Bank Digital Islamik Pertama Di Malaysia, AEON Bank Secara Rasmi Dilancarkan

Jika pada satu ketika dahulu, urusan perbankan seperti simpanan wang, pindahan atau bayaran lazimnya memerlukan pelanggan untuk hadir secara fizikal di bank.

Namun dengan kecanggihan teknologi, urusan itu kini menjadi lebih mudah. Dengan hanya menggunakan peranti mudah alih seperti telefon bimbit, anda boleh membuat urus niaga melalui aplikasi atau platform yang diperkenalkan oleh institusi perbankan.

Walau bagaimanapun, setiap aplikasi bank di negara ini sememangnya mempunyai keistimewaan tersendiri.

Sebagai pengguna, anda pasti mahu sesuatu yang boleh memberi keuntungan berganda. Malah, buat pengguna beragama Islam, sudah pasti anda mahu transaksi yang dilakukan patuh syariah.

Aeon Lancar Bank Digital Islamik Pertama Di Malaysia

Hari ini (26 Mei), bank digital islamik pertama patuh syariah di Malaysia, AEON Bank secara rasminya dilancarkan.

Majlis pelancaran yang dilaksanakan di Dewan AEON, Pusat Beli Belah AEON Shah Alam itu diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat antaranya Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Pegawai Eksekutif AEON Bank (M) Berhad YM Raja Teh Maimunah, Pengarah Urusan AEON Co. (M) Berhad Naoya Okada dan Pengerusi AEON Financial Service Co., Ltd., Jepun Shunsuke Shirakawa serta beberapa wakil kenamaan yang lain.

Menurut Raja Teh Maimunah, antara perkhidmatan produk digital perbankan peribadi yang ditawarkan pada masa ini adalah Akaun Simpan-I (Saving Account-i), Savings Pot dengan ciri pengoptimuman yang boleh diperibadikan, pengurusan bajet dan beberapa ciri yang lebih menarik pada masa hadapan.

Jelasnya lagi, pelanggan yang telah mengaktifkan akaun boleh terus mengakses Kad Debit-i AEON Bank x Visa secara maya dan juga memohon Kad Debit i-fizikal.

“Kami berasa amat bersyukur diberikan kepercayaan untuk membangunkan bank digital Islam sepenuhnya yang pertama Malaysia. Pelancaran AEON Bank pada hari ini merupakan pencapaian yang sangat bermakna untuk Kumpulan AEON (AEON Group) di Malaysia, khususnya selepas 40 tahun kewujudannya di negara ini.

“Matlamat kami ialah untuk menawarkan penyelesaian perbankan digital patuh syariah yang selamat, mudah dan inklusif kepada semua rakyat Malaysia.

“Kini, kami berada dalam fasa awal pelancaran dan akan terus memperkenalkan lebih banyak produk perbankan dan ciri aplikasi untuk pelanggan perbankan peribadi. Dari semasa ke semasa, kami juga akan terus memperkembangkan produk dan perkhidmatan kami kepada lebih ramai pelanggan termasuklah bagi usahawan perniagaan mikro,” katanya.

Sedia Perkhidmatan Kewangan Yang Boleh Diakses Untuk Semua

Tambahnya lagi, AEON Bank komited menyediakan perkhidmatan kewangan yang boleh diakses oleh semua pihak temasuk golongan yang sebelum ini sukar mendapat perkhidmatan perbankan.

Ia juga merupakan usaha syarikat ini dalam memperkasakan rakyat Malaysia dan mengejar aspirasi dan mencapai ketakbersandaran ekonomi serta memangkin masa hadapan kewangan yang lebih inklusif untuk semua.

Foto: YM Raja Teh Maimunah menyampaikan ucapan ketika Majlis Pelancaran AEON Bank

Ganjaran Menarik Menanti Pelanggan

Eksklusif spanjang tempoh pelancaran, AEON Bank menawarkan ganjaran istimewa buat pelanggan sehingga 31 Ogos 2024.

Sepanjang tempoh ini, pelanggan yang mengaktifkan akaun layak menikmati bonus pendaftaran 3,000 mata ganjaran AEON dan tiga kali ganda mata ganjaran melalui transaksi yang menggunakan Kad Debit-i AEON Bank x Visa serta kadar keuntungan sebanyak 3.88% setiap tahun.

Buat pelanggan yang sememangnya merupakan ahli Program Mata Ganjaran AEON, mereka bakal menikmati kelebihan dan ganjaran tambahan apabila membuat pembayaran di kedai dan rakan kumpulan AEON antaranya seperti AEON Mall, AEON Supermarket, AEON Wellness, La Boheme Bakery dan AEON Fantasy.

Mata ganjaran AEON yang dikumpul boleh ditebus kepada nilai ganjaran tunai yang akan dikreditkan ke dalam akaun AEON Bank (M) pelanggan.

Buat anda yang berminat untuk membuka dan mendaftar akaun AEON Bank, anda boleh memuat turun melalui aplikasi menerusi Google Playstore buat pengguna Android dan App Store buat pengguna Apple.

Foto: Antara perkhidmatan yang ditawarkan menerusi aplikasi AEON Bank

Sekadar info, AEON Bank yang dahulunya dikenali sebagai ACS Digital Berhad merupakan salah satu daripada lima pemegang lesen perbankan digital yang diangugerahkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Syarikat ini mula mendapat kelulusan sebagai pemegang lesen perbankan islamik digital daripada BNM pada 29 April 2022.

Malah, bermula 15 Januari 2024, AEON Bank mula beroperasi sebagai bank digital islamik yang menawarkan penyelesaian kewangan digital patuh syariah.

Recent Posts

  • Trending

Ada Cubaan Buang Hadis Daif – Ustaz Azhar Idrus [Video]

Tegas UAI lagi, antara ulama yang turut mengamal dan menyebar hadis daif adalah Imam Bukhari,…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Keputusan Siti Nurhaliza Sertai Konsert David Foster Mengecewakan” – BDS Malaysia

Menurut BDS Malaysia, David Foster sering terlibat dalam usaha menyumbang dana kepada tentera rejim Zionis…

2 days ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

#ShopeeHaul Raih Lebih 423,000 ‘Likes’ Dengan Tips Bergaya Mampu Milik Untuk Wanita

Selebriti dan pempengaruh Malaysia - Sasha Abdul Aziz, Sherry Alhadad, Afifah Nasir, dan Bella Astillah…

3 days ago
  • News
  • Trending

Tular SkyAvenue Genting Highlands Terbakar [Video]

Dalam pada itu jurucakap Genting Malaysia mengesahkan insiden berlaku di pusat beli-belah Genting Sky Avenue…

3 days ago
  • Trending

“Marketing Sampah” – Bisnes F&B Dikecam Selepas Guna Kes Zayn Rayyan Untuk Promosi Fries

Sebuah syarikat F&B telah mempromosikan salah satu produk mereka iaitu kentang goreng di laman X…

3 days ago
  • Trending

“Jari Tak Cukup”- Ditanya Mengapa Tak Siap Kerja Sekolah, Jawapan Pelajar Buat Ramai Terhibur [Video]

Alasan yang diberikan oleh kanak-kanak berkenaan apabila disoal mengapa dia tidak menyiapkan kerja sekolahnya membuatkan…

3 days ago