Boost Kembangkan Ciri PayLater Untuk Transaksi Dalam & Luar Talian Dengan PayFlex

Boost, peneraju fintech (teknologi kewangan) serantau, terus meluaskan penyelesaian PayLater patuh Shariah, Boost PayFlex, kepada semua transaksi dalam aplikasi, di samping pembayaran kod QR.

Menerusi penyelesaian inovatif ini, pengguna dengan akaun Premium Wallet di aplikasi Boost yang telah dipra-skor, boleh menikmati akses lebih meluas kepada saluran kredit terkawal patuh Shariah.

Saluran kredit tersebut boleh digunakan untuk melanjutkan tempoh pembayaran menjadi ansuran sehingga 3 bulan di lebih 1.8 juta peniaga DuitNow QR di Malaysia.

Ia juga boleh digunakan untuk menambah baki e-Dompet, yang akan membolehkan pilihan PayLater bagi segala transaksi dalam aplikasi Boost, termasuk pengurusan bil, beli-belah dalam talian, penghantaran makanan, dan lain-lain.

Sebagai peneraju fintech yang dikawal selia, Boost memastikan kemudahan kreditnya ditawarkan secara bertanggungjawab, dengan memperibadikan saluran kredit berdasarkan penilaian kemampuan setiap pengguna.

Produk patuh syariah

Selain itu, sebagai produk patuh Shariah berdasarkan konsep Murabahah Komoditi[2], perjalanan pengguna Boost PayFlex direka untuk memberi penjelasan yang telus bagi semua caj.

Untuk ansuran 3 bulan, terdapat fi wakalah sebanyak RM10 bagi setiap transaksi dan kadar keuntungan 2.5% sebulan.

Bagi pilihan 30 hari, terdapat fi wakalah sekali-bayar sehingga RM10 bagi setiap transaksi, tanpa kadar keuntungan. Pengguna juga akan dimaklumkan lebih awal dan diberi peringatan membabitkan tempoh bayaran balik, bersama-sama dengan caj lewat sebanyak 1% setahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Group CEO) Boost, Sheyantha Abeykoon berkata syarikat itu kekal teguh dengan komitmen untuk memenuhi permintaan pasaran dan memacu keterangkuman kewangan yang lebih luas menerusi ekosistem fintech kami yang kukuh.

“Pengalaman pembiayaan kami selama bertahun-tahun telah memperkasakan kami untuk kekal sebagai peneraju inovasi yang mengamalkan pembiayaan bertanggungjawab[1]. Setelah menyediakan  kemudahan pembiayaan mikro kepada PMKS, kami kini mengembangkan lagi kemudahan ini kepada lebih ramai pengguna, agar rakyat Malaysia memiliki fleksibiliti kewangan yang lebih  menyeluruh.”

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Group CEO) Boost, Sheyantha Abeykoon

Menurut Ketua Pegawai Produk & Inovasi Boost, Karthik Bhaskaran pula, kepercayaan dan keyakinan pelanggan adalah keutamaan syarikat berkenaan.

“Setiap langkah dalam membangunkan Boost PayFlex telah dipandu dengan teliti oleh komitmen kami untuk memperkasakan pengguna untuk mengawal perbelanjaan dan mengurus kewangan mereka dengan lancar.”

Jelasnya lagi, saluran kredit terkawal Boost PayFlex ditawarkan secara bertanggungjawab, disesuaikan berdasarkan penilaian kemampuan setiap pengguna, melindungi pelanggan sambil memberi akses yang luas kepada pembayaran fleksibel di seluruh negara, dalam dan luar talian, di aplikasi fintech kami. Matlamat kami adalah untuk memacu keterangkuman kewangan melalui pembiayaan yang bertanggungjawab

Cara aktifkan Boost Payflex

Untuk mengakses penyelesaian Boost PayFlex, pengguna terlebih dahulu perlu melengkapkan pengesahan e-KYC dengan menaik taraf ke akaun Premium Wallet Boost secara percuma. Setelah naik taraf disempurnakan, pengguna yang layak boleh melengkapkan proses pengaktifan untuk Boost PayFlex, termasuk kontrak perjanjian terperinci dan pra-kebenaran kaedah pembayaran.

Setelah pengaktifan berjaya, pengguna boleh melihat dan menggunakan saluran kredit masing-masing pada halaman ‘Boost PayFlex, di mana perbelanjaan tertunda dan jadual pembayaran balik boleh dipantau pada masa nyata.

Bagi setiap ringgit yang dibelanjakan melalui Boost PayFlex, pengguna akan menerima sehingga 3 Boost Stars, berdasarkan kedudukan BoostUP masing-masing. Semua Boost Stars terkumpul boleh ditebus untuk mendapat lebih banyak penjimatan dan ganjaran melalui Program Kesetiaan BoostUP, seperti diskaun langsung Pay With Stars, baucar tunai Partner Wallet, dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang Boost PayFlex, sila klik link ini.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

12 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

12 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

12 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

13 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

13 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

14 hours ago