Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seperti universiti merupakan antara tempat idaman seseorang dalam memperoleh kejayaan dan menggenggam segulung ijazah.
Bagi kebanyakan individu, universiti juga dianggap sebagai gedung bagi mendapatkan ilmu atau pengetahuan dalam sesuatu bidang.
Oleh sebab itu ada segelintir individu yang tidak kisah untuk menyambung pelajaran dimana-mana institut pendidikan tanpa melihat kedudukan sesebuah IPT.
Namun sejak belakangan ini, kebanyakan institusi pendidikan dilihat berlumba-lumba untuk mengejar kedudukan dan menempa nama.
Menurut Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Singapura (UNS) Prof Dr Syed Muhammad Khairudin Al-Junied, kebanyakan universiti yang terdapat di beberapa negara Islam termasuk Malaysia dilihat seolah-olah telah hilang roh dalam menghasilkan ilmuan terbilang.
Jelas Syed Muhammad Khairudin, ia berikutan hasil penyelidikan dan kajian menerusi penulisan yang diterbitkan dilihat tidak memberikan impak kepada masyarakat.
Tambah beliau lagi, majoriti daripada pengurusan universiti tidak lagi memberi tumpuan kepada soal pembangunan dan pendidikan sepenuhnya.
Namun, kebanyakannya bersembunyi di sebalik agenda berkepentingan peribadi atau kumpulan tertentu.
“Hubungan sosial universiti dalam kelompok masyarakat juga dilihat berkurangan rentetan tekanan daripada pelbagai pihak termasuk dalam mengejar kedudukan dan nama dalam senarai institusi pengajian tinggi terbaik,” kata beliau yang dipetik daripada Berita Harian.
Syed Muhammad Khairudin yang pernah tersenarai antara 500 orang Islam dunia paling berpengaruh itu turut menjelaskan keadaan itu perlu ditangani secara lebih objektif.
Ini kerana menurut beliau ilmu seharusnya bebas daripada menjadi mangsa politik atau kepentingan tertentu sehingga menindas masyarakat.
“Kerajaan perlu mengambil langkah pragmatik dalam membantu universiti tempatan kembali kepada kiblat’ asal sebagai institusi yang melahirkan masyarakat cendekiawan,” kata beliau lagi.
Baca Artikel Berkaitan: UiTM Cipta Sejarah, Tersenarai Antara 100 Universiti Terbaik Di Asia!
Baca Artikel Berkaitan: STPM Bukan Program Akademik Kelas Kedua, Diiktiraf Lebih 2,000 Universiti Di Dunia – Fadhlina Sidek
Tegas UAI lagi, antara ulama yang turut mengamal dan menyebar hadis daif adalah Imam Bukhari,…
Menurut BDS Malaysia, David Foster sering terlibat dalam usaha menyumbang dana kepada tentera rejim Zionis…
Selebriti dan pempengaruh Malaysia - Sasha Abdul Aziz, Sherry Alhadad, Afifah Nasir, dan Bella Astillah…
Dalam pada itu jurucakap Genting Malaysia mengesahkan insiden berlaku di pusat beli-belah Genting Sky Avenue…
Sebuah syarikat F&B telah mempromosikan salah satu produk mereka iaitu kentang goreng di laman X…
Alasan yang diberikan oleh kanak-kanak berkenaan apabila disoal mengapa dia tidak menyiapkan kerja sekolahnya membuatkan…