Bukan Sekadar Taman Tema, Legoland Tampil Dengan Pelbagai Tarikan Baharu Sepanjang 2024

Kami yakin semua tahu yang Legoland Malaysia begitu terkenal dengan taman tema Lego dan hotelnya yang menarik.

Sesuai untuk semua lapisan umur, taman tema ‘all in one’ ini menjanjikan pengalaman yang menarik buat pengunjung baik di kawasan theme park, water park malah di ruangan pameran lautnya yang diberi nama Sealife.

Terbaharu, Legoland Malaysia Resort mengumumkan yang mereka bakal hadir dengan pelbagai tarikan baharu untuk sepanjang tahun 2024.

Pelan ini bukan sahaja menyahut sasaran pelancongan antarabangsa yang dirancang Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) untuk 2024 malah sekaligus dapat membantu dalam memulihkan industri pelancongan di Malaysia.

Menurut Pengarah Bahagian Legoland Malaysia Resort CS Lim, Legoland bukan sekadar taman tema malah ia juga pemangkin kepada pertumbuhan pelancongan di negara ini khususnya di Johor.

“Tumpuan kepada pengalaman budaya yang unik dan aktiviti hiburan mesra keluarga sejajar dengan visi MOTAC, menjadikan kami menarik kepada pelancong antarabangsa dan tempatan.

“Legoland Malaysia bekerjasama dengan MOTAC untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan keluarga yang terulung,” katanya.

Antara aktiviti menarik yang bakal diadakan adalah:

  • Tayangan Lego Friends 4D Movie terbaharu
  • Brick Fest – Raikan kreativiti dengan pelbagai aktiviti dan cerita menarik bersama keluarga
  • Master Model Builder Search – Buat penggemar Lego, cuba peluang anda untuk menjadi Master Model Builder yang pertama di Malaysia!

Bukan itu sahaja, Legoland Malaysia juga diserikan dengan banyak lagi sambutan kebudayaan menarik antaranya LEGO NINJAGO sempena Tahun Baru Lunar yang sedang berlangsung dari Januari hingga 17 Mac diikuti LEGO Hari Raya extravaganza sempena Hari Raya Aidifitri.

Aktiviti menarik lain adalah seperti Splash Carnival (Julai) dan LEGOLAND School Challenge (April).

BACA ARTIKEL BERKAITAN: [Review] 5 Sebab Kenapa LEGOLAND Jadi Pilihan Kami Untuk Bawa Anak Bercuti

Menurut Pengarah Jualan dan Pemasaran Legoland Malaysia, Thila Munusamy, taman tema itu akan terus menyajikan pengunjung dengan pelbagai aktiviti menarik yang lebih segar dan sentiasa diperbaharui.

Mengulas mengenai kempen Master Model Builder Search, Thila berkata ia akan dilancarkan dalam masa terdekat dan aktiviti ini dijangka akan menarik perhatian ramai peminat Lego dalam negara.

Ini kerana pencarian Master Model Builder adalah yang julung-julung kali diadakan di negara kita.

Kempen Legoland School Challenge juga dijangka akan menarik banyak kanak-kanak kerana penyertaannya melibatkan sekolah-sekolah dari sekitar Asia Tenggara.

“Kami mahu setiap kanak-kanak berpeluang untuk merasai pengalaman di Legoland. Salah satu caranya adalah bersama sekolah mereka.

“Legoland School Challenge yang sudah masuk edisi ketiga, akan terus berlangsung dan lebih mendapat penyertaan antarabangsa.”

Foto: BuzzKini

Tambahnya lagi, Legoland Malaysia juga sedang giat mengadakan promosi di negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti di Indonesia dan Thailand bagi membawa lebih ramai pelancong antarabangsa ke taman tema itu.

Bayar untuk sehari dan automatik dapat naik taraf pas kepada 1 tahun

Satu yang menarik tentang Legoland adalah pengunjung secara automatik akan mendapat pas masuk ‘unlimited’ selama 1 tahun  dengan hanya membayar harga penuh untuk satu hari.

Difahamkan tawaran ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia dan Singapura.

“Kami juga menyediakan banyak aktiviti membina Lego. Cara terbaik untuk menikmati Legoland adalah dengan pas tahunan. Ia boleh didapati dengan hanya membayar harga penuh untuk satu hari, dan anda (secara automatik” boleh menikmati 365 hari di Legoland,” kata Thila lagi.

Sebagai info, Legoland Malaysia sebelum ini telah memperkenalkan satu lagi bilik-bertema yang baharu untuk Legoland Hotel iaitu bilik Lego Friends.

Malah pelbagai tarikan baharu juga telah ditambah di kawasa taman tema antaranya dengan pelancaran Miniland Amazing Malaysia yang memperkenalkan warisan sejarah dan budaya negara.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Miniland Amazing Malaysia Di Legoland Serlahkan Warisan Sejarah & Budaya Negara

Recent Posts

  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

8 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

9 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

10 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

11 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

13 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

13 hours ago