Kediaman Anak Lelaki Terbakar, Amir UK’S Mohon Bantuan

Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini pasti pernah berhadapan dengan sesuatu insiden atau kemalangan yang semestinya memberi kesan dalam kehidupan.

Selain kehilangan orang tersayang, antara kejadian yang memberi kesan kepada seseorang adalah kehilangan harta benda.

Insiden ini pasti membuatkan seseorang itu sedih dan seolah-olah hilang arah selain daripada kehilangan harta benda yang selama ini dikumpul hasil daripada titik peluh.

Sebagai manusia, kita disarankan untuk menghulurkan bantuan khususnya buat mereka yang sedang menghadapi kesusahan.

Amir UK’s Mohon Bantuan, Rumah Anak Terbakar

Apabila berbicara mengenai bantuan, penyanyi kumpulan terkenal Era 90-an Amir UK’s memohon sumbangan daripada pelbagai pihak bagi membantu anak lelakinya Mohd Aliff Naim yang mengalami musibah kediaman terbakar.

Dalam kejadian pada Sabtu (18 Mei) lalu kira-kira jam 9 malam itu, kediaman dua tingkat Aliff yang terletak di Taman Mewah, Kajang musnah terbakar di bahagian tingkat atas dan tiada satu barang pun yang diselamatkan.

“Saya terkejut apabila dapat berita dari kumpulan WhatsApp keluarga. Pada malam kejadian, saya bergegas ke sana kerana nak tengok cucu yang masih kecil lagi.

“Agak menyedihkan kerana tiada barang dapat diselamatkan. Api marak dari tingkat atas. Ahli keluarga pun dah beri bantuan sikit-sikit.

“Selebihnya kami harapkan badan-badan seperti Pusat Zakat untuk bantu ringankan beban Aliff. Saya kasihan dengan nasibnya,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Bersyukur Anak & Keluarga Selamat

Pun begitu, Amir meluarkan rasa syukur kerana keluarga anaknya itu selamat daripada insiden berkenaan yang berlaku sebelum keluarga anaknya masuk tidur.

“Kalau mereka tidur tak tahulah nak cakap apa kerana api sangat marak. Anak sulung saya ini bekerja sendiri iaitu berniaga.

“Saya amat mengharapkan kalau ada yang dapat bantu untuk dia bangunkan semula keluarganya. Dengan bantuan juga, dia akan dapat bina semula rumah. Ibu bapa mentua yang dah tua juga tinggal dengan mereka,” katanya.

Peralatan Rumah Tidak Dapat Digunakan

Dalam pada itu, menantu Amir Nur Farhana Nor Afandi, mendedahkan walaupun api tidak sempat merebak ke tingkat bawah namun kesan kebakaran itu menyebabkan banyak peralatan rumah tidak dapat digunakan lagi.

“Kerugian ditafsirkan sebanyak RM200,000. Kami mula sedar apabila dua orang anak saya melihat bilik tingkat atas yang dijadikan stor terbakar. Bayangkan api merebak dengan pantas ke bilik-bilik lain.

“Saya, suami dan bayi yang ketika itu di tingkat bawah sedang menonton televisyen terus bergegas membawa anak-anak keluar. Tiada apa pun barang yang dapat kami selamatkan melainkan telefon.

“Sebaik saja kami keluar rumah, api merebak ke bilik sebelah dan meletup disebabkan gas penghawa dingin di bilik itu. Situasi ini menyebabkan semua bilik bahagian atas hangus,” katanya.

Tumpang Rumah Saudara Buat Sementara Waktu

Jelas Farhana lagi, buat masa ini mereka sekeluarga menumpang di rumah bapa saudara selain mencari jalan bagi membaik pulih kediaman namun kos yang besar merumitkan lagi keadaan.

Pada masa yang sama, mereka juga sedang mencari rumah sewa berhampiran kediaman mereka bagi memudahkan proses pembersihan dan baik pulih rumah tersebut.

Sekiranya ada pihak yang mahu menyalurkan sumbangan, ia boleh dibuat menerusi akaun CIMB milik Farhana di 7016032125 (Nur Farhana Nor Afandi).

Baca Artikel Berkaitan: Dugaan Ramadan, 6 Sekeluarga Hilang Tempat Tinggal Selepas Rumah Terbakar Sejam Sebelum Buka Puasa

Baca Artikel Berkaitan: Gembira Jadi Duka, Rumah Terbakar Beberapa Hari Menjelang Aidilfitri [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Gara-gara Rumah Terbakar, 5 Sekeluarga Tinggal Dalam Kereta Selama 8 Bulan [Video]

Recent Posts

  • Trending

Ada Cubaan Buang Hadis Daif – Ustaz Azhar Idrus [Video]

Tegas UAI lagi, antara ulama yang turut mengamal dan menyebar hadis daif adalah Imam Bukhari,…

6 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Keputusan Siti Nurhaliza Sertai Konsert David Foster Mengecewakan” – BDS Malaysia

Menurut BDS Malaysia, David Foster sering terlibat dalam usaha menyumbang dana kepada tentera rejim Zionis…

1 day ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

#ShopeeHaul Raih Lebih 423,000 ‘Likes’ Dengan Tips Bergaya Mampu Milik Untuk Wanita

Selebriti dan pempengaruh Malaysia - Sasha Abdul Aziz, Sherry Alhadad, Afifah Nasir, dan Bella Astillah…

2 days ago
  • News
  • Trending

Tular SkyAvenue Genting Highlands Terbakar [Video]

Dalam pada itu jurucakap Genting Malaysia mengesahkan insiden berlaku di pusat beli-belah Genting Sky Avenue…

2 days ago
  • Trending

“Marketing Sampah” – Bisnes F&B Dikecam Selepas Guna Kes Zayn Rayyan Untuk Promosi Fries

Sebuah syarikat F&B telah mempromosikan salah satu produk mereka iaitu kentang goreng di laman X…

2 days ago
  • Trending

“Jari Tak Cukup”- Ditanya Mengapa Tak Siap Kerja Sekolah, Jawapan Pelajar Buat Ramai Terhibur [Video]

Alasan yang diberikan oleh kanak-kanak berkenaan apabila disoal mengapa dia tidak menyiapkan kerja sekolahnya membuatkan…

2 days ago