Anak Perempuan Di China Hina Bapa Sebab Tak Mampu Beli iPhone

Tidak dinafikan telefon bimbit atau telefon pintar pada era moden ini merupakan satu keperluan buat semua individu termasuklah yang bergelar pelajar.

Bercakap tentang telefon bimbit pastinya setiap orang mempunyai jenama telefon pilihan sendiri seperti iPhone yang juga banyak digunakan oleh orang ramai.

Namun tidak dinafikan juga harga sebuah telefon pintar jenama iPhone ini menjadi idaman ramai khususnya remaja kerana memiliki ciri-ciri seperti kamera yang berkualiti dan sebagainya.

Bapa melutut minta maaf sebab tak mampu belikan anak iPhone

Perkara sama turut diinginkan oleh seorang remaja perempuan di Beijing ini sehingga dia sanggup menghina bapanya ekoran tidak membelikan dia telefon bimbit jenama berkenaan.

Tindakan itu telah membuatkan si bapa melutut untuk memohon maaf kerana tidak mampu memberikan telefon pintar jenama iPhone kepada anaknya sehingga video memaparkan keadaan itu tular di media sosial.

Memetik laporan South China Morning Post, video memaparkan keadaan dua beranak itu telah dirakam oleh seorang pejalan kaki yang dikenali sebagai Zhong di Taiyuan, Shanxi pada 4 Mei lalu.

Menjerit pada bapa tanya kepada tak ada duit beli iPhone

Kata Zhong dia awalnya mendengar perbualan yang kuat antara mereka berdua sehingga boleh mendengarnya dengan jelas.

Remaja perempuan itu menjerit kepada bapanya dan bertanya mengapa dia tidak mempunyai wang.

“Ibu bapa lain boleh belikan anak mereka iPhone. Mengapa awak tidak mempunyai duit,” katanya.

Si bapa kemudiannya melutut dan menggelengkan kepalanya serta menyalah diri sendiri kerana status kewangan yang tidak mengizinkan untuk membeli telefon jenama berkenaan.

“Bangun, bangun dengan cepat!” tempik remaja itu yang merasakan perbuatan bapanya itu sebagai sesuatu yang memalukan menerusi video berkenaan.

Zhong berkata dia pada ketika itu berdiri berdekatan mereka dan melihat interaksi tersebut sekitar lima minit selain turut berasa kasihan melihat lelaki berkenaan. Perkara itu telah menyebabkan dia berasa marah kepada remaja perempuan tersebut.

“Saya malah rasa seperti ingin mendekatinya dan menampar remaja berkenaan,” jelas Zhong.

Video memaparkan keadaan yang berlaku antara dua beranak itu kemudiannya menjadi sohor di Weibo dan juga Douyin sehingga mendapat tontonan sekitar 6 juta. Malah ia juga menjadi bualan hangat di China.

Bukan hanya itu ramai yang turut mengkritik tindakan remaja tersebut atas tindakan kepada bapanya itu.

Tidak kurang juga ada yang mengkritik bapa remaja berkenaan kerana tidak mendidik anak perempuannya itu dengan betul.

“Kepenggunaan telah membawa kesan negatif kepada belia. Mereka terlalu obses ddengan kebendaan namun tidak peduli kepada kesusahan ibu bapa. Ia adalah tragedi sosial!” kata seorang pengguna Weibo.

Recent Posts

  • Trending

Ada Cubaan Buang Hadis Daif – Ustaz Azhar Idrus [Video]

Tegas UAI lagi, antara ulama yang turut mengamal dan menyebar hadis daif adalah Imam Bukhari,…

16 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Keputusan Siti Nurhaliza Sertai Konsert David Foster Mengecewakan” – BDS Malaysia

Menurut BDS Malaysia, David Foster sering terlibat dalam usaha menyumbang dana kepada tentera rejim Zionis…

2 days ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

#ShopeeHaul Raih Lebih 423,000 ‘Likes’ Dengan Tips Bergaya Mampu Milik Untuk Wanita

Selebriti dan pempengaruh Malaysia - Sasha Abdul Aziz, Sherry Alhadad, Afifah Nasir, dan Bella Astillah…

2 days ago
  • News
  • Trending

Tular SkyAvenue Genting Highlands Terbakar [Video]

Dalam pada itu jurucakap Genting Malaysia mengesahkan insiden berlaku di pusat beli-belah Genting Sky Avenue…

2 days ago
  • Trending

“Marketing Sampah” – Bisnes F&B Dikecam Selepas Guna Kes Zayn Rayyan Untuk Promosi Fries

Sebuah syarikat F&B telah mempromosikan salah satu produk mereka iaitu kentang goreng di laman X…

3 days ago
  • Trending

“Jari Tak Cukup”- Ditanya Mengapa Tak Siap Kerja Sekolah, Jawapan Pelajar Buat Ramai Terhibur [Video]

Alasan yang diberikan oleh kanak-kanak berkenaan apabila disoal mengapa dia tidak menyiapkan kerja sekolahnya membuatkan…

3 days ago