Taleeb Mizad Ke Indonesia, Bantu Sumbang Makanan Kepada Anak Tahfiz Sempena Maal Hijrah

Influecer dan penyanyi, Taleeb Mizad baru-baru ini telah ke Indonesia bersempena sambutan Maal Hijrah 1445H pada Jumaat, 21 Julai yang lalu.

Difahamkan pemergian Taleeb ke sana adalah dengan kerjasama Yayasan Gerak Bareng, Jakarta Indonesia, Official Supporters Club (OSC) Manchester City Malaysia, dan beberapa lagi rakan perniagaan untuk satu program iaitu Masak Bareng (MABAR) di Dapur Bangjek, Jakarta.

Selain itu dia juga telah bertemu dan beramah mesra bersama penghuni Pondok Pesantren Alam Qurani Al Ghifari di Kabupaten Bogor, Jawa Barat Indonesia selain menyempurnakan penyerahan sumbangan makanan di sana.

Majlis itu turut dihadiri oleh pengasas Yayasan Gerak Bareng, Ahmad Zaki Ali; Timbalan Pengerusi Blue Moon Cityzens, Muhammad Naim Idris; dan rakan-rakan usahawannya. Selain itu rakan pempengaruh, Ajimkecik turut hadir bersama mereka.

Menurut pelantun lagu ‘Restu Cinta’ itu, Maal Hijrah adalah satu waktu yang paling istimewa buat seluruh umat Islam dan ia adalah satu peluang untuk penganutnya melakukan amal jariah terutama kepada mereka yang memerlukan.

“Justeru, adalah menjadi harapan saya dan seluruh wakil dari Malaysia agar sumbangan makanan yang telah disampaikan pada hari ini dapat memberikan kebahagiaan dan keceriaan kepada penghuni Pondok Pesantren Alam Qurani Al Ghifari dan mengeratkan ukhwah sesama muslim. Walaupun kita berbeza negara, tapi kita dari tanah yang sama, dan kita punyai semangat jiwa serumpun.”

Selain bergerak aktif sebagai anak seni dan pempengaruh, Taleeb juga boleh digelar sebagai seorang aktivis dan banyak memberikan sumbangan dan bantuan di dalam Malaysia.

Kini dia juga telah memulakan ekspedisi ke luar negara yang menurutnya adalah sokongan dan dokongan daripada kelab OSC Manchester City di Malaysia serta rakan-rakan perniagaannya di Malaysia.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Tahun Terakhir Saya Sebagai Penyanyi” – Aliff Syukri Umum Undur Diri Dari Dunia Nyanyian

Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…

9 hours ago
  • Trending

Lelaki Handsome Bila Berduit? Ini Pendapat Golongan Wanita [Video]

Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…

10 hours ago
  • Trending

Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]

Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…

10 hours ago
  • Trending

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…

11 hours ago
  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

13 hours ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

13 hours ago