Semua orang pastinya mempunyai seorang atau lebih kawan di sekeliling mereka.
Setiap kawan kita ini pula pastinya mempunyai karakter yang berbeza baik dari segi cara berfikir hinggalah ke tingkah laku.
Gelagat seseorang ni akan ketara apabila korang kerap lepak bersama mereka. Masa inilah baru terkeluar semua ragam dan perangai mereka yang sebenar, bukan?
Jadi kali ni kami nak kongsikan lima jenis karakter kawan yang kami percaya korang mungkin pernah jumpa ketika melepak bersama.
Dalam 10 kawan korang, mesti ada seorang yang macam ni. Pergi ke mana-mana walaupun ketika melepak tetap selitkan waktu untuk buat kerja.
Manusia jenis “workaholic” ni memang ramai. Tapi kalau sampai bawa laptop masa melepak tu memang automatik buat kita “turn off”.
Tapi satu benda yang bagus dengan kawan macam ni, secara automatik tiada masa untuk bercerita tentang orang lain a.k.a mengumpat. Kalau sembang pun mesti tentang kerjaya jer.
Tak dinafikan semua manusia sebenarnya ada memiliki sifat kedekut walaupun sekecil zarah. Cuma kalau kedekut untuk berjimat mungkin boleh diterima, tapi kalau terlampau kedekut pun tak bagus. Biarlah berpada-pada.
Yelah kalau setiap kali lepak asyik kita je kena “payung”, silap-silap kita pulak angkat kaki nanti.
Kawan “berjiwa ekstrem” ni pun ramai! Tipulah kalau tiada langsung kawan sekeliling korang yang menggemari aktiviti lasak dan ekstrem.
Cuma hobi mereka ni susah kawan-kawan lain nak ikut sebab agak berisiko dan kosnya selalunya mahal meskipun ia mampu memberikan kepuasan kepada diri sendiri.
Dari sudut kehidupan pula, golongan sebegini boleh digelar sebagai “risk taker” sebab mereka berani mencuba apa sahaja. Mungkin juga kalau dalam bab kewangan, dia orang ni berani buat pelaburan berisiko tinggi.
Kebiasaannya kita kalau kita nak bersama kawan-kawan, tujuan utamanya pasti nak “healing” atau bersantai. Tapi mesti serabut bila ada kawan ajak sertai apa-apa pelaburan termasuklah Trading atau Multi Level Marketing (MLM).
Paling banyak sekarang ni golongan “Trader” kaki Auta yang bak “cendawan tumbuh selepas hujan”.
Paling biasa kita lihat, mereka akan gunakan kemewahan dan harta benda untuk pancing kita supaya sertai mereka. Nak menayang tu ok je tapi jangan la guna barang pinjam. Lepas tu, takyahlah hari-hari dok ajak, penat juga!
Kalau sebelum ini kita bercerita tentang sifat kedekut, kali ini kita sembang pasal kawan yang bijak berbelanja pula. Mungkin ada yang rasakan ianya sama, tapi sebenarnya ia berbeza sama sekali!
Individu bijak berbelanja ini adalah golongan yang berjimat cermat, dan kebanyakan mereka hanya membelanjakan wang mengikut kemampuan, selain itu mereka merancang untuk simpanan masa hadapan.
Pendek kata, mereka juga bijak merancang kewangan.
Apa yang menariknya, dikelilingi kawan yang bijak berbelanja ni sebenarnya amat menguntungkan, kerana tak mustahil mereka inilah yang akan belanja kita makan. Ini kerana mereka sentiasa sediakan payung sebelum hujan, ada simpanan dan perancangan yang rapi. Jadi tak perlu risau bila lepak tu, kita mungkin “dipayung”, cuma jangan lah kita ambil kesempatan pula yer.
Kawan yang macam ni biasanya akan memberi nasihat kalau dia nampak kita melakukan sesuatu pembaziran yang kita tak sedar.
Macam kawan kami si Amrel ni, dia menggunakan laman mikro Sedia Payung Kewangan (SPK) oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) untuk merancang kewangannya.
Menerusi laman ini, terdapat banyak tips kewangan yang boleh diakses hanya di hujung jari sahaja.
Selain dilengkapi dengan artikel serta video panduan, laman ini turut menyediakan kalkulator SPK yang akan bantu korang meringkaskan pendapatan dan komitmen bulanan serta mengira simpanan kecemasan yang korang target mengikut kemampuan sendiri dalam tempoh yang tertentu.Yang paling penting boleh digunakan secara percuma!
Apa lagi? Untuk perbaiki perjalanan kewangan dan jadi individu yang lebih berhemah layari laman mikro #SediaPayungKewangan yang dibawakan khas oleh PIDM kepada anda!
Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…
Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…
Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…
Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…
Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…
Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…