Art of Speed 2023 Dibanjiri Ribuan Pencinta Dunia Kustom & Counter Culture

Semalam (29 Julai), Art of Speed Malaysia (AOS 2023) secara rasminya telah memulakan acara Kustom dan Counter Culture yang paling julung di negara ini di Maeps, Serdang.

Acara yang mempamerkan ribuan buah kenderaan kustom dan motosikal pelbagai jenis itu telah dihadiri ribuan pengunjung dari dalam dan luar negara.

AOS 2023 pada kali ini yang bertemakan ‘raikan bezamu’ diadakan sehingga hari ini (30) di ruangan tertutup seluas 350,000 kaki persegi dan ruang luar seluas 8.6 ekar, lebih besar berbanding AOS pada tahun sebelum-sebelumnya.

Dua jenama motosikal terkenal lancar model baharu

Semalam juga, Triumph Malaysia turut memperkenalkan secara rasmi model terbaharu Tiger Sport 660 yang bermula pada harga RM50,900.

Bagi pasaran Malaysia, motosikal jenis touring kelas menengah daripada Triumph ini bernadikan enjin DOHC tiga silinder dengan 660cc Liquid-cooled, 12 Valve, yang mampu menjana sekitar 81Hp (kuasa kuda) serta 64Nm of tork.

Bukan hanya Triumph, malah jenama motosikal terkenal lain seperti Harley-Davidson turut melancarkan jentera terbaharu mereka di acara ini.

Mattel kongsi blister Hot Wheels die-cast Proton Saga Merah, memang rare!

Selain itu, Hot Wheels turut memperkenalkan blister kereta mainan die-cast edisi khas Proton Saga Merah selain kemeja-T edisi terhad Hot Wheels yang boleh dibeli di sini.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Hot Wheels Proton Saga Akan Dilancarkan Pada 2024, Pakej Blister Edisi Khas Dihasilkan Kanak-Kanak 9 Tahun

Foto: BuzzKini/Hairi Ezreen

Pengunjung juga dapat menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti pameran Hot Wheels Rare dan Collectables, Hot Wheels Skate School dan bermacam lagi.

Tidak hanya itu, Vans Malaysia juga menyediakan taman mini untuk bermain skateboard dan basikal BMX secara percuma di sini.

Lebih menarik, AOS 2023 kalini juga mempamerkan ribuan jenis kenderaan dan motosikal kustom dari pelbagai kategori, jenama dan segmen.

AOS 2023 dibawakan khas oleh Bro Asia

Tidak hanya itu, Bro Asia yang juga merupakan penaja utama acara tersebut turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik di sana selain menjual barangan-barangan mereka yang begitu mendapat tempat di hati ramai.

Pelbagai jenis kenderaan disajikan, supercar sehingga ke microvan

Daripada supercar seperti Ferrari, sehinggalah ke kenderaan jenis microvan seperti Daihatsu Hijet yang dipamerkan.

Peminat Japanese Domestic market (JDM) pun turut terpukau melihat pelbagai modifikasi jenis kenderaan jenama Honda, Mitsubihi dan Mazda yang sememangnya rare.

Peminat dua roda? AOS sememangnya buat anda semua

Bagi peminat dua roda pula, AOS 2023 juga menyajikan pelbagai jenis motosikal seperti Honda C60, Vespa dan banyak lagi. Nak tengok Chopper, Cruiser, Touring, atau Cafe Racer? Sebut sahaja semuanya ada.

Selain daripada petunjukkan kereta dan motosikal kustom, pengunjung juga dapat membeli pelbagai jenis barangan menarik termasuk vintage di sekitar kawasan acara di luar mahupun di dalam dewan A, B, C dan D.

Daripada barangan kereta baru, vintage dan rare, sehinggalah permainan kanak-kanak pun turut dijual. Paling menarik di Dewan C, pencinta die-cast Hot Wheels boleh rambang mata dekat sini.

Seperti tahun sebelumnya, AOS 2023 ini turut mengadakan Festival Sound Circus yang begitu sinonim dengan acara itu. Mereka membawa beberapa barisan kumpulan ‘metal hardcore’ dan ‘indie’ tempatan serta antarabangsa buat para pengunjung yang hadir.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Art of Speed 2023 Saji Line-up Padu di Festival Sound Circus, Hiburkan Ribuan Penonton

Pemenang cabutan bertuah bagi pembeli tiket 1000 terawal festival SoundCircus juga diumumkan hari ini sekaligus akan membawa pulang sebuah Toyota Celica 1979 yang telah dikustom dan motosikal Honda elektrik penuh e-Dax.

Foto: BuzzKini/Hairi Ezreen

Secara keseluruhan, kemeriahan AOS 2023 memang tidak disangkal lagi apabila bukan sahaja menampilkan pelbagai jenis kenderaan kustom, malah turut berjaya menghiburkan penonton dengan Festival Sound Circus.

Recent Posts

  • Trending

Lelaki Tumpangkan Wanita & Anak Selepas Lihat Si Suami Tolak Motor Di Lebuh Raya Raih Pujian [Video]

Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…

2 hours ago
  • Trending

Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.

2 hours ago
  • Tech
  • Trending

Pengguna iPhone Dakwa Kemas Kini iOS 17.5 Buat Foto Lama Dipadam Muncul Kembali

Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…

3 hours ago
  • Trending

ZUS Coffee Umum Pendirian Sokong Pembebasan Palestin Dan Menentang Genosid

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…

3 hours ago
  • Trending

Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin

Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…

4 hours ago
  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

4 hours ago