Umum mengetahui konflik peperangan yang berlaku di antara Palestin dan Israel sejak Oktober lalu masih lagi belum berakhir.
Malah selepas gencatan senjata sementara di antara Palestin dan Israel tamat pada November lalu, rejim zionis itu telah kembali membedil negara berkenaan dengan beberapa siri serangan udara di seluruh wilayah Semenanjung Gaza.
Serangan itu juga telah menyebabkan beberapa rakyat di Palestin terbunuh.
Apa yang lebih menyedihkan sepanjang gencatan senjata berlaku, ramai mangsa yang juga rakyat Palestin cuba untuk mencari bantuan, orang tersayang yang berada di bawah runtuhan atau pulang ke kediaman mereka untuk melihat kemusnahan yang telah berlaku.
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan penemuan lima mayat bayi pramatang mereput di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Kanak-Kanak Al-Nasr di utara Gaza yang sudah dikosongkan beberapa minggu lalu.
Apa yang lebih menyedihkan mayat bayi itu dilihat terbaring di atas katil hospital berkenaan secara berasingan. Walau bagaimanapun, video itu telah disunting dan kelihatan mayat-mayat bayi itu telah dikaburkan.
Menerusi artikel yang dilaporkan oleh Mohammed Baalousha yang merupakan wartawan bagi TV Emirati Al-Mashhad dia menemukan mayat bayi yang sudah mereput itu ketika memasuki ke unit ICU pediatrik di Bandar Gaza, lapor NBC News.
Bayi-bayi berkenaan ditinggalkan ketika semua kakitangan hospital serta pesakit kritikal terpaksa dipindahkan kerana pada awal November lalu tentera Israel ingin melakukan serangan darat terhadap bandar terbabit dan hospital berkenaan turut diserang pihak rejim Zionis.
NBC News dalam masa sama turut memiliki rakaman daripada saluran berkenaan serta sudah membuat penelitian terhadap kandungannya.
“Anda akan melihat sekarang adegan ngeri di hospital ini,” jelas wartawan itu sambil menunjukkan keadaan dalam hospital tersebut dalam bahasa Arab.
Video itu telah dirakam sekitar dua minggu selepas hospital berkenaan dikosongkan, rakaman itu juga turut menunjukkan sekurang-kurangnya tiga daripada lima bayi yang mati dan mayat itu membusuk berdekatan ventilator.
Seorang bayi dilihat mereput dalam keadaan badannya masih disambungkan ke oksimeter dengan tangki oksigen hijau yang berdekatan, namun terdapat juga serangga yang merayap pada bahagian dadanya.
Walau bagaimanapun, NBC News tidak dapat mengesahkan bagaimanakah keadaan bayi-bayi terbabit ketika ia berada di unit berkenaan sewaktu kakitangan di hospital berkenaan dipindahkan dan ketika wartawan memasuki ke unit terbabit.
Dua ahli patologi forensik bebas turut membuat semakan pada kandungan rakaman asal tersebut.
Mereka menjelaskan peringkat awal kepada kematian bayi yang mati adalah konsisten sekitar dua minggu dari masa bayi itu ditinggalkan sehingga tarikh video tersebut dirakam.
Kira-kira 10 November lalu, doktor, pesakit dan kakitangan di hospital tersebut perlu mengosongkan Al-Nasr disebabkan tentera Israel yang mahu meneruskan pencerobohan darat ke utara Gaza serta meminta mereka berpindah ke hospital lain.
Jelas Pengarah Hospital, Dr Mustafa Al- Kahlot ketika tembakan berlaku dan kereta kebal Israel mengepung hospital berkenaan, kakitangan di sana membuat kesimpulan mereka tidak dapat menyelamatkan beberapa bayi pramatang yang “diletakkan pada mesin oksigen.”
“Pemindahan kami dari Hospital Al-Nasr sangat sukar dan diserang.
“Kanak-kanak tidak boleh dibawa dengan tangan atau dipindahkan tanpa peralatan oksigen,” katanya kepada NBC News sewaktu dihubungi pada 29 November lalu.
Pada awal video diambil ketika pemindahan berkenaan yang diperoleh oleh NBC News menunjukkan Al-Kahlot berada di sebuah bilik hospital dan merayu untuk meminta bantuan daripada organisasi global untuk memindahkan lapan pesakit ICU pediatrik.
Seorang bayi dilihat sedang dijaga di atas sebuah katil di mana di sebelahnya mempunyai monitor dan kedengaran ia berbunyi. Dia turut menggambarkan keadaan pada waktu itu yang getir dengan pengeboman serta tembakan di hospital.
Dia juga mengesahkan kematian seorang kanak-kanak disebabkan kekurangan oksigen.
“Kami telah dibom sebanyak dua kali. Kali pertama di pintu masuk hospital manakala kali kedua terus ke jabatan.
“Hospital Kanak-Kanak Al-Nasr tidak beroperasi, kecuali untuk rawatan rapi di mana saya berdiri sekarang dan di mana lapan pesakit sedang tidur. Jika belakan elektrik terputus di jabatan ini, pesakit akan mati.
“Kami terperangkap di hospital dan ambulans tak dapat hubungi kami,” ujarnya lagi.
Seorang wakil Doktor Tanpa Sempadan (MSF) mengesahkan meskipun ia bukan hospital yang disokong dengan kemudahan MSF, organinasi itu mempunyai seorang jururawat yang berada di sana atas kapasiti mereka sendiri sewaktu hospital itu dipindahkan.
Jururawat tersebut pada ketika itu sedang berlindung dengan keluarganya selain turut menjadi sukarelawan.
“Terdapat penembak tepat, yang menjadikan sukar untuk sesiapa meninggalkan atau bergerak.
“Jangan halang kami daripada mengambil pesakit kami,” ujarnya dalam satu rakaman pada 10 November kepada MSF.
Dia juga turut menyatakan terdapat lima pesakit kekal di unit rawatan rapi dengan mesin oksigen.
“Kami tinggalkan mereka, kami hanya mengambil seorang bayi.
“Kami terpaksa meninggalkan pesakit di atas katil. Kami tidak boleh membawa mana-mana pesakit bersama kami,” katanya dalam rakaman berasingan.
Dalam pada itu UNICEF turut memberi amaran pada awal November lalu bahawa nyawa kanak-kanak di Gaza sebernarnya berada seolah-olah di hujung tanduk khususnya yang berada di utara.
Hospital Al-Nasr turut melaporkan berhubung kerosakan yang dialami di sebabkan serangan yang menjejaskan peralatan untuk menyelamatkan nyawa.
Walau bagaimanapun, Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza Ashraf Al Qudra memaklumkan kepada NBC News seramai lima kanak-kanak telah telah ditinggalkan di hospital berkenaan disebabkan serangan itu sehingga menyebabkan hospital di utara Gaza tak berfungsi pada bulan lalu. Dia turut menyalahkan tentera Israel atas kematian itu.
“Sesetengah kes dibawa oleh pasukan perubatan, tetapi kes ini adalah kes perubatan intensif di bawah mesin pernafasan buatan dan sokongan hidup, dan pasukan perubatan tak boleh memindahkan mereka tanpa peralatan.
“Mesti ada standard kesihatan untuk membawa mereka,” kata Al-Qudra merujuk kepada unit rawatan rapi di Hospital Al-Nasr.
Jelas kedua-dua pegawai kesihatan mereka telah memaklumkan perkara tersebut kepada Internation Commitee of the Red Cross untuk membantu pesakit yang tertinggal ketika proses pemindahan tetapi ICRC tidak dapat melakukan perkara itu dalam keadaan perang ini sejak perang berlaku.
“Beberapa permintaan daripada hospital di utara Gaza untuk bantuan pemindahan namun tidak dapat menghubungi mereka disebabkan situasi keselamatan.
“Kami tidak terlibat dalam sebarang operasi pemindahan, dan pasukan tidak komited untuk bebuat demikian.
“Rakaman yang beredar mengenai bayi baru lahir yang meninggal dunia mewakili tragedi yang tidak terkata, realiti yang tidak boleh diterima tentang bagaimana orang awam termasuk bayi dan kanak-kanak membayar harga dalam kemelut ini,” jelasnya lagi.
Sementara itu, pemantauan Hak Asasi Manusia Euro-Med iaitu satu pertubuhan hak asasi yang berdaftar di Geneva, Switzerland menggesa agar siasatan antarabangsa yang bebas dilakukan terhadap kematian lima bayi warga Palestian, berdasarkan penilaian kepada situasi tersebut.
“Mayat mereka ditemui dalam keadaan reput di tapak Hospital Al-Nasr, yang mungkin dianggap sebagai hukuman mati yang mengerikan dan jenayah terhadap kemanusiaan.
“Kami terkejut dengan laporan dari Hospital Kanak-Kanak Al-Nasr berhubung kanak-kanak kritikal yang meninggal dunia selepas doktor terpaksa meninggalkan penjagaan mereka di tengah-tengah serangan Israel terhadap hospital berkenaan.
“Tiada kanak-kanak yang perlu mati seorang diri,” ucap Pengarah Gaza bagi Bantuan perubatan Palestin dan Badan amal-British, Fikr Shalltoot.
Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…
Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…
Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…
Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…
Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…
Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…