fbpx
Now Reading
STPM Bukan Program Akademik Kelas Kedua, Diiktiraf Lebih 2,000 Universiti Di Dunia – Fadhlina Sidek

STPM Bukan Program Akademik Kelas Kedua, Diiktiraf Lebih 2,000 Universiti Di Dunia – Fadhlina Sidek

Menurut Menteri Pendidikan, STPM setanding dengan piawaian antarabangsa yang lain antaranya seperti Cambridge Assessment International Education.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lazimnya, individu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mempunyai pelbagai pilihan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya.

Di Malaysia, pelbagai program akademik yang ditawarkan khusus buat lepasan SPM yang mahu menyambung pelajaran.

Antara yang paling popular dan sering menjadi pilihan adalah program asasi di universiti awam, program kolej matrikulasi serta program sijil dan diploma di universiti awam, swasta dan politeknik.

Namun, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di peringkat Tingkatan Enam dilihat kurang mendapat tempat di hati ramai kerana ada segelintir yang menganggap ia program akademik kelas kedua serta tidak mahu kembali semula ke sekolah.

STPM Bukan Program Akademik Kelas Kedua, Diiktiraf 2,000 Universiti Di Dunia

Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, STPM yang diduduki oleh pelajar Tingkatan Enam bukan program akademik kelas kedua malah ia setanding dengan piawaian antarabangsa yang lain antaranya seperti Cambridge Assessment International Education.

Tambah Fadhlina, ia bukan sahaja diterima di universiti tempatan malah turut diiktiraf lebih 2,000 universiti seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat, negara Komanwel dan Asia Barat.

“Ini saya nak beritahu anak-anak, kalau ada orang beritahu anak-anak Tingkatan Enam ini kelas kedua, tak layak masuk universiti, suruh dia jumpa Menteri Pendidikan.

“Sebab ketika ini kita sedang angkat Tingkatan Enam ini untuk memastikan ia benar-benar jadi pilihan bagi yang mahukan pendidikan lebih berkualiti.

“STPM ini peperiksaan paling susah dalam negara. Jadi, memang kita nak angkat Tingkatan Enam ini,” kata beliau.

Beliau menjelaskan perkara itu ketika program Bual Bicara Profesionalisme bersama pelajar Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai, Terengganu semalam (30 November).

Terengganu Negeri Cemerlang STPM Lapan Tahun Berturut-Turut

Pada masa yang sama, Fadhlina turut memuji pencapaian cemerlang pelajar STPM dari negeri Terengganu yang berjaya mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.0 pada tahun 2022 serta peningkatan bilangan pelajar yang mendapat semua A penuh daripada 64 orang ke 112 orang.

“Yang ini negeri lain tak boleh cabar Terengganu. Macam mana boleh cemerlang lapan tahun berturut-turut dan ini mesti diraikan dan dijual kepada awam bahawa Terengganu memiliki pendidikan yang unggul dan menyeluruh bukan di Kemaman sahaja,” ujar beliau.

Tambah Fadhlina lagi, tiada murid yang tercicir baik di peringkat sekolah rendah atau menengah direkodkan di Terenganu jika dibandingkan dengan kadar keciciran di peringkat nasional iaitu 0.06% di sekolah rendah manakala sekolah menengah 0.83%.

Alhamdulillah petang tadi saya dapat berkumpul bersama-sama lebih 500 orang pelajar dari Kolej Tingkatan Enam daerah…

Posted by Fadhlina Sidek on Thursday, 30 November 2023

Untuk info, STPM merupakan peperiksaan sijil khusus buat lepasan SPM yang melanjutkan pengajian di peringkat Tingkatan Enam.

Bermula tahun 2012, format baru telah diperkenalkan di mana setiap peperiksaan diadakan pada setiap penggal. Malah, pelajar juga perlu melaksanakan pentaksiran melalui peperiksaan bertulis serta kerja kursus.

Melalui format terbaharu ini juga, pelajar boleh mengulangi peperiksaan bagi setiap penggal untuk tujuan memperbaiki gred bagi mendapat keputusan yang lebih baik.

Baca Artikel Berkaitan: Penoreh Getah Pinjam Duit RM120 Untuk Lihat Anak Ambil Keputusan Cemerlang Dalam STPM

Baca Artikel Berkaitan: Anak Pemandu Lori Sampah Terbaik STPM, Raih PNGK 4.00

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.