Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Ada perumpamaan mengatakan guru ibarat lilin yang membakar diri. Ini kerana tugas sebagai pendidik bukanlah satu kerja yang mudah.

Selain mengajar, golongan ini juga menjadi ‘role model’ dalam pembentukan sahsiah individu. Oleh sebab itu, tugas guru dipandang mulia dan dihormati bagi kebanyakan orang.

Namun pada masa kini, masyarakat sering dihidangkan dengan berita mengenai sikap segelintir guru yang dilihat tidak bertanggungjawab.

Tampar, Cekik & Tumbuk Murid Kerana Diintai Sewaktu Hisap Rokok

Kelmarin (8 Mei), seorang guru sekolah rendah didakwa menampar, menumbuk dan mencekik leher tiga orang muridnya yang berusia 10 dan seorang lagi 11 tahun di sebuah sekolah agama.

Tindakan di luar kawalan itu didakwa dilakukan oleh guru lelaki yang berusia 48 tahun hanya kerana keempat-empat murid tersebut mengintainya ketika dia sedang menghisap rokok dalam sebuah stor.

Malah, dia juga didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid yang lain.

Menurut Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Mohammad Shofee Tayib, ekoran daripada kejadian tersebut, seorang bapa dan tiga ibu kepada mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Ayer Baloi Pontian, Johor.

“Hasil siasatan awal, murid-murid berkenaan semasa balik dari sekolah dalam keadaan menangis dan badan mereka menggigil dan telah mengadu kepada keluarga masing-masing.

“Disebabkan tidak berpuas dengan tindakan yang dilakukan oleh guru tersebut, mereka (ibu bapa) membuat laporan polis mengenai kejadian yang berlaku ke atas anak-anaknya,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.

Jelas Mohammad Shofee, salah seorang mangsa turut mengalami kecederaan di bahagian atas kening kiri.

Guru Akui Berang Selepas Diintai

Tambahnya lagi, hasil siasatan mendapati guru tersebut mengakui marah kerana mendapati salah seorang murid tersebut mengintainya ketika dia sedang menghisap rokok di kawasan stor.

“Setakat ini tiada tangkapan dilakukan ke atas guru tersebut kerana polis masih menunggu arahan perintah untuk menyiasat (OTI) daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) sebelum meneruskan siasatan kes seorang guru agama lelaki itu,” ujarnya.

Ujar beliau lagi, polis telah mengeluarkan notis POL59 kepada keempat-empat mangsa bagi tujuan mendapatkan pemeriksaan lanjut di Hospital Pontian.

Baca Artikel Berkaitan: Guru Pukul, Hantuk, Tolak & Pijak Badan Pelajar Kerana Tertidur Dalam Kelas

Baca Artikel Berkaitan: Hanya Kerana Tak Siapkan Kerja Sekolah, Murid Di Indonesia Meninggal Dunia Dipercayai Dipukul Guru

Recent Posts

  • Hiburan

Filem ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya [Trailer]

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak,…

39 mins ago
  • Trending

Tangisan Wanita Baca Warkah Diberikan Oleh Anak Ketika Hari Ibu Buat Ramai Tersentuh [Video]

Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…

5 hours ago
  • Trending

“Rugi Besar…” – Dapat Tentangan Keras, Isa Isarb Batalkan Program Realiti Lelaki & Wanita Tinggal Sebumbung [Video]

Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…

5 hours ago
  • Trending

Ayah Ayu Ting Ting Berang, Jemaah Haji Malaysia Hina Indonesia Negara Miskin? [Video]

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…

5 hours ago
  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

6 hours ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

6 hours ago