Warga Israel & Pasangan Suami Isteri Bakal Berdepan Hukuman Mati Jika Sabit Kesalahan – Ketua Polis Negara

Sejak minggu lalu, negara dikejutkan dengan penahanan seorang lelaki warga Isreal bersama enam pucuk pistol di Kuala Lumpur.

Suspek yang dikenali sebagai Shalom Avitan itu telah ditangkap pada Rabu lalu (27 Mac) di sebuah hotel di Jalan Ampang selepas memasuki Malaysia dengan menggunakan pasport Perancis.

Pada Jumaat (29 Mac) pula, sepasang suami isteri telah ditahan polis di Kuala Selangor kerana disyaki membekalkan senjata api kepada Avitan. Mereka juga direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Lelaki Israel dan pasangan suami isteri bakal berdepan hukuman mati

Terbaharu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Husain berkata suspek dan pasangan suami isteri itu bakal berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Menurutnya, ia berikutan kertas siasatan terhadap ketiga-tiga mereka dibuka mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

“Sebelum ini ketika Shalom ditangkap pada 27 Mac lalu, siasatan dijalankan mengikut Akta Pasport 1966 kerana dia sebagai warga Israel memasuki negara ini menggunakan pasport kewarganegaraan Perancis. Namun, siasatan kini dijalankan terhadap kesalahan lebih berat, iaitu pemilikan senjata api.

“Begitu juga dengan pasangan suami isteri berusia 42 dan 40 tahun itu. Siasatan turut dijalankan mengikut Akta Senjata Api 1971,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman hari ini (2 April).

Mana-mana individu didapati bersalah di bawah Seksyen sama juga boleh dihukum mati

Menurutnya lagi, mana-mana individu yang didapati bersalah mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, boleh dihukum mati.

“Pada masa ini, kita masih menjalankan siasatan secara terperinci ke atas ketiga-tiga mereka.

“Ketika ini, kesemua mereka masih ditahan reman untuk siasatan lanjut bagi membolehkan polis mengenal pasti motif sebenar pemilikan senjata api berkenaan.

“Lelaki warga Israel itu direman hingga 7 April ini, manakala reman terhadap pasangan suami isteri terbabit pula akan berakhir pada 5 April ini,” katanya.

Berkongsi lanjut, Razarudin berkata sebarang proses susulan untuk sambung reman akan dimohon sekiranya pihak polis masih memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan.

Avitan ada kaitan dengan kumpulan jenayah, datang ke Malaysia untuk bunuh musuhnya

Terdahulu, menurut BH yang memetik The Times Of Israel, Avitan dikatakan mempunyai kaitan dengan kumpulan jenayah bersaudara Musli Brothers.

Difahamkan, Avitan datang ke Malaysia untuk membunuh ketua keluarga kumpulan penjenayah seteru iaitu Eran Haya.

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

8 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

8 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

8 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

9 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

9 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

9 hours ago