Telatah ‘Bosco Sang Anjing’ Tak Dekati Penjaganya Yang Hendak Ke Masjid Raih Perhatian Netizen [Video]

Anjing sering menjadi satu isu yang sensitif terutamanya dalam kalangan penduduk Islam di negara kita. Selain sering dikaitkan dengan najis menurut agama Islam, terdapat juga tanggapan buruk terhadap haiwan tersebut sebagai haiwan ganas dan berbahaya.

Namun, ada juga ramai individu tidak kira bangsa dan agama, yang amat menyayangi haiwan ini. Bak kata pepatah Inggeris, “Dog is a man’s best friend”, ada juga individu yang memilih untuk menjaga anjing-anjing tidak bertuan yang ditemui, atas faktor keselamatan atau menjaga kebun sehingga menjadi sahabat baik mereka.

Baru-baru ini, satu tempat perlindungan kucing atau cat shelter, Phatcathaus, telah memuat naik video seekor anjing menerusi akaun TikToknya (@phatcathaus) yang kemudiannya tular di media sosial.

Video tersebut memaparkan seekor anjing yang duduk di bahagian tangga di luar cat shelter itu yang beroperasi di Johor Bahru. Anjing yang diberi nama Bosco itu dipuji sebagai seekor haiwan yang bijak.

Bosco Tidak Mendekati ‘Tuan’ Hendak Ke Masjid

Melihat kepada video yang telah meraih lebih 47 ribu tanda suka, lelaki tersebut yang seolah-olah sudah menjadi tuannya, difahamkan sedang keluar dari premis untuk ke masjid.

Bosco yang sedang duduk di bahagian luar pagar tangga tidak menghampirinya, sebaliknya hanya duduk diam dan memerhatikan penjaganya itu. Macam tahu-tahu je dia tak boleh sentuh orang yang nak solat!

@phatcathaus

Satu-satunya anjing yang tak boleh letak di kebun atau rumah. Dia akan meraung (nangis) sepanjang malam sebab berjauh dengan saya. Terpaksa lah letak dia kat tangga tapi setiap malam kita bawak dia gi jalan². Hanya sesuai untuk adopter yang sanggup layan dia. Ada juga nak tapi untuk jaga kebun tapi Bosco jenis anjing rumah.

♬ original sound – umai – umai

Anjing berwarna hitam dengan bahagian badan berwarna perang itu memberi renungan dengan mata yang manja.

Menerusi kapsyen, Phatcathaus menjelaskan bahawa Bosco tidak boleh ditinggalkan di rumah atau kebun kerana tidak boleh berjauhan dengan penjaganya dan akan menangis sepanjang malam. Kerana itulah ia ditempatkan di bahagian tangga luar cat shelter tersebut.

Hanya Yang Sanggup Layan Boleh Adopt Bosco

Setiap malam, Bosco akan dibawa keluar berjalan. Kalau anda tak tahu, anjing yang dibela perlu dibawa keluar berjalan demi kesihatan dan kegembiraannya. Anjing yang tidak dibawa berjalan dan terkurung boleh menjadi agresif.

Difahamkan Bosco boleh diambil (adopt) oleh individu yang berminat, tetapi pihak Phatcathaus menerangkan bahawa ia hanya boleh diambil oleh mereka yang sanggup melayan kerenahnya.

Tambahnya lagi, terdapat individu yang mahu adopt Bosco sebelum ini bagi tujuan menjaga kebun, tetapi tidak dibenarkan memandangkan ia merupakan sejenis anjing yang duduk di rumah.

Netizen Terharu Tengok Bosco

Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang meluahkan rasa sayu melihat mata Bosco yang manja dan seolah-olah ingin turut ikut penjaganya ke masjid.

Ada juga seorang individu yang berkata dari cara Bosco memandang, jelas bahawa ia amat menyayangi lelaki itu yang dianggap sebagai seluruh semestanya.

Lebih mencuit hati apabila beberapa pengguna lain turut ‘mereka skrip’ tentang apa yang difikirkan oleh Bosco ketika itu.

Pihak Phatcathaus secara berseloroh turut berkata kalau dia boleh membawa Bosco ke masjid, boleh minta dia jagakan selipar.

Seorang pengguna TikTok berkata muka Bosco kelihatan manja seolah-olah mahu meminta dibelai dan tidak mungkin boleh menjaga kebun. “I’m just a baby”, katanya.

Bosco Penyambut Di Cat Shelter

Dalam satu hantaran lain di akaun TikTok sama, kelihatan Bosco teruja menyambut kepulangan penjaganya, sambil menggoyang-goyangkan ekornya.

“Hilang sekejap sedih dan penat jika disambut pulang sebegini,” kata Phatcathaus.

Video tersebut turut memaparkan Bosco bersalaman dengan individu tersebut sebelum diusap kepalanya. Pandai betul Bosco!

Anjing itu turut dikatakan merupakan penyambut tetamu utama di cat shelter berkenaan.

@phatcathaus

Bosco si anjing bijak. Setia selamanya 💕

♬ original sound – umai – umai

Recent Posts

  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

9 mins ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

2 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

3 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

4 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

4 hours ago
  • Trending

Angkat Takbir Sebut ‘Alalikabung’ Bukan ‘Allahu Akbar’ Apa Hukumnya? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, umat Islam yang mampu menyebut di dalam bahasa Arab (Allahu Akbar)…

5 hours ago