Jururawat Maut Ditikam Suami, Keluarga Bakal Bincang Isu Penjagaan Anak

Pada 30 September, rakyat Malaysia digemparkan dengan insiden seorang wanita yang juga jururawat maut ditikam suami dipercayai disebabkan cemburu.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Perlis.

Bergaduh di ruang tamu rumah sebelum di tikam

Menurut Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi Insiden itu dipercayai berlaku ketika wanita berusia 31 tahun itu ingin ke tempat kerja sekitar jam 6 pagi.

Mangsa dan suami dipercayai bertengkar di ruang tamu rumah kerana cemburu, selain suspek berusia 38 tahun mengesyaki isterinya curang.

“Polis megesyaki pergaduhan itu berlaku sewaktu mangsa ingin keluar berkerja kira-kira pukul 6 pagi. Semasa pergaduhan, suspek yang merupakan pesara tentera itu bertindak menikam mangsa dengan sebilah pisau di bahagian dada sebelah kiri,” ujarnya, lapor Kosmo.

Mangsa yang tidak sedarkan diri kemudian telah dipindahkan oleh suspek ke ruang bilik tidur utama rumah selepas menikamnya dan menyerahkan diri ke balai.

Namun suspek sebelum ke balai polis sempat menghantar anaknya ke rumah pengasuh.

Suspek positif dadah, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Jelasnya lagi, saringan air kencing mendapati suspek positif dadah. Dia lalu ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek akan dibawa ke Kompleks Mahkamah Kangar hari ini (2 Oktober) untuk permohonan reman.

Mangsa selamat dikebumikan selepas selesai proses bedah siasat

Susulan daripada kejadian itu, mangsa telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keluarga Haji Talib Kampung Paya Tengah, Beseri pada petang semalam (1 Oktober) selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Mangsa yang dikenali sebagai Munirah Abu Bakar turut mempunyai dua orang anak lelaki bersama suspek yang berusia enam dan lapan tahun.

Bapa akan bincang isu penjagaan anak mangsa bersama besan

Bapa kepada Munirah, Abu Bakar Senapi memaklumkan isu berkaitan penjagaan anak mangsa akan dibincangkan nanti bersama keluarga besannya.

“Kita akan berbincang dengan keluarga besan dalam masa terdekat.

“Bagaimanapun buat masa ini, kita belum capai apa-apa keputusan lagi,” ujar Abu Bakar, dipetik Harian Metro.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

9 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

9 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

10 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

10 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

11 hours ago