“RM10? Mahalnya!” – Netizen Terkejut Peniaga Caj Harga Burger Tak Masuk Akal Kepada Pelancong [Video]

Malaysia merupakan antara negara yang sering menjadi pilihan baik pelancong dalam mahupun luar negara.

Ini kerana kepelbagaian budaya dan keunikan makanan sering menjadi tarikan pengunjung yang menyebabkan mereka mahu melancong ke negara ini.

Malah, ada segelintir daripada mereka khususnya pelancong luar negara mengakui sikap ramah penduduk tempatan menyebabkan mereka menjadikan Malaysia sebagai negara pilihan.

Namun, ada segelintir penduduk tempatan yang kadang kala dilihat sering mengambil kesempatan terhadap pelancong baik dalam mahupun luar negara.

Peniaga Kenakan Harga RM10 Kepada Pelancong Luar

Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang pelancong luar negara yang juga seorang influencer dilihat mencuba pelbagai makanan di sekitar Kuala Lumpur.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook Traveling Solo Logs, kelihatan influencer yang dikenali sebagai Solomon atau Solo mencuba pelbagai jenis makanan tempatan antaranya seperti kuih popia, pisang goreng, apam balik dan burger tepi jalan.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah tindakan peniaga burger yang dilihat mengenakan harga tidak berpatutan kepada Solo.

Pada mulanya, influencer berkenaan dilihat memesan satu burger daging biasa tanpa keju atau telur.

“Saya mahu membeli set original dan membuat perbandingan dengan burger McDonald untuk mengetahui burger yang mana satu lebih enak,” katanya kepada peniaga tersebut.

Menerusi video itu, dapat dilihat peniaga berkenaan menyediakan pesanan Solo yang hanya mengandungi roti, daging, bawang, mayones, sos lada hitam, salad dan sos cili.

Ketika ditanya mengenai harga yang perlu dibayar, kedengaran peniaga berkenaan pada mulanya mengenakan caj RM13.

Namun, disebabkan burger berkenaan tidak mempunyai keju dan telur, pelancong itu dikenakan harga sebanyak RM10 bagi pesanan tersebut.

Did I Really Get Scammed at this Ramly Burger Stand?

Did I Really Get Scammed at this Ramly Burger Stand? #mcdonalds #ramlyburger #malaysia #malaysianfood #kualalumpur

Posted by Traveling Solo Logs on Friday, 12 January 2024

Video Jadi Perhatian Warganet

Video itu nyata mendapat perhatian warganet khususnya daripada rakyat Malaysia.

Rata-rata mengecam tindakan peniaga burger itu yang dilihat mengambil kesempatan kepada pelancong luar dengan mengenakan harga yang tinggi bagi pesanan burger biasa.

Ada warganet yang turut menzahirkan permohonan maaf dan mempelawa Solo datang ke gerai mereka bagi menikmati rasa burger Malaysia yang sebenar.

Ada juga segelintir yang dilihat menyeru pihak berkuasa seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di ruangan komen agar tindakan undang-undang dapat dikenakan kepada peniaga berkenaan.

Berikut antara komen warganet:

“Kenapa La Nak Ambil Kesempatan Kepada Pelancong?”

“RM10? Mahal! Biasa RM5 Ke RM6”

“KPDN Mohon Siasat, Memalukan Imej Negara”

“Confirm Kaya”

“KPDN, Mohon Siasat”

“Jangan Berniaga Harga Mahal Sebegini Walaupun Kepada Orang Asing”

Baca Artikel Berkaitan: KPDN Jalankan Siasatan Selepas Pelancong Dakwa Dicaj RM120 Untuk Servis Potong Rambut

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Malaysia Pertahankan Nasi Lemak Selepas Dikritik Tidak Sedap Oleh Pelancong Dari China

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

4 mins ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

1 hour ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

2 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

2 hours ago
  • News
  • Trending

“Dia Tumbuk Saya Dulu” – Tular Video ‘Elmo’ Di Melaka Pukul Lelaki Gara-gara Bengang Diganggu

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Atlet Kayak Negara Dilanggar & Diseret Pemandu Mabuk Sejauh 600 Meter

Saksi mendakwa kereta dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar dan menyeret Siti Nurul Masyitah Elias.

3 hours ago