Ibu ‘Join’ Anak Menari Lagu Nirmala Atas Pentas Di Sekolah Buat Ramai Teruja [Video]

Setiap ibu bapa pastinya ingin memberi sokongan kepada setiap perkara yang diminati oleh anak-anak.

Malah dorongan yang positif dapat memberikan si kecil suntikan semangat serta keyakinan yang tinggi dalam membentuk jati diri mereka untuk melangkah lebih jauh dalam sesuatu perkara yang dilakukan si manja.

Ibu menari sama-sama dengan anak buat persembahan di sekolah

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang ibu apabila dia tidak melepaskan peluang untuk menyertai anak perempuannya membuat persembahan di atas pentas sekolah.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Aida Munira di TikTok, kelihatan ibu dan anak itu membuat persembahan semasa berlangsungnya majlis sambutan Hari Raya di sekolah anak sulungnya itu.

Dalam video berkenaan kelihatan dua beranak itu mempersembahkan tarian tersebut menggunakan lagu irama Melayu nyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Nirmala.

Gerak geri sama, malah ibu turut berpakaian lengkap untuk menari

Apa yang lebih mencuri tumpuan, kelihatan gerak tari dua beranak itu sama dan penuh gemalai dan lincah ketika di atas pentas.

Bukan hanya itu, demi memberi semangat kepada si anak, Aida turut memakai pakaian berwarna kuning sama seperti anaknya, lengkap dengan perhiasan atas kepala semasa melakukan persembahan tersebut.

Harap momen menari bersama jadi kenangan terindah buat anak

Aida turut berharap penyertaannya dalam persembahan tersebut dapat menjadi kenangan yang manis buat anak perempuannya.

“Lain orang lain cara, semoga dengan iringan mama menari dengan kakak menjadi kenangan paling dalam hidup kakak.

“Ketahuilah doa dan semangat dari mama setiap saat mengiringi mu anak sulungku, love mama,” tulis Aida di ruang kapsyen.

@aida_munira

lain orang lain cara, semoga dengan iringan mama menari dengan kakak menjadi kenangan paling manis dalam hidup kakak.ketahuilah,doa dan semangat dari mama setiap saat mengiringi mu my first born! love, mama. #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #nirmala #sitinurhaliza #nirmaladance #proudmalaysian

♬ Nun dari sana – Jibriel

Ramai teruja lihat gabungan ibu dan anak di atas pentas

Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja dan kagum dengan kerjasama yang diberikan si ibu dalam mendorong minat anaknya apabila sanggup menari bersama di atas pentas.

Tidak kurang juga ada yang memasang impian untuk turut melakukan hal yang sama apabila ada anak kelak.

“Cipta memori terindah dengan anak sis, love sangat. Salute sis, terbaiklah”

“Weh nak macam ni dengan anak aku nanti”

“Saya pun pernah perform dengan anak, tapip masa tu anak dalam perut lah”

Recent Posts

  • Hiburan

Filem ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya [Trailer]

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak,…

53 mins ago
  • Trending

Tangisan Wanita Baca Warkah Diberikan Oleh Anak Ketika Hari Ibu Buat Ramai Tersentuh [Video]

Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…

5 hours ago
  • Trending

“Rugi Besar…” – Dapat Tentangan Keras, Isa Isarb Batalkan Program Realiti Lelaki & Wanita Tinggal Sebumbung [Video]

Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…

5 hours ago
  • Trending

Ayah Ayu Ting Ting Berang, Jemaah Haji Malaysia Hina Indonesia Negara Miskin? [Video]

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…

5 hours ago
  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

6 hours ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

6 hours ago