Sebelum ini, tular di media sosial video memaparkan beberapa anak muda tidak yang mengenali Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Malah apa yang lebih menyedihkan rata-rata mengakui mengenali penyanyi Korea, Lisa Blackpink sebaik ditunjukkan gambarnya.
Video eksperimen sosial yang dilakukan oleh seorang influencer, Raffisimple itu menarik perhatian orang ramai di mana rata-rata menzahirkan rasa kecewa dengan perkara itu.
Baca artikel berkaitan: Respon Gen Z Menyedihkan, Kenal Lisa Blackpink Tapi Tak Kenal Tunku Abdul Rahman [VIDEO]
Terbaharu, tular satu lagi video eksperimen sosial dilakukan oleh individu sama memaparkan golongan muda yang tidak mengenali Perdana Menteri (PM) Ke-2 Malaysia, Tun Abdul Razak Datuk Hussein.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok oleh Raffisimple, dia telah menunjukkan dua gambar kepada empat wanita yang menyertai eksperimen tersebut.
Gambar yang pertama ialah penyanyi antarabangsa, Justin Bieber manakala foto kedua memaparkan wajah Bapa Pembangunan.
Ketika gambar pertama ditunjukkan, rata-rata mengatakan mereka mengenali selebriti antarabangsa itu malah ada yang menyanyikan salah satu lagunya.
Namun apa yang menjadi perhatian, apabila gambar kedua dipaparkan hampir kesemua anak muda itu tidak mengenali siapakah tokoh berkenaan.
Ada juga dua daripadaya menjawab gambar kedua itu adalan Tun Hussein Onn dan Tun Abdul Rahman.
Apa yang lebih mengejutkan ada juga yang menjawab dia tidak mengenali tokoh terbabit selain mengakui dia gagal dalam subjek Sejarah.
“Ini Justin Bierber tau guys, siapakah ini?” soal Raffisimple sambil menunjukkan potrer wajah Tun Abdul Razak.
“Dia yang jawab,” kata wanita tersebut sebelum memberi kepada rakannya untuk menjawab soalan tersebut. Rakan itu lalu menyebut nama Tun Abdul Razak namun tidak pasti dengan jawapan diberikan.
Raffisimple kemudian bertanya semula kepada wanita tersebut sebelum dia memberikan jawapan sama.
“Saya tidak tahu, saya Sejarah gagal. Tun Abdul Razak,” kata wanita tersebut.
Melihat di ruangan komen, ada yang berang dengan jawapan diberikan oleh wanita berkenaan. Ini kerana sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya tahu siapakah tokoh-tokoh yang berjasa dalam membangunkan negara pada suatu masa dahulu.
Bukan hanya itu, usaha yang dilakukan oleh mereka seperti dasar kerajaan juga masih digunakan sehingga hari ini.
Malah semua tokoh ini turut diajar di sekolah dalam pelbagai mata pelajaran seperti Geografi, Sejarah dan sebagainya.
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…