fbpx
Now Reading
Satu Keluarga Jalan Kaki Hantar Anak Ke Universiti Buat Ramai Tersentuh [Video]

Satu Keluarga Jalan Kaki Hantar Anak Ke Universiti Buat Ramai Tersentuh [Video]

Difahamkan, keluarga berkenaan datang dari Sarawak dan menaiki bas menuju ke Pahang bagi menemani anak perempuan mereka mendaftarkan diri di UMPSA.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Melihat anak melangkah ke menara gading dan berjaya dalam kehidupan merupakan antara impian setiap ibu bapa di dunia ini.

Bagi memastikan impian itu tercapai, mereka sanggup mengorbankan segalanya terutama wang ringgit dan masa bagi memastikan cahaya mata yang tersayang mendapat didikan dan ilmu yang mencukupi.

Apabila impian ini tercapai, dapat dilihat wujud perasaan bangga dalam diri ahli keluarga terutama ibu bapa hingga ada di antara mereka yang sanggup bergadai harta benda dan bersusah-payah seperti berjalan kaki semata-mata mahu menghantar anak ke universiti.

Satu Keluarga Sanggup Jalan Kaki Berpanas Semata-Mata Mahu Hantar Anak Ke Universiti

Itulah yang dilakukan oleh satu keluarga mahasiswi dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang tular di media sosial semalam (1 Oktober).

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @umpsamalaysia, kelihatan satu keluarga berjalan kaki sambil masing-masing membawa bagasi di bawah cuaca yang panas menuju ke pintu masuk UMPSA.

Apa yang menyentuh hati adalah kegigihan keluarga tersebut yang sanggup menghantar anak mereka di saat pelajar lain dihantar menggunakan kereta.

“Dari jauh nampak satu keluarga ni jalan kaki tengah-tengah panas ingatkan kereta rosak.

“Sedihnya panas-panas ni jalan kaki tolak beg di saat yang lain naik kereta,” tulis pengendali akaun umpsamalaysia di video berkenaan.

Malah, kelihatan bapa pelajar perempuan itu turut berhenti seketika menangkap gambar pintu gerbang universiti tersebut.

Pihak Universiti Bantu Dapatkan Kereta

Melihat kepayahan dan kegigihan satu keluarga itu, pihak universiti berusaha mencari kereta bagi membantu mereka membawa barang dan beg masuk ke kampus.

Difahamkan, keluarga berkenaan datang dari Sarawak dan menaiki bas menuju ke Pahang bagi menemani anak perempuan mereka mendaftarkan diri di UMPSA.

“Bila ditanya, katanya mereka datang dari Sarawak naik bas nak hantar anak masuk UMPSA,” tulis pengendali akaun itu lagi.

Apa yang menariknya, nombor pendaftaran kereta universiti yang menjemput mereka juga dilihat didaftar di Sarawak.

Video yang telah mendapat lebih 900 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata warganet tersentuh dengan pengorbanan dan kesanggupan ibu bapa pelajar itu yang sanggup menemani anak mereka ke universiti serta memuji tindakan pantas pihak universiti dalam memberikan bantuan.

Malah, ada juga yang turut berkongsikan pengalaman yang sama ketika mendaftar masuk ke institusi pendidikan tinggi.

Ya Allah, Besarnya Kuasa Cinta Kasih Sayang Ibu Ayah Padamu Adik

Teringat Kisah Sendiri Ayah & Mak Hantar Daftar Naik Lori Kerja

Pernah Lalui, Orang Tengok Macam Kesian, Tapi Saya Tak Sedih langsung

Besar Pengorbanan Emak Ayah Hantar Anak-Anak Sambung Belajar

Terbaik UMPSA, Pantas Bertindak

Permudahkan Urusan Orang, Insya-Allah Uurusan Kita Dipermudahkan Oleh Allah

Bagi Tahun-Tahun Akan Datang, UMPSA Boleh Standby Bas Atau Apa-Apa Jenis Kenderaan Untuk Sambut Pelajar

Ini Cikgu Tahir Untong, Sama-Sama Mengajar Dengan Saya

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.