Nak Make Over Atau Baru Pindah Rumah? Ini 5 Perkara Yang Anda Perlu Pertimbangkan Sebelum Membeli Perabot

Terdapat pelbagai jenis dan jenama perabot yang ada di pasaran. Membeli perabot kadang kala memeningkan kepala lagi-lagi sekiranya anda tidak mempunyai asas dalam aspek pemilihan barangan tersebut.

Contohnya, jika kediaman anda mempunyai ruang yang terhad, ia akan menyukarkan anda untuk membuat keputusan semasa membeli perabot.

Namun, kalau dah pindah rumah baharu atau nak buat make over, perkara yang susah pon boleh jadi mudah. Yela, benda yang cantik di mata pasti menyeronokkan.

Oleh itu, jom kami bantu anda untuk membuat keputusan yang tepat, berikut kami kongsikan 5 tips yang boleh anda jadikan sebagai panduan semasa membuat pembelian.

#1 Saiz Ruang

Foto: Pexels

Anda perlu tahu kesesuaian saiz ruang kediaman anda sebelum membeli perabot. Ini kerana kebanyakan perabot yang dijual di pasaran hadir dengan pelbagai saiz.

Lihat dulu saiz ruang yang ada dan baru anda padankan dengan perabot yang anda ingini. Sekiranya anda tersilap membeli perabot, ia boleh menyebabkan ruang yang ada menjadi sempit dan menyukarkan pergerakan anda.

Bagi rumah dengan ruang yang sempit, anda disarankan untuk memilih perabot jenis pelbagai guna, mudah dibuka dan dipasang semula. Contohnya seperti sofa bed yang amat praktikal untuk kegunaan tetamu.

#2 Penggunaan Ruang

Foto: Pexels

Semasa memilih perabot, pemilihan yang dibuat perlulah bersesuaian dengan fungsi, saiz dan ketinggian penggunaan ruang.

Contohnya, sekiranya ruang kediaman anda itu diduduki oleh kanak-kanak, maka perabot jenis berkaca dan berbucu tajam adalah tidak sesuai untuk diletakkan di ruang berkenaan.

Jadi kenal pasti terlebih dahulu fungsi ruang yang ada agar anda tidak mengalami kerugian semasa membeli perabot.

#3 Pemilihan Warna

Foto: Freepik

Perabot yang dijual di pasaran datang dengan pelbagai warna dan corak. Tinggal untuk kita sebagai pembeli untuk memilihnya.

Pun begitu, anda disarankan untuk membeli perabot yang bukan sekadar mengikut warna kegemaran anda, tetapi perlu disesuaikan dengan cat dan kemasan ruang serta konsep hiasan yang lain.

Contohnya, sekiranya anda sedang memilih untuk membeli perabot bagi kegunaan bilik anak anda, pilih perabot yang lasak dan mempunyai warna yang tidak mudah kotor.

#4 Ketahanan Dan Jangka Hayat

Foto: Freepik

Perabot yang dibeli sudah pasti akan digunakan untuk satu tempoh yang lama. Jadi, anda perlu menilai bahan dan kualiti perabot yang dijual di pasaran.

Teliti kualiti dan ketahanan bagi perabot yang sering digunakan seperti meja makan, sofa dan katil. Ini penting agar perabot dapat digunakan untuk tempoh yang lama dan berbaloi dengan harga yang anda bayar.

#5 Bajet

Foto: Freepik

Selain daripada empat perkara di atas, bajet merupakan antara perkara utama yang perlu anda ambil kira. Ini kerana terdapat pelbagai harga perabot yang ada di pasaran.

Lazimnya, perabot yang dijual dengan harga yang mahal datang dengan kualiti yang terbaik dan sebaliknya. Namun, ada juga perabot yang dijual dengan harga berpatutan tapi kualiti seperti barang yang mahal.

Oleh itu, kenal pasti anggaran bajet bagi setiap ruangan di rumah anda. Jangan pula terlebih belanja dengan hanya menumpukan pada satu ruang hingga tidak cukup fulus untuk ‘cover’ ruang yang lain.

Apa yang penting, tinjau dulu harga dan kualiti sesuatu barang. Biar alah membeli, menang memakai.

Kesimpulannya, anda perlu menitik berat lima perkara di atas sebelum membuat keputusan untuk membeli perabot.

Ia penting agar perabot yang dibeli dapat diguna pakai untuk tempoh yang lama serta wang anda tidak dibazirkan bagi perabot yang tidak berkualiti.

Baca Artikel Berkaitan: Tips Hias Rumah Nampak Cantik Dan Elegan Di Hari Raya

Baca Artikel Berkaitan: Lima Tips Mudah Untuk Pastikan Rumah Anda Cantik, Bersih & Wangi

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

54 mins ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

2 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

2 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

3 hours ago
  • News
  • Trending

“Dia Tumbuk Saya Dulu” – Tular Video ‘Elmo’ Di Melaka Pukul Lelaki Gara-gara Bengang Diganggu

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Atlet Kayak Negara Dilanggar & Diseret Pemandu Mabuk Sejauh 600 Meter

Saksi mendakwa kereta dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar dan menyeret Siti Nurul Masyitah Elias.

4 hours ago