fbpx

Gadis Tabik Hormat Ibu Bapa Selepas Tamat Latihan Polis Buat Ramai Sebak [Video]

Video memaparkan gadis itu melakukan tabik hormat pada ibu bapanya selepas tamat latihan polis membuatkan ramai sebak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap yang bergelar anak pasti ingin membanggakan ibu bapa mereka. Ini kerana mereka sudah berdepan dengan pelbagai kesusahan dan pengorbanan demi memastikan anak mendapat kehidupan dan pelajaran yang baik.

Oleh itu, perkara tersebut ingin dibalas dengan belajar bersungguh-sungguh dan menjadi orang yang berguna di masa hadapan.

Melihat mereka tersenyum gembira juga dapat membuatkan kita rasa bahagia dan berjanji akan sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik buat mereka.

Gadis beri tabik hormat kepada ibu bapa undang perhatian

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan seorang gadis yang sebak ketika melakukan tabik hormat kepada kedua ibu bapanya selepas tamat latihan polis sehingga mengundang perhatian orang ramai.

Menerusi video dikongsikan oleh @havanihaaa_ di TikTok kelihatan gadis tersebut berlari-lari ke arah kedua ibu bapanya sebelum berhenti dan melaporkan diri dengan mengangkat tangan sebagai tanda hormat.

Kedengaran suara menggigil menahan sebak

Namun ketika mengumumkan namanya kedengaran suara gadis itu menggigil seperti sedang menahan sebak ketika melihat ibu bapanya.

Mungkin gembira melihat wajah kedua ibu bapa yang hadir ketika sesi tamat latihannya dan dapat menyaksikan anak yang dibesarkan sudah berjaya ke menara gading.

Sebaik selesai tabik hormat dia kemudian memeluk ibu dan bapanya sambil meletakkan topi polisnya di kepala kedua orang tuanya.

Turut kelihatan si ibu dan bapa tersenyum bangga apabila melihat anak mereka. Malah mereka turut memberikan jambangan bunga berserta coklat kepada anak perempuannya itu.

“Momen yang membanggakan. Kehidupan ini adalah untuk kedua ibu bapa,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Beri tabik hormat dan ucap terima kasih sudah memberikan tunjuk ajar & inspirasi

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, @havanihaaa_ turut memberi tabik hormat kepada datuknya dan mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut kerana telah memberi tunjuk ajar, memberikan kasih sayang dan inspirasi kepadanya.

“Terima kasih, datuk dan nenek kerana telah menjadi sumber kasih sayang, tunjuk ajar, dan inspirasi dalam kehidupan saya.

“Awak telah menunjukkan kepada saya erti sebuah kehidupan yang penuh dengan keseronokan, kebaikan dan hati yang pemurah,” katanya.

@havanihaaa_

Thank you, Grandpa and Grandma for being an incredible source of love, guidance, and inspiration in my lifeπŸ™ŒπŸ»πŸ™πŸ» .I am forever grateful for you,and I live you you more than words can expressπŸ₯Ή. You have shown me what it means to live a life of fun,kidness,and generosity πŸ₯Ίβ€οΈβ€πŸ”₯

♬ original sound – π‘»π’‰π’‚π’—π’‚π’π’Š__.18 πŸŒπŸ’• – π‘»π’‰π’‚π’—π’‚π’π’Š__.18 πŸŒπŸ’•

Melihat di ruangan komen, ramai yang mengakui mereka rasa sebak ketika melihat gadis itu memberi tabik hormat kepada ibu bapanya.

Malah mereka juga turut mengucapakan tahniah atas kejayaan yang dikecapinya.

“Gelak aku mula-mula tengok dia tak perasan kawan dia tengah kawad tu.. tapi akhir memang sebak.. tahniah dik”

“Tahniah, awak buat diri dan keluarga bangga. Gembira untuk awak”

“Sebak aku terbit air mata aku dik. Teringat masa adik di pulapol aku sorang je pergi. Mak, ayah, adik-beradik tak mampu nak pergi.. sedih”

“Tahniah terbaik.. ibu bapa didahulukan”

View Comments (0)

Leave a Reply

Β© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.