fbpx
Now Reading
[Review] 5 Sebab Kenapa LEGOLAND Jadi Pilihan Kami Untuk Bawa Anak Bercuti

[Review] 5 Sebab Kenapa LEGOLAND Jadi Pilihan Kami Untuk Bawa Anak Bercuti

Antara sebab utama yang menjadikan LEGOLAND sebagai destinasi yang tepat untuk membawa anak-anak bercuti adalah kemudahan yang mesra kanak-kanak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Cuti sekolah atau pun hari hujung minggu merupakan waktu yang perfect untuk membawa anak-anak anda bercuti.

Yelah selepas penat menimba ilmu dan belajar di sekolah, mereka juga memerlukan ganjaran dan ruang untuk berehat bagi melakukan perkara yang mengembirakan hati.

Sama seperti orang dewasa, kadangkala percutian juga dapat membantu mereka agar kembali bersemangat seterusnya ceria untuk ke sekolah kelak.

Berpeluang ke LEGOLAND di Johor Bharu baru-baru ini kami merasakan taman tema tersebut sememangnya sesuai untuk dikunjungi seisi keluarga kerana ia menawarkan pengalaman yang menarik dan yang pasti membuatkan kesayangan anda melonjak keseronokan.

Malah pelbagai aktiviti juga dapat dilakukan seisi keluarga di satu kawasan sahaja tanpa perlu ke tempat lain, dalam bahasa mudahnya all in one place.

Apa yang lebih menarik di LEGOLAND juga ia merupakan salah satu tempat yang mesra kepada kanak-kanak.

Tanpa berlengah lagi jom kami kongsikan beberapa perkara yang menarik dan faktor utama anda perlu bawa anak-anak ke LEGOLAND.

#1 Taman tema ‘semua dalam satu’ (all in one)

Umum pasti mengetahui Legoland Malaysia terkenal dengan taman temanya. Namun pasti ada yang tidak tahu di sini juga terdapat taman tema air iaitu Water Park dan akuarium pameran laut iaitu Sealife.

Bagi kawasan theme park, pelbagai permainan disediakan mengikut semua lapisan umur di mana ibu bapa juga boleh turut serta bersama anak-anak.

Di water park pula, ibu bapa boleh bermain air dan menaiki gelongsor bersama anak-anak sambil membina LEGO di tempat yang disediakan.

Untuk yang gemar melihat haiwan di dalam laut, Sealife adalah antara destinasi yang tidak boleh ditinggalkan.

Kerana pelbagai hidupan laut dipamerkan di dalam akuarium mega ini bagi dipertontonkan kepada pengunjung khususnya kanak-kanak.

#2 Kemudahan mesra keluarga dan kanak-kanak

Selain itu apa yang menarik di taman tema ini adalah kemudahan disediakan sangat mesra kepada pengguna dan sesuai bagi anda yang membawa anak-anak kecil termasuk bayi.

Sebagai contoh anda tidak perlu pulang ke bilik tidur untuk menunaikan solat kerana di dalam kawasan ini ia turut menyediakan ruang solat yang cukup selesa dan bersih. Selain itu tandas pula turut menyediakan kawasan bagi menukar lampin bayi dan sebagainya.

Malah di kawasan water park, mereka turut menyediakan ruangan baby care di mana para ibu boleh berehat di sini sambil menyusukan bayi, mereka turut menyediakan dispenser air untuk membuat susu, serta tempat untuk menukar lampin bayi.

Mudah untuk mereka yang membawa bayi.

Anda juga boleh menyewa gerobok yang disediakan sekiranya mempunyai barangan yang ingin disimpan malah mereka juga turut mempunyai gerobok untuk menyimpan makanan.

Bersih

Kebersihan merupakan faktor utama yang perlu diambil kira oleh ibu bapa setiap kali ingin membawa anak-anak untuk sesuatu tempat.

Namun usah bimbang di LEGOLAND, kebersihan sudah menjadi satu perkara yang sangat dititikberatkan apabila anda akan mendapati setiap sudut akan disediakan tempat untuk sanitasi.

Oleh itu, risiko untuk masalah kesihatan juga dapat dielakkan dengan kebersihan yang dijaga.

Antara perkara lain yang menjadi tumpuan penulis juga adalah keadaan air taman tema ini juga sangat bersih dan jernih di mana ia menunjukkan ia sentiasa diselenggara dengan baik.

#3 Bermain sambil belajar

Siapa kata kanak-kanak tidak boleh bermain sambil belajar? Di sini mereka menawarkan permainan yang bakal mengasah minda kanak-kanak khususnya di dalam bidang reka cipta.

Terdapat juga Lego Akademi di mana anak-anak akan diajar mengenai robotik dan cara membuatnya dengan menggunakan LEGO.

Namun untuk menyertai akademi ini ibu bapa perlu membuat tempahan slot di kaunter pendaftaran kerana dikuatiri ia cepat penuh disebabkan permintaan tinggi.

Selain itu, terdapat banyak lagi aktiviti bermain sambil belajar seperti Driving School, Boating School dan banyak lagi.

#4 Pas tahunan Legoland yang berbaloi

Kami yakin semua ibu bapa tahu, tiket bagi setiap taman tema bukanlah murah. Oleh itu, ibu bapa boleh mendapatkan pas tahunan Legoland yang pastinya berbaloi buat anda sekelurga.

Yelah mengapa bayar lebih jika boleh mendapatkan pas tahunan pada harga sekali kunjungan.

Sebagai contoh one day triple park berharga RM339 untuk dewasa dan RM279 buat kanak-kanak.

Foto: Legoland Malaysia

Namun sebenarnya sebagai rakyat Malaysia dan juga warga Singapura, anda layak mendapatkan pas tahunan ke Legoland Malaysia dengan jumlah sama.

Foto: Legoland Malaysia

Dengan pembelian pas tahunan ini anda boleh berkunjung ke Legoland pada bila-bila masa sahaja dalam tempoh setahun.

#5 LEGOLAND Malaysia Resort

Sudah sampai di LEGOLAND jangan lepaskan peluang untuk menginap di LEGOLAND Malaysia Resort kerana pasti ia akan membuatkan si kecil menyukainya dari mula melangkah di pintu masuk sehingga ke ruangan bilik tidur.

Malah hanya melihat pada bangunan yang dihiasi dengan pelbagai skruktur LEGO besar juga akan membuatkan anda serta anak-anak tidak senang duduk.

Siapa sahaja yang tidak teruja apabila melangkah sahaja dipintu hotel sudah melihat beberapa bahagian seperti istana besar dan kapal lanun yang diperbuat daripada LEGO.

Apa yang menarik mungkin ketika sedang menanti ibu bapa untuk membuat urusan pendaftaran masuk ke bilik tidur si manja boleh menghabiskan masa mereka untuk bermain di kawasan ini.

Bukan itu sahaja anda juga turut akan diberikan beberapa jadual aktiviti di dalam hotel yang boleh dilakukan anak-anak, sebagai contoh sesi menari, berjumpa dengan mascort karakter LEGO, pertunjukkan tema (Theme Show), menonton filem serta banyak lagi.

Boleh dikatakan si kecil tidak sempat untuk berasa bosan memandangkan sepanjang waktu ada sahaja aktiviti yang disediakan.

#5 Bilik tidur yang cantik dengan tema tersendiri

Untuk makluman setiap tingkat di LEGOLAND Hotel ini mempunyai tema yang tersendiri iaitu Pirate, Ninjago, Adventure dan juga Kingdom.

Masuk sahaja di ruangan bilik tidur pasti si kecil akan tidar sabar untuk bermain apabila mereka turut menyediakan beberapa tarikan seperti pencarian harta karun, LEGO dan juga perhiasan bilik yang menarik.

Menerusi pengalaman kami, ruang bilik airnya juga turut mementingkan keselesaan si kecil apabila mereka meletakkan hiasan dinding dan juga singki yang mudah untuk digunakan kanak-kanak.

Ruang makan yang menarik

Ruang makan di dalam resort yang berwarna-warni juga mencuri perhatian kerana ia bukan hanya menyajikan hidangan yang enak dan menarik tetapi bakal membuatkan si kecil anda leka dan mungkin tidak mahu keluar dari tempat ini.

Selain dekorasi bertemakan Lego ruang makan Bricks Family Restaurant ini turut menyediakan aktiviti di atas meja makan. Sambil menjamu selera kanak-kanak juga boleh mewarna, mencari benda tersembunyi menerusi gambar, cross puzzle serta banyak lagi.

Di bahagian berdekatan ruang makan ini juga turut menyediakan kawasan di mana anak-anak boleh bermain LEGO.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.