Berbaki kurang dari dua minggu, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Mungkin ramai juga di antara anda yang masih pening kepala dalam memilih baju raya untuk 1 Syawal nanti. Ada yang cantik, tetapi agak mahal kalau nak dibandingkan dengan bajet anda.
Namun begitu usah risau, sebenarnya banyak sahaja baju raya yang murah di pasaran. Yang penting ia cantik dan dapat jimatkan simpanan duit anda untuk persiapan raya nanti.
Baca Artikel Berkaitan: Tak Beli Kasut Raya Lagi? Ini 9 Jenama Tempatan Yang Sesuai Untuk Para Wanita
Di sini kami kongsikan beberapa jenama baju raya bawah RM200 yang anda boleh dapatkan. Antaranya:
Buat anda yang sedang mencari baju simple tetapi dalam masa sama trending, koleksi MC Vogue adalah pilihan yang terbaik.
Bukan sahaja mereka mempunyai baju kurung moden beserta kain jenis pario, malah ada juga kebaya simple yang boleh dipadankan dengan tudung bercorak dengan harga serendah RM129.90 sahaja!
Untuk pembelian, anda boleh walk-in di mana-mana cawangan MC Vogue yang tersedia di seluruh negara iaitu:
Three Ns menyediakan beberapa koleksi baju raya bertemakan plain yang boleh menggayakan hari raya anda. Baju-baju raya edisi Three Ns boleh didapati dengan harga serendah RM169 sahaja.
Untuk pembelian kurung ini, anda boleh layari di dua platform berbeza iaitu:
Mungkin ramai di antara kita yang mahukan sedikit kelainan pada tahun ini. Jika terdahulu anda selalu beli baju plain, apa kata tahun ini anda sarungkan baju kurung bertemakan bunga-bunga kecil yang comel.
Paling penting anda boleh simpan duit poket anda daripada perlu menghabiskan duit yang banyak untuk baju kurung raya. Pada pendapat penulis, baju kurung ini juga sesuai dipakai ketika majlis lain sebagai contoh kenduri kahwin.
Dengan koleksi ditampilkan oleh Bajuville, anda boleh dapatkan pelbagai koleksi Blossom Kurung berharga RM129.
TAFA Clothing membawakan baju kurung berkonsepkan minimalis dan anggun untuk anda ber-OOTD bersama keluarga tercinta.
Bukan sahaja bawah RM200, baju kurung bawah RM100 juga boleh didapati daripada jenama ini.
Antara koleksi baju raya 2024 yang murah di bawah jenama TAFA adalah seperti Batina Pareo, Dina Kurung, Qaira Pahang, Shula Sulam, Ahmeera Kebaya dan banyak lagi.
Untuk pembelian atas talian, anda boleh dapatkan di:
Zalia menerusi platform ZALORA kini sedang mengadakan potongan harga ‘kaw-kaw’ untuk keluaran baju raya jenamanya. Sekali pandang, baju yang ditawarkan dengan harga bawah RM200 itu sememangnya nampak ‘classy’ dan ‘elegant’.
Antara koleksi baju raya berserta diskaun yang ditawarkan adalah:
Bayu Somerset menawarkan baju raya jenis cotton lembut dengan pelbagai design dan warna yang vibrant untuk anda gayakan di pagi hari raya.
Buat mereka yang sudah biasa membeli pakaian ton warna pastel, inilah masanya untuk membawa sedikit kelainan dengan mencuba warna yang lebih bold pula. Corak jenama ini juga akan mengingatkan anda kepada ‘vibe’ kampung.
Harga baju dari jenama tersebut adalah serendah RM79 ya! Lebih menarik baju plus size juga disediakan.
Untuk pembelian, anda boleh walk-in di mana-mana cawangan Bayu Somerset yang terletak di:
Manakala pembelian secara atas talian [DI SINI].
epada mereka yang sukakan baju raya jenis kebaya atau kebarung, jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan set pakaian anda dari MEQA. Terdapat jenis cotton serta lace yang boleh membuatkan anda rambang mata.
Antara koleksi yang anda boleh dapatkan dengan harga bawah RM200 adalah:
Untuk pembelian anda boleh layari platform Shopee mereka [DI SINI].
Memang banyak betul baju raya dengan kualiti bagus dan harga berpatutan yang anda boleh dapati. Buat anda yang berminat, cepat-cepat shopping, jangan tunggu last minute pula.
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…