Tebus RM100 Kredit eMADANI Menerusi Shopee Untuk Terima RM600 Baucar Ekstra & Peluang Menang Samsung Galaxy Z Flip5!

Berita baik buat rakyat Malaysia! Umum sedia maklum, sebelum ini pihak kerajaan Malaysia telah mengumumkan bantuan kredit eMADANI sebanyak RM100 yang bakal disalurkan kepada penerima yang layak pada bulan Disember 2023. Tapi, bukan itu sahaja tau sebab Shopee pun nak bagi RM600 baucar ekstra & peluang menang Samsung Galaxy Z Flip5!

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Majlis Peluncuran Memperkasa Ekonomi MADANI pada 27 Julai lalu berkata pihak kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai yang kini dikenali sebagai eMADANI sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tahunan sebanyak RM100,000 dan ke bawah.

Beliau dalam masa sama turut memaklumkan bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion.

Tebus Kredit eMADANI Menerusi Aplikasi Shopee

Sekarang ini, hampir majoriti peniaga tempatan menggunakan mode pembayaran melalui kod QR, e-Wallet, ataupun Online Transfer. Sesuai dengan peredaran zaman, teknologi kini semakin canggih di mana pembayaran nirtunai semakin memudahkan rakyat Malaysia. Malah, nak membeli di pasar pagi juga boleh membuat pembayaran menggunakan e-Wallet sahaja!

Tak perlu ada ‘cash’ di tangan, hanya bawa telefon pintar untuk membuat pembayaran. Cepat je!

Kali ini dengan insentif daripada pihak kerajaan iaitu pemberian bantuan kredit eMADANI sebanyak RM100 ini – rakyat Malaysia yang layak menerima dan berumur 21 tahun ke atas boleh menebusnya menerusi aplikasi Shopee!

Rakyat Malaysia Tebus RM100 kredit eMADANI & RM600 Baucar Ekstra Dari Shopee Berpeluang Menang Samsung Galaxy Z Flip5

Paling best, kalau korang menggunakan aplikasi Shopee untuk menebus RM100 kredit eMADANI yang diberikan oleh pihak kerajaan, korang berpeluang untuk menyertai kempen ‘Spin & Win’ dan boleh memenangi telefon pintar jenis Samsung Galaxy Z Flip5!

Wohoo, siapa nak bagi free kan?

Dan yang paling penting, korang juga dijamin untuk menerima RM600 baucar ekstra kalau tebus menerusi aplikasi Shopee, jadi untuk menggunakan baucar RM600 yang kami katakan tadi – korang boleh menggunakannya menerusi aplikasi (in-app) dan juga di kedai fizikal (in-stores).

Ini bermaksud, selepas menebus baucar tersebut, anda boleh terus menggunakannya menerusi aplikasi Shopee dan boleh digunakan untuk sebarang pembelian di ShopeeFood, SPayLater, dan bagi pembaharuan Insurans Kereta, manakala di kedai fizikal pula boleh menggunakan SPayLater.

Seperti yang kita tahu, SPayLater adalah satu perkhidmatan pembayaran Beli Sekarang, Bayar Nanti yang menawarkan pengguna lebih fleksibiliti untuk membeli barangan menerusi aplikasi Shopee ataupun di kedai fizikal secara ansuran (instalment) sehingga 12 bulan.

SPayLater membolehkan anda membuat bayaran secara ansuran di lebih 1.8 juta kedai fizikal kini secara DuitNow QR!

Jadi, tak kisahlah korang nak tebus untuk buat apa. Boleh pergi isi minyak, beli barangan keperluan dapur, beli makanan favourite, beli air minuman viral, beli aiskrim, dan sebagainya.

Dengan penebusan RM100 kredit eMADANI menerusi aplikasi Shopee ini sememangnya menguntungkan sebab secara automatik korang boleh tuntut baucar sebanyak RM600 dari Shopee.

Antara baucar yang disediakan adalah seperti:

  • Baucar Shopee sehingga RM365 (ShopeeMall & Preferred Sellers, Shopee Live, Free Shipping, Coins Cashback)
  • Baucar ShopeeFood sehingga RM155
  • Baucar SPayLater sehingga RM50
  • Baucar Insurans Kereta sehingga RM30

Uish, seronok betul boleh ‘shopping’ di hujung jari je dengan guna baucar FREE!

Ini Cara Mudah Untuk Tebus RM100 Kredit eMADANI di Shopee!

Mesti ramai tertanya-tanya bagaimana cara untuk tebus RM100 kredit eMADANI, kan?

Senang je! Ikuti langkah-langkah mudah di bawah:

  • Langkah 1: Buka Aplikasi Shopee dan klik ikon “eMADANI” di laman utama.
  • Langkah 2: Aktif & sahkan ShopeePay dengan Kad Pengenalan (MyKad) anda.
  • Langkah 3: Setelah IC anda disahkan, kredit eMADANI RM100 anda akan dikreditkan ke dalam akaun e-wallet ShopeePay anda dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
  • Langkah 4: Selepas mendapatkan kredit eMADANI anda, anda boleh menuntut baucar ekstra bernilai RM600 menerusi aplikasi Shopee.

Ini Antara Senarai Faedah Istimewa Bila Anda Menebus Dengan eMADANI Dengan Shopee!

Selain daripada kredit eMADANI RM100 yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran luar talian, pengguna yang menebus melalui ShopeePay juga akan menerima baucar Shopee tambahan bernilai RM600 dan baucar tersebut boleh ditebus melalui aplikasi Shopee.

Diskaun Eksklusif ini (tidak ditawarkan oleh platform lain) menawarkan penjimatan yang lebih kepada mereka semua. Walaupun terdapat pelbagai platform lain menawarkan diskaun di kedai fizikal, akan tetapi pengguna boleh menikmati lebih banyak penjimatan dalam talian dengan baucar Shopee, SPayLater, ShopeeFood dan juga Insuran Kereta!

Adakah anda masih ragu-ragu?

Di bawah senarai faedah istimewa yang anda boleh dapatkan apabila anda menebus eMADANI dengan Shopee!

Tebus sekarang untuk menikmati pelbagai penjimatan melalui baucar tambahan daripada Shopee!

Dengan begitu banyak faedah yang ditawarkan, Shopee pastinya menjadi antara  pilihan yang menarik untuk anda semua menebus kredit eMADANI anda.

Jadi jangan berlengah lagi, tebus RM100 eMADANI anda dan mula menikmati penjimatan terbaik dengan Shopee hari ini!

Recent Posts

  • Trending

Ramai Kecam Tindakan Sekumpulan Individu Selamba Masak Mi Atas Dapur Di Stesen Minyak Genting Highlands [Video]

Menerusi video, kelihatan kumpulan berkenaan membawa dapur mudah alih, meja serta kerusi untuk memasak mi…

22 mins ago
  • Trending

[Video] Gara-gara Keluar Tak Bawa IC, Lelaki Dedah Pernah Tidur Lokap 4 Hari Dan Dipenjara Sehari

Disebabkan tidak mahu kad pengenalan sementara yang berupa sekeping kertas menjadi ronyok, lelaki ini bertindak…

2 hours ago
  • Trending

“Terbaik”- Penunggang Motosikal Tunda Kereta Avanza Guna Kaki Raih Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video turut kedengaran pelakon, Syean kagum dengan tindakan penunggang motosikal yang menunda kereta MPV…

2 hours ago
  • Trending

Tindakan Individu Buang 10,000 Anak Ikan Keli Dalam Sungai Undang Kerisauan

Kebanyakan warganet mengecam tindakan individu berkenaan dan mahu pihak berwajib seperti DOF jalankan siasatan.

2 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

3 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

3 days ago