Haram Suami Poligami Kalau Tak Berkemampuan Dari Segi Fizikal & Wang – Mufti Pulau Pinang

Poligami merupakan amalan di mana seorang suami mempunyai lebih daripada satu isteri pada waktu yang sama.

Di Malaysia, isu poligami ini merupakan antara topik yang sensitif dan sering menjadi perdebatan orang ramai terutamanya golongan wanita.

Jika ada seseorang suami khususnya orang berpengaruh berkahwin lagi, ia pasti akan menjadi sohor di media sosial untuk jangka waktu tertentu.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Kahwin Dua & Poligami, Firdaus Wong Tegur Netizen Jangan Terlalu Emosi [Video]

Meskipun Islam membenarkan seseorang suami berpoligami, akan tetapi ia tetap mempunyai syarat yang harus dipatuhi.

Haram poligami sekiranya tidak berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Mohd. Noor berkata, haram mengikut hukum syarak sekiranya seorang suami mahu berpoligami dalam keadaan dirinya tidak berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan.

Susulan itu, beliau menasihatkan mana-mana suami yang memasang niat untuk berpoligami agar berfikir panjang terlebih dahulu sebelum melakukannya.

Fikir panjang tentang kesan buruk sekiranya berpoligami dalam keadaan tak mampu

Menurutnya, seseorang lelaki seharusnya mengetahui kesan buruk yang akan diperolehi oleh isteri dan anak-anaknya serta wanita yang akan dinikahi itu sekiranya tidak berkemampuan.

“Ia juga akan memberi kesan terhadap anak-anak yang bakal dilahirkan oleh isteri baharunya nanti.

“Oleh itu, jika terdapat kebimbangan tidak berlaku adil terhadap pasangan, maka disarankan supaya seorang lelaki hanya berpada dengan seorang isteri sahaja. Sudah tentu beban tanggungjawab seseorang suami akan bertambah apabila dia menambahkan bilangan isterinya,” katanya dipetik Kosmo.

Umat Islam lakukan perbuatan dilarang dan tinggalkan disuruh dianggap berdosa

Menurutnya lagi, umat Islam yang melakukan perbuatan dilarang atau meninggalkan sesuatu yang disuruh adalah dianggap sebagai melakukan kesalahan iaitu berdosa.

“Untuk membersihkan diri daripada kesalahan tersebut maka pelakunya dikehendaki bertaubat kepada Allah SWT dengan berazam tidak akan mengulangi kesalahan tersebut.

“Tetapi, jika seseorang hanya berniat di dalam hati hendak melakukan sesuatu kesalahan maka dia tidak dikira berdosa dan dia tidak dikehendaki bertaubat. Malah seorang suami yang berniat hendak berpo­ligami tidak perlu memberitahu ­isterinya tentang niat tersebut,” jelasnya lagi.

Ujar Wan Salim, isu poligami ini sering menimbulkan masalah dalam kalangan masyarakat beragama Islam di Malaysia.

“Dengan merujuk kepada ayat al-Quran, surah an-Nisa’: Ayat 3, dan mengamati maksudnya, kita dapat memahami bahawa agama Islam mempunyai hikmah dan matlamat tertentu di sebalik keizinan untuk orang lelaki berpoligami.

“Ini adalah kerana menerusi amalan poligami seseorang lebih mampu menjaga kehormatan dirinya di samping dapat melahirkan zuriat yang lebih ramai

“Ayat tersebut juga mengharuskan bagi kaum lelaki me­ngahwini sehingga empat orang isteri. Keizinan berpoligami ini juga ada kaitan dengan pemeliharaan harta (pusaka) anak-anak yatim bagi mana-mana individu yang menjaga atau menyelia mereka,” katanya.

Nikahi ibu tunggal dapat memudahkan urusan pembahagian harta kepada anak-anak wanita itu

Jelasnya lagi, dengan menikahi ibu anak-anak yang kematian bapa maka akan memudahkan lagi seseorang itu mengurus harta peninggalan si mati untuk diserahkan kepada anak-anaknya apabila mereka dewasa kelak.

“Namun, sesuatu gagasan yang baik tidak semestinya menghasilkan natijah yang baik. Kemungkinan terjadi sebalik­nya (memudaratkan) jika disalahgunakan atau dilaksanakan dengan cara yang salah. ­Justeru, dalam ayat yang sama terselit amaran tentang berlaku ketidakadilan,” katanya lagi.

Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 80% suami yang ingin mengamalkan poligami dengan memohon khidmat peguam syarie tidak layak kerana tidak berkemampuan dari segi kewangan, malah ada antara mereka ditanggung oleh isteri.

Dalam sudut yang sama, beliau berkata lagi, individu beragama Islam hendaklah mengelak daripada sebarang perbuatan yang membawa kepada dosa termasuklah lelaki yang gemar melihat gambar wanita bukan mahramnya.

Baca Artikel Berkaitan: Poligami Bukan Penyelesaian Masalah Wanita Kahwin Lambat – Pakar Kaunseling

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

38 mins ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

46 mins ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

50 mins ago
  • Trending

“Macam Cerita K-Drama”- Bapa Catat Setiap Perkembangan Anak Dalam Diari Jadi Contoh Buat Orang Ramai

Menerusi diari tersebut bapa Naufal turut berkongsi detik manisnya menyambut hari jadi pertama anaknya itu…

2 hours ago
  • Trending

“Allahu Sedihnya” – Ramai Sebak Lihat Warga Emas Jual Buah Potong Tepi Jalan Guna Basikal [Video]

Wanita warga emas itu dipercayai menjual buah potong yang siap dibungkus pada harga RM2.

2 hours ago
  • Trending

“Dalam Akaun Ada RM20” – Ibu Cuba Penuhi Permintaan Anak Mahu Beri Hadiah Kepada Guru Jadi Perhatian

Walaupun kekurangan wang, wanita yang dikenali sebagai Siti itu tetap membawa anaknya pergi ke kedai…

2 hours ago