

Ayah Ayu Ting Ting Berang, Jemaah Haji Malaysia Hina Indonesia Negara Miskin? [Video]

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…

35 mins ago
  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

1 hour ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

1 hour ago
  • News
  • Trending

15 Orang Ditahan Kes Masak Mi Segera Di Stesen Minyak, Polis Sahkan Tiada Anak VIP

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham empat individu dari 15 yang ditahan akan dituduh di…

2 hours ago